Assalamualaikum
Masih lagi tak percaya dengan apa yang di paparkan di berita berkenaan bayi 9 bulan di dakwa rancang pembunuhan ? Biar betul ? Sehingga tampar muka sendiri untuk menyakin apa yang di baca. masih lagi terkejut apabila terbaca di surat khabar tentang berita ini, mula sekali terlintas adakah ianya mahukan publisti ?
Bila di baca sampai habis ianya berlaku di luar negara, tapi tak akan bayi 9 tahun yang belum cukup akalnya berdaya buat seperti itu ? Acik pun ada anak sedara ,masa umur mereka berganjak ke 1 tahun mereka ada yang masih bertatih berjalan dan seronok bermain. Inikan pula mahu merancang pembunuhan.
sedikit dari artikel di surat khabar
Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.
Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.
Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.
Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini. -Sumber
Kalau di tanyakan pada bayi tersebut dia pun tak tahu apa-apa , mungkin kerana dia berada di situ dia di anggap bersama-sama melakukan pekara tersebut ?. Fikir-fikirkan dan gunakan akal logik kamu , takkan bayi sekecil itu boleh buat semua benda itu.
Tapi alhamdulilah kes ini mendapat perhatian media antarabangsa dan mendapat perhatian pihak atasan , polis yang buat laporan telah di gantung kerja. Moga janganlah ada seperti ini ianya tentu sekali tak masuk di akal.
36 Ulasan
macam mana bleh terfikir untuk amik budak 9 tahun sebagai suspek.
ni orang kata otak letak kt lutut.
terperanjat gak mselim3 membaca artikel nie... macam2 diaorang nie... kan. Tak kan bayi yang tak tahu apa2 pun salah kan...yer tak?
mselim3
baby tu dibawa ke mahkamah pegang botol susu
macam tak logik, tapi itulah hakikatnya
Pelik2... inilah manusia yang ada otak tapi tidak menggunakan otaknya...
Regards,
-Strider-