Assalamualaikum
Alhamdulilah sempat juga menaip walaupun sekarang ini sangat sibuk.Akhirnya dapat lagi kita senyum bersama-sama
setelah apa yang berlaku dalam hidup ni anggapkan semalam sejarah
yang beri kita pengajaran dan semoga hari yang akan datang berikan
hikmah.Aku menagis bukan kerana aku memerlukanmu, aku bersedih bukan bermakna aku ingin kau kembali dalam dakapan,aku bersedirian bukan kerana aku teringat akan kamu tapi apa yang aku lakukan adalah belajar untuk melupakanmu dan aku terpaksa belajar melepaskan dirimu pergi.
Akhirnya aku terima dalam kenyataan hidup ini bahawa perpisahan itu harus berlaku dan aku benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu.Mungkin pada mula amat susah untuk melupakan sehingga aku anggap kaulah cinta pertama dan terakhirku. Senyumanmu membuat aku tak mampu tidur lena kerana itu senyuman yang terindah pernah kulihat. Lalu aku tertewas kerana tak dapat melupakanmu.
Aku sedar dalam soal hati dan cinta ini tiada undang-undang yang rasmi dan tidak juga kerana keterpaksaan. Jatuh cinta adalah kerana kita yang menginginkannya.
Jatuh cinta adalah pekara yang terindah dalam hidup dan putus cinta bagaikan mimpi ngeri yang tak mampu terungkapkan.
Lalu aku tersedar bahawa cinta itu adalah sebahgiaan cubaan hidup ini, cinta adalah sebuah risiko yang perlu kita hadapi kalau indah maka bahagialah kalau kecewa itu tidak terkata.
kadang-kadang bila kita memiliki cinta kita terlupa bahawa cinta itu perlu di semai dan dipupuk dengan perasaan kasih sayang.Kita terlalu yakin bahawa itulah cinta hingga ke akhir hayat.Dan apabila semuanya berakhir baru kita sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Malangnya kita sudah terlambat.
Apa yang aku tahu soal cinta ini adalah soal hati dan ianya juga adalah soal jodoh.Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya. Tapi aku lebih rela kehilangmu dan aku tak sanggup kalau kehilangan Allah yang selalu memberikan segalanya dan selalu ada untuk aku.
Ketika aku menangis sekian lama dan hatiku masih terasa pedih.Allah sudah menghitung airmata itu.Jika aku terfikir bahwa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja.Allah sedang menunggu bersama-samaku.Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan aku merasa tertekan.Allah bersamaku untuk menenangkanku.Ketika aku terfikir bahwa aku sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,Allah mempunyai jawapannya.Ketika aku hiba ,gundah gelana dan hilang arah, Allah ada selalu bersamaku.Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan aku merasa ingin bersyukur.Allah telah pun memberkati,ketika aku merasa sendirian dan rakan-rakanku terlalu sibuk dengan dunia mereka,Allah sentiasa berada di sampingmu.
Daripada
Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh
oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan
mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). Dalam satu
hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan
Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat
dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh
badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat
kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.
ALLAH
SELALU ADA UNTUK AKU. TAPI CINTA ITU ADALAH DI SAAT KITA BERTEMU DAN
MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT TERHADAP SESEORANG. JIKA CINTA ITU TIDAK
BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN
ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS
MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ..
23 Ulasan
Betul Acik, kekecewaan di masa lampau akan memaatangkan kita sebenarnya... Kita ini manusia biasa, tidak layak mengapa mempersoalkan mengapa semua perkara yang terjadi kepada diri kita.. Kerana Cinta jangan lupa Allah, kerana Cinta jangan lupa ibubapa.. Aku dahulu pernah silap, dan kesilapan aku lalu mendewasakan aku.. Dan yang paling penting mesti ingat, percaya pada Qada' dan Qadar.. :)
Thanks for nice entry kali ni. Sememangnya cinta pertama selalunya memang sukar dilupakan. Ambil contoh dari pengalaman saya sendiri, kenal selama setahun dan berjumpa hanya sekali sahaja. Btw, semuanya itu tak kekal sebab dapat tahu sendiri dia dah kawin. Mulanya sedih da sukar nak terima, tapi cuba berfikir secara positif dan jalani kehidupan seorang muslim seperti biasa, akhirnya berjaya diatasi. Fyi, fikir balik mungkin Allah sengaja nak pertemukan orang yang salah dulu sebelum hadirkan yang benar sebab Dia lebih mengetahui segalanya. Alhamdulilah, thank you Allah!!!
Kerana itu sahaja yg bisa buat aku lebih tenang dan bahagia. :')
tersentuh mselim3 membaca entry achik nie... dipertengahan artikel.. pasal "2 jenis mata yang tidak disentuh api neraka" .. dan diakhiri dengan JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ... inilah pemahaman yang kita harus tanam dalam diri kita agar supaya kita hendaklah bersangka baik dengan Allah..
mselim3
pls: terima kasih achik.. seronok baca .. nice entry.
Regards,
-Strider-
http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/kaki-cramp-ketika-mengandung.html
tapi sekurang-kurangnya ianya mematangkan kita
apapun akak suka entry ni
maap lama tak jengah sini =)