gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas nabi muhammad saw.Hari
ini acik mendapat email bagi memberi respon terhadap status acik di
facebook tentang Perempuan (Degree) Lelaki (Diploma). Jom ikuti
perbualan kami :)
Penghantar
email : assalamualaikum , ini acik pemilik blog aku penghibur tu kan ?
Saya Mira ,rasa terpanggil pula nak kongsikan cerita hidup saya
berkenan dengan status acik di page acik berkenaan perempuan Degree dan
lelaki Diploma.
Acik
: Walakumusalam, yer mira , saya pemilik akupenghibur.com. Wahh
seronoknya ada yang mahu share cerita nie , alhamdulilah silakan.
Mira
: Naseb betul , puas juga cari email acik akhirnya jumpa jugak.
Sebenarnya dah lama Mira nak contact dengan acik tapi tak tahu caranya.
Okeylah macam gini acik, mas umur Mira 24 tahun Mira bagitahu pada
parents bahawa Mira mahu kawini calon pilihan Mira.Pada mulanya, parents
tak kisah bila Mira sebut pasal kawin ni, tapi bila Mira bagitahu yang
lelaki tu hanya diploma saje, ayah terus macam menolak dan suruh Mira
fikir banyak kali atas apa yang Mira katakan. Bersediakah hanya lelaki
sekadar diploma ??
Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan mereka.
Ayah selalu cakap cari lelaki itu lebih tinggi pendidikannya dan sekufu dengan mereka.
Sebab
perempuan yang mempunyai (degree) itu mungkin bergaji RM 3-4 ribu ke
atas, lepas itu lelaki yang Diploma tu bergaji RM 2000 jer ? ayah dan ibu Mira risau sangat kalau lelaki tu akan ambil kesempatan atas Mira . Apa
yang difikirkan mereka adalah seperti macam kereta takut dia gunakan
kereta Mira kerana abang hanya ada motor saje, takut nanti tiap-tiap
bulan duit sewa rumah, Mira bayarkan .
pembelanjaan dapur,bila mengandung? - Mira kena guna duit sendiri jugak
untuk bersalin. Persiapan anak-anak dan lain-lain.Bila dapat anak? - kos babysitter,susu, pampers? Mira yang kena tanggung.
Acik
: Wahh begitu terperinci, maaf mira acik nak tanya , mira ada buat solat
istikarah ? mungkin parents Mira risau sangat tentang Mira. Jadi
bagaimana seterusnya adakah mereka setuju ? dan apa yang Mira buat ?
gambar hiasan |
Mira :Alhamdulilah acik, sebelum kawin,Mira buat solat istikarah , selama 1 minggu untuk mendapatkan jawapannya, dan hati ini kuat mengatakan dia adalah jodoh Mira. Mira bagitahu pada ibu tentang hal ini dan ibu sokong Mira, ibu kata paling penting adalah agama, jika elok agamanya maka eloklah jalan hidupnya. Mira lega bila ibu restu kami .Dan mira tetapkan satu hari untuk abang berjumpa dengan parents Mira. Ayah tegas katakan dia masih tak dapat terima, yelah abang hanya sekadar technician.
Atas
pujuk rayu Mira dan ibu , ayah benarkan kami berkahwin kerana sayang
pada Mira. walaupon perkahwinan kami pada awalnya kurang senangi Ayah
tetapi kini ayah dapat terima dia seadanya dan kami semua percayalah
pada jodoh dan takdir Allah. Abang (suami) alhamdulilah jenis yang tak
pernah tinggal solat dan mempunyai ilmu tentang agama. Bila Mira kawin
dengan dia, Mira rasa bahagia dan bersyukur dengan Jodoh dari Allah.
Walaupon abang gajinya lebih kecil dari Mira, segala belanja rumah dan
keperluan kami dia yang tanggung, abang pandai manage kewangan dia dan
segala pembelanjaaan.Niat mira kat sini bukan nak sanjung suami mira,
tapi kepada kamu semua lelaki di luar sana, jangan cepat putus asa,
percaya pada jodoh Allah dan sentiasa tingkatkan diri serta jangan jauh
dari Allah. Alhamdulilah sekarang abang dah habiskan degree dia yang di
ambil jarak jauh.
Nasihat
Mira lagi pada isteri yang lebih tinggi pendidikan/gajinya. Jangan
hanya kerana kamu lebih dari si suami kamu berhak untuk marah-marah dan
memperlekehkan kemampuan suami kamu,itu salah.Bila bergaduh jangan
ungkit berungkit soal taraf pendidikan ,gaji dan apa sahaja yang awak
rasa lebih dari suami.Bagaimana pun dia adalah pilihan kamu dan
sepatutnya kamu perlu terima dia seadanya.
Nasihat Mira pada semua , yakin pada Allah , jika ada keraguan buatlah
istikarah dan yakin denganNya. Carilah lelaki/ perempuan yang
mementingkan agamanya, kerana hanya itu yang memastikan hidup kita
bahagia atau tidak. Kawal pembelanjaan, dan usaha serta ada harta.Terima
kasih acik kerana dengar cerita mira ini dan di siarkan di blog acik.
Alhamdulilah
mira, untung sekali kamu berdua, acik doakan perkahwinan kamu
berkekalan di dunia dan di akhirat. nasihat acik pula..usahlah berkira
tentang sekufu pendidikan.Cukuplah
dia sempurna imannya dan ibu bapa kita merestui pernikahan kita
nanti.
Sekufu itu banyak cabangnya,jika tak dapat memenuhi semua
kriteria.Terimalah dia seadanya sahaja dan kehidupan yang sebenar adalah kehidupan selepas berkahwin.Sabar dan
rajin berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segala segi baik dari
beribadat mahupun mencari harta benda.
Memang
la banyak cabaran kalau kahwin dengan orang yang tidak
sekufu tapi bukannya islam melarang. Yang penting, suami sedar
tanggungjawab dia dan berusaha supaya taraf menjadi sama. Nabi Muhammad
SAW pun berkahwin dengan Siti Khadijah tetapi mampu hidup bahagia
walaupun tak
sekufu (dari segi harta) yang penting terima seadanya pasangan kita.
Yang penting lelaki kena tau tanggungjawab dia, kena rajin cari rezeki,
bersungguh-sungguh dan ikhlas cari duit untuk family, barulah rezeki tu
berkat.Maaflah jika ada terkurang dari nasihat acik nie, Sebab acik pon
belum berpengalaman tentang perkahwinan dan semua nie. Ini hanya sekadar
pendapat acik yang banyak kekurangan ni.
p/s : jika ingin bertanya dan jemputan event hubungi acik di akupenghibur14@yahoo.com
p/s : jika ingin bertanya dan jemputan event hubungi acik di akupenghibur14@yahoo.com
64 Ulasan
sy sokong kata mira tu..hanya kerana kita belajar lebih tinggi daripada semua kita tak berhak untuk tidak hormat pada suami ..
bila berumah tangga ni kita kenala terima kekurang pasangan masing+
semua - *suami :)
Kerana untuk isteri mendapat keredhaan Allah ialah dari kereddhaan suaminya, tu menunjukkan suami adalah orang yang perlu kita hormat walau 'taraf' pendidikan lebih rendah dari isteir
pandai menjaga hati mertua....insyaallah bahagia
semoga mira dan suami terus berbahagia
Dalam perkahwinan itu apa yang penting adalah kerjasama dan sikap bertolak ansur serta saling hormat-menghormati sesama pasangan agar membentuk keluarga sakinah yang bahagia dunia dan akhirat. Apa yg penting pemilihan calon itu hendaklah kerana agama yg jadi ukuran....
mselim3
Tara mana pun pangkat kita
Kaya mana pun kita..
Suami perlu dihormati.
Syurga isteri pada suami.
Semoga suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain untuk melayari bahtera rumahtangga.
InsyaAllah
Untuk yang kebal dan cekal alhamdulilah. Untuk yang tak berapa nak kebal dan cekal tu bagaimana ?
lain2 semua ok
tq sharing ....good entry
Austin Venues
mesti lepas ni susah nak dapat trust..
insyaAllah...kene baiki diri.
alhamdulillah mak dan abah akak tak pernah memandang semua tu
cuma mereka berpesan supaya akak tetap menghormati suami
walau dalam apa keadaan sekalipun
betul gaji akak juga lagi tinggi daripada suami
tapi dia tak pernah minta walau sesen pun dari akak
akak bahagia dan bersyukur sangat dengan jodoh akak
best birthday restaurants NYC
but alhamdulillah.. semoga dia bahagia =)