Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini, ucapkan syukur kehadrat ilahi atas limpah dan nikmatnya yang tak terhingga. Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad saw. Dalam hidup kita, kita di percayai oleh orang sekeliling kita untuk berkongsi cerita mahupun kisah hidup kerana dia mempercayai kita.
Kadang kala mereka rasa kita adalah kawan baik mereka dan merupakan sahabat yang terdekat dengan dia untuk berkongsi cerita. Dia memberitahu segala rahsia dan kita mengetahui tentang kelemahannya.
Sahabat yang baik akan menjaga aib dan maruah sahabatnya , tidak mendedahkan rahsia yang di beritahu kepada kita. Sebagai pendengar dan orang yang di percayai itu menjadi tugas kita untuk menjaganya selaginya ianya tidak bertentangan dengan agama kita.
Zaman moden ini, susahnya mahu mencari orang boleh di percayai, kita ceritakan kepadanya habis di canang satu kampung.Menggunakan kemudahan yang di beri untuk membuka aib sendiri mahupun orang lain. Contoh yang mudah dapat di lihat di facebook segalanya ingin di ceritakan malah keburukannya juga di ceritakan tanya rasa malu begitu juga di laman sosial yang lain.
Jangan gunakan kelemahan orang lain untuk peluang baik dengan kita. Jangan hebahkan kelemahan orang lain untuk orang lain tertarik dengan kita. Jangan menjadikan rahsia itu sebagai senjata dan perisai untuk kita mempergunakan orang lain.
Tahukah kita, selama kita hidup Allah menjaga kita, Allah memelihara kita, Allah menjaga aib kita walaupun sebanyak mana kita buat dosa, Allah tak pernah dedahkan. Jangan kita pula mendedahkan aib kita dan mendedahkan aib orang sekeliling kita. Jangan pula kita mencari-cari aib orang lain untuk bahan jenaka kita.
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya.
Pada acik paling penting adalah lebih baik untuk menjaga ain sendiri dan saudara sendiri daripada membukanya. Bila mana rakan yang mempunyai kekurangan hal yang lebih utama di lakukan adalah cukup sekadar kita tahu tak perlu membicarakan kepada orang lain .Jika di mata kita tak lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.
Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Allah jaga aib ktia, kita jaga hati ,jaga aib sekeliling.Ceritakan yang baik-baik dengar yang baik-baik dan sebarkan yang baik-baik.Sesama kita muhasabah diri, hari ini acik menaip ringkas saje dulu kerana dalam kelas ini, di masa akan datang akan lebih banyak lagi di huraikan.
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>>>> Duit Banyak Tapi Masih Rasa Tak Cukup, Orang Lain Gajinya Kecil Tapi Sentiasa Cukup
>>>>>>>> Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian
>>>>>>>>Kesan Buruk Penggunaan Gadget Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak
>>>>>>>> Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu
>>>>>>>> Jangan Sangka Kawan Yang Rapat Tak Ada Muslihat
Baca Entri Yang Berkaitan
>>>>>>>> Duit Banyak Tapi Masih Rasa Tak Cukup, Orang Lain Gajinya Kecil Tapi Sentiasa Cukup
>>>>>>>> Ramai Yang Sukar Menerima Kritikan Dan Lebih Mengharapkan Pujian
>>>>>>>>Kesan Buruk Penggunaan Gadget Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak
>>>>>>>> Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu
>>>>>>>> Jangan Sangka Kawan Yang Rapat Tak Ada Muslihat
43 Ulasan
nanti ALLAH jaga aib kita
moga kita dilindungi dari sifat hasad dengki orang lain
menabung di sini
terima kasih achik.. doakan mselim3 sentiasa memperbaiki diri.. minta dijauhkan sifat2 mazmumah nie...
mselim3
Percaya dan yakin akan janji Allah...pasti kita akan dipeliharaNya.
Jaga maruah dan aib orang , jangan cepat / suka hebah2kan....InsyaAllah, Allah akan melindungi kita dari di aibkan..
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html
p/s : suka tulisan entry kat sini. besar2 semuanya. senang mata saya membacanya. almaklumlah, kita ni bermata empat. :)