Ticker

6/recent/ticker-posts

Di Sebalik Wanita Dan Lelaki Bersaiz XL,XXL

kurus
ehsan google


Assalamualaikum


 Alhamdulilah masih lagi bernafas lagi di muka bumi Allah yang sementara ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.Setiap manusia di muka bumi ini mengimpikan badan yang ideal , si wanita mahukan badan yang kurus dan ramping dan si lelaki mahukan badan yang sasa mahupun ideal untuk dirinya. Seringkali cantik itu selalu di kaitkan dengan yang kurus, realitinya kurus dan cantik adalah 2 hal yang berbeza sekali. 

Wanita yang berbadan besar dikatakan kurang cantik dan gemuk, pada dasarnya semua orang mahu memiliki badan yang ramping dan badan yang ideal.Ada yang sanggup melaburkan duit beribu-ribu ringgit semata-mata hanya ingin kelihatan cantik dan di puji oleh setiap mata yang memandang. Tanpa mereka sedari sebenarnya keinginan yang melampai itu boleh memudaratkan diri kita sendiri. Tak semestinya kurus itu sehat gemuk itu tak sehat. Sebenarnya persepsi itu salah kerana sekarang ini ramai yang berbadan kurus tetapi mempunyai pelbagai penyakit seperti kolestrol dalam badan yang tinggi, darah tinggi ,sakit jantung dan sebagainya. Begitu juga yang bersaiz besar perlu menjaga kesihatan untuk terus kekal badan yang sehat.

Kadang acik sedih melihat manusia ini selalu membuat "judment"  terhadap mereka berbadan besar ini. Sehinggakan mereka yang berbadan besar ini kurang keyakinan, menyendiri sendiri sekali gus menjadi seorang yang pasif serta kurang dalam pergaulan, sama ada sesama jantina ataupun berlawanan jantina. Kurus, gemuk dan cantik biasanya menghantui wanita berbanding lelaki.Begitu juga mereka yang mempunyai rupa paras yang biasa-biasa sering di cerca dan di hina. 

Diet yang melampau, pil kurus mahupun ke pusat-pusat kecantikan menjadi pilihan mereka yang ingin mendapatkan bentuk badan ideal dan rupa paras yang cantik.Mereka sanggup berbelanja besar membeli pil-pil tersebut tanpa menghiraukan kemudaratan menanti di kemudian hari. Sudah ramai yang menjadi mangsa, terpedaya, namun sehingga kini tiada orang serik menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mendapatkan bentuk tubuh badan ramping.
 

 
Jumlahnya tidak pernah berkurangan malah lambakan produk-produk dan pil-pil tersebut menunjukkan bahawa ia mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat.Sebenarnya ramai yang silap, kita seharusnya menjaga pemakanan kita agar mempunyai tubuh badan yang sihat. 

Ramai yang berbadan "chubby" tetapi mereka dalam keadaan sihat  dan ramai yang kurus tetapi mereka tidak sehat. Sebenarnya kita banyak di permainkan dan di momok dengan pengiklanan yang kadang kala mendesak kita untuk jadi sesempurna yang mungkin.

Pada acik,sebenarnya kita perlu utamakan kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Dietlah dengan seimbang, jangan terlalu tahan makan sehingga boleh bahaya kesihatan kita. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya dari bentuk badan yang cantik. Pernah acik lihat seorang gadis sanggup 2 bulan tak makan nasi secara mengejut tetapi bukan beratnya semakin menurun tetapi kesihatannya terjejas dan badannya lemah. Di tanya kenapa diet begitu, teman lelaki minta untuk kurus.Jika kita yang berbadan besar ini tidak boleh terus behenti stop berdiet tetapi boleh perlahan-lahan bermula dengan mengambil dalam hidangan yang kecil dan gantikan nasi itu kepada yang lain.

Kita sering mengatakan kita harus menerima dia seadanya, tetapi hakikatnya cakap tak serupa bikin. Kita menilai sesorang itu mengikut kecantikan dan kekacakannya. Terima dia seadanya kerana Allah itu adalah sebaik-baik  kerana siapa pun dia , dialah orang yang selalu ada untuk kita. Tak kita saiznya, S,M,L,XL,XXL dan sebagainya. 

Tapi setiap orang mempunyai pandang mereka tentang kecantikan seorang wanita dan kekacakan seorang lelaki. Tetapi pilihlah yang baik akhlaknya dan jika dapat yang cantik dan handsome itu bonus untuk kamu. 

Hadith: 
Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”

Catat Ulasan

15 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, betul tu... tak semestinya kurus ni semuanya sihat dan cantik belaka.. setiap makhluk ciptaan Allah SWT ada kelebihan dan kekurangannya. Harus terima seadanya ... bersyukur dengan apa yang ada. singgah menabung hypptv ~~~
Maria Firdz berkata…
Bersyukur aje dgn pa sja kurniaan Allah... Kesihatan itu yg utama..
Tanpa Nama berkata…
salam acik..

akak ni jenis yg mudah naik berat badan dn mudah pula turun...bila berat badan naik rasa tak selesa la acik,bila pakai baju rasa serba tk kena,bila berat badan turun,rasa happy dn yakin diri..apapun memang betul,yg penting sihat dn hati mau baik...
Anizz Annisa berkata…
betul tu acik.. kena terima apa adanya.. yang penting kena sihat.. :)
norhasnizakhalid berkata…
apa juga bentuk badan, yang penting sihat...
Surau al-Jamaiyah berkata…
Salam.

Sejak berat badan saya bertambah dari 80kg ke 100kg, tahap keyakinan saya semakin berkurang. Huhu
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. jngn memandang mereka dari luaran. Selamilah hati budi mereka. Mereka insan spt kita juga, ada hati & perasaan...
Fatin Wawa berkata…
sihat itu cantik.. kalau dah tak sihat mana nak cantik kan? apa-apa pun kalau diet sampai tak makan tu mmg x betol. mcm mana pun ttp kena makan sbb badan masih perlukan tenaga utk membakar lemak.. :) yg penting kita teruskan amalkan gaya hidup yg sihat..
Yana Yani berkata…
wah, tersangat setuju!
don't judge the book by its cover =)
nOe suhaimi berkata…
biasa la manusia kan...nk tengok cantik2 saja...terima je seadanya...janji sihat
sobri yaacob berkata…
salam acik..
pnahjmpa org diet x mkn nasi 6 blan..bila stop mcm tu..
trus naik badan..
mintak dijauhkan... diet scara sihat
Lieya Von Jay berkata…
setuju dengan acik... asal gemok ja hudoh.. asal kurus ja cntik... adik2 akak semua nya kurus2 ,, ada sesetangah kawan tu bila adik2 cakap ni kakak depa , mula lah dok buat muka heran la .. pastu macam tanya "betoi ka ni kak hang " adoi! macam nak luku ja kepala tu .. nak kena tunjuk i.c ka.? kadang memang sakit hatiii tapi sabaq je lah.. :P
kalau berdiet dgn pengambilan mkn ubat2 kurus yg berlebihan ,
hati2 utk kaum hawa...
tak elok utk kesihatan boleh menyebabkan susah utk pregnant...
berdietlah secara seimbang.
ANIM berkata…
seronoknya bila ada yang "sokong" kak anim, haha (TST)..