Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Mengawal Ego Yang Sangat Berkesan

ego

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Mari selawat ke atas nabi muhammad saw.

 Beberapa hari ini acik dapat banyak mesej dan email yang mengatakan pelbagai hal,tetapi yang paling banyak di perkatakan adalah soal ego..

Perempuan kata : lelaki nie kenapa yer ego terlalu tinggi bla bla bla
Lelaki : Perempuan selalu kata lelaki ini ego tinggi padahal mereka pon sama bla bla bla

Penatlah asyik dengar benda yang sama tiap-tiap hari,kenapa perlu mencari salah orang lain .Lebih baik kita lihat diri kita, ada tak salah ? muhasabah diri itu perlu dan harus di lakukan dengan kerap dan cuba perbaiki hubungan hati kita dengan ALLAH.Bagaimana ?,Paling penting adalah kita mendoakan supaya hati mereka di lembutkan ALLAH

Ego tu penting dalam kehidupan kita, tetapi ego yang positiflah,ego pon ada -ve and +ve ?? mestilah ada.Ego yang positive ini adalah baik untuk kita supaya dapat memberi semangat dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, aku nak jadi imam yang baik untuk isteri aku sorang jer, aku mesti dapatkan beli kereta mercedes dan lain lain 

Untuk ego yang negatiflah itulah perlu kita elakkan.Acik cakap pasal ego. acik tak ada ego ke ?? mestilah ada tapi kena kawal dengan sebaik mungkin.So meh acik kongsikan cara acik untuk kawal itu ego

1.Keegoan yang berunsur negatif harus dihindari dan bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain seterusnya menilai dari pelbagai aspek.

2.Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200)

3. Cuba memahami dan mengkaji baik buruknya dahulu sebelum menolak sesuatu perkara.

4. Bersikap "mind reader" untuk menjadi seorang fleksibel dalam mengatasi segala masalah yang melibatkan semua/banyak perkara.

5. Jadi seorang "pendengar". Seorang pendengar dapat menambah ilmu dari pengalaman orang lain, oleh itu tidak perlulah bersikap ego dengan ilmu yang kita ada. Sebabnya, ilmu itu tiada penghujungnya dengan kata lain, ilmu itu luas.
6 . Ambil masa untuk membuat sesuatu keputusan dan minta pandangan orang yang rapat dengan kita dan share masalah tersebut dan boleh di perhalusi.
7. Cuba mengakui tentang sesuatu jika hal tersebut memang tepat mengenai sesuatu, gunakan nada yang lembut dan jelaskan biar mereka mengerti sesuatu pekara.

 8. Jika tak dapat di luahkan kata-kata boleh guna teknologi yang ada seperti facebook ,sms dan lain-lain .Sebagai contoh hantar mesej "saya minta maaf saya mengakui kesalah saya"..
9. Mengunakan teknik pernafasan yang betul jika keadaan tegang dan tidak terlalu di bawa emosi,tenangkan diri ...
10. Selalu berdoa pada ALLAH supaya ego itu di gunakan pada tempat yang betul
11. Jangan pedulikan kata-kata negatif dari orang lain.anggap sebagai satu ujian ,Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan berkata benar
12. Banyakkan berzikir kerana ianya dapat melembutkan hati.

 13. Berfikir dahulu sebelum buat keputusan, kita pekara itu mendatangkan kebaikan lebih baik menerima .

 14. Jangan rasa diri kita selalu ada di posisi yang betul sahaja, kadang kita ada juga buat kesilapan maka renungi setiap pekara.

Catat Ulasan

25 Ulasan

Long Cham berkata…
nice tips ego kalau terlampau meang masalah
sitirohaida berkata…
thanks sharing acik..mana tau boleh gunakan nanti..
Shahrul Yusof berkata…
Kalau ego bertempat, orang mungkin tak kisah sangat. Misalnya macam manager Chelsea, Jose Mourinho, kemain tinggi egonya dengan pesaing dia. Tapi, bila dengan pemain dia or peminat, dia pandai ambik hati. So, ego yang bertempat macam tu, masih lagi ada orang respek.
sobri yaacob berkata…
erm.. ego..musuh utama kita yg perlu dikawal..
tapi kalau ego x bertempat dan x terkawal memang bermasalh
Tanpa Nama berkata…
lama tak singgah blog acik... :(
Unknown berkata…
Nice sharing Achik.. hehe.. semua orang ada ego masing-masing.. Ego sama erti dengan sombong atau berlagak.. betul tak?? :)
paridah berkata…
ego tu kesombongan diri...sifat sombong hak Allah...bukan kita.
Mizz Aiza berkata…
kena kawal ego.. kalau tak boleh sebabkan salah faham dan pergaduhan..
Unknown berkata…
Ego ada dalam diri setiap orang tapi perlulah kena pada tempat n masanya.. Bagaimana nak mengawalnya bergantung pada diri kita..
Perbanyakkan betistighfar dan ingat Allah swt..
Wafi Remli berkata…
Terkadang saya menjadi tempat luahan kawan-kawan saya, kira saya ni jadi pendengarlah kan.

Sollu 'alan Nabiyy
Blog Santai berkata…
Semua orang ada ego..Antara tinggi dengan rendah aje..bila rasa tak terkawal tu cepat-cepat istighfar...
Tetamu Istimewa berkata…
Ego bukanlah sikap yang baik untuk diamalkan. Jadi, usahlah mengagung-agungkan sikap buruk ini.
Tanpa Nama berkata…
Speechless!!! Nice entry acik. Thumbs up! ^_^
Pha Is berkata…
nice share.. smoga kita semua terhidar dari ego yg negattif..
Zura berkata…
salam perkenalan..terima kasih sbb singgah kt blog zura aritu..


Khir Khalid berkata…
Ego klu tak dikawal dgn iman selalunya terarah kpd perkara2 yg memburukkan... semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan Allah swt... aamiin...
Qaseh Vee berkata…
ego ni subjektif . tak kira lelaki ke perempuan , ego tetap ada . susah nak handle org cam ni . bo layan jer la ... wat pening kepala je rklu layan .
Fiza Aizzawa berkata…
ego sama macam sombong.. buat apa nak sombong2 sbb kita tetap pijak di bumi yang sama... ego untuk tidak membuat perkara mungkar memang perlu.. tetapi sesama manusia, nak berkawan, tak baik buat mcm tu..
ego pun satu penyakit jg tu...
control,control...istighfar byk2
Yana Yani berkata…
baru tahu ada ego negatif dan positif
nice sharing acik =)
Arjuna berkata…
Susah tegur org ego ni...semua dia buat semua ok...
Unknown berkata…
ego ni mmg bahaya .. dulu aku slalu gak ego ngn pasangan lah dikatakan ,,tpi laast2 aku sgt menyesal so pengajaran ,, kalau gaduh ngn pasangan tk perlulah ego ,,ucapkan kata maaf bincang baik2 and kita kena open minded .. jgn last2 dh kehilangan bru menyesal
Unknown berkata…
Terima kasih atas perkongsian..semoga saya dpt mnghilangkan sifat ego ni dlm diri saya...