Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Sakiti Orang Yang Kita Sayang


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur kehadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas nabi muhammad saw. Hari ini acik tidak berniat menaip di blog ini, tetapi niat itu bertukar apabila mendapat tahu tentang pekhabaran yang kurang baik. Kawin di usia muda banyak cabarannya yang perlu di hadapi , tetapi kawin perlu ada ilmu. Jadi acik karangkan sedikit cerita untuk kamu ambil iktibar atas apa yang berlaku, baru kawin ini perlu kawal emosi dan amarah. 

Sepasang kekasih muda saling mencintai satu sama lain, kisah pencintaan mereka berakhir ke jinjang pelamin. 

Ketika di ruang tamu

Adam: Pada abang siapa saya di hati abang ?
Hawa: (Berfikir sejenak, lalu menatap hawa dengan penuh kasih sayang) Awak pastinya Jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah untukku dan pemilik tulang rusukku!
Wanita : alhamdulilah ya ALLAH

Setelah menikah , pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis bersama. Setelah berbulan masa berlalu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran wanita tersebut lari keluar dari rumah. Saat di pintu rumah, dia berteriak “Abang tidak cinta saya lagi sepertimana kali pertama kita bertemu!!!”.

Si Adam sangat membenci ketidakdewasaan Hawa dan secara spontan juga berteriak “Aku Menyesali Kawin Dengan Engkau ! Kau ternyata bukan tulang rusukku!!!”
 
Secara tiba-tiba hawa perlahan langkahnya ,terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. Si Adam tergamam seketika apabila mengimbas kembali kata-katanya dan menyesali akan apa yang sudah dia katakan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk di ambil kembali. Dengan berlinang air mata, Hawa kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. 

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .
 
3 tahun telah berlalu setelah mereka bercerai.
 
Adam masih belum menikah, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan tentang bekas isterinya. Dia dapat tahu bahawa bekas isterinya pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan telah bercerai . Adam sangat kecewa  mengetahui Hawa tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya.

Tetapi Adam tidak sanggup mengakui bahawa dia sangat merindukan Hawa.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

Adam : Apa kabar?
Hawa: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
Adam : Belum.
Hawa : Saya akan terbang ke Perth dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu ada waktu. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

  Hawa tersenyum manis, kemudian berlalu mengucapkan ‘SELAMAT TINGGAL..’

Satu minggu kemudian, Adam menerima khabar bahawa Hawa telah menjadi korban kemalangan kereta di Perth . Malam itu, sekali lagi, Adam meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Hawa, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan dan sakiti.
Ini hanya sekadar cerita yang reka, untuk pengajaran bersama, Kita selalu melampiaskan 99% kemarahan kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat,Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,apakah kata-kata yang kamu ucapkan adakah akan menyakiti orang yang dicintai? sebagai manusia jika kita merasakan akan menyakitinya,sebaiknya jangan pernah dikatakan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berpikirlah, apakah kata-kata yang akan diucapkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W

Semoga kita muhasabah diri dan memperbaiki diri kita, jangan jadikan orang yang kita sayang itu untuk kita menjadikan mangsa kemarahan kita. Gunakan konsep terima dia seadanya, jadikan Al quran dan sunnah itu sebagai panduan hidup kita pastinya hidup akan aman bahagia walaupun ujian datang melanda. In sha ALLAH



Catat Ulasan

32 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik, sedihnya sheila baca kisah ni. Allahuakbar. Semoga apa yang kita ingin katakan, fikir baik buruknya. Jangan sesekali ikut nafsu hasutan syaitan.. kisah benar ke ni acik? singgah menabung inti sini~~~
Nadratul Syazwana berkata…
Betul jugak kan entry ni. Kekadang bila tgh marah or bengang, kita biasanya luahkan or lepas marah dekat org yg kita sayang, yg kita selesa. Tp kena control, jgn sampai terlebih marah cuma sebab benda kecik. Fikir logic
Lieya Von Jay berkata…
kisah cinta yang sangat sedih , sebab tu lah nak cakap apa pon kena pikir 100x ..
Syira Lokman berkata…
ini la yg sweet :) ape pun kne fikir and control diri
cerita ni pun memang sangat tacing, sebelum nak buat apa2 fikir panjang dan jangan singkat sangat pemikiran...
Unknown berkata…
kisah cinta yang banyak memberi iktibar...berfikir sebelum bertindak... terlajak perahu boleh diundur terlajak kata kita yang menanggungnya...
cikpinz berkata…
kita harus mensyukuri dan menghargai siapa yang ada di sisi kita dan siapa yang digenggaman tangan kita kerana kita tidak tahu berapa lama lagi kita diberi peluang oleh ALLAH untuk bersama orang yang kita kasihi..
Maria Firdz berkata…
Owh... Pnh baca kisah ni... Mmg pengajaran yg berguna...ibarat kata dr.fadhiah kamsah.. Jgn cari siapa salah tapi betulkan apa yg x betul...
Unknown berkata…
kenapa perlu bertengkar klu kita benar2 saling menyinta ...
Cik Itah berkata…
salam. da penah baca kisah ni..so touching uhuk..sedih la pulak -.-
sobri yaacob berkata…
owh sedih pun ada..tetiba rasa dlm hati ni ada taman..kalau dah sayang knapa perlu bertengkar? byak pngajaran... ambil pngajaran itu dijadikan panduan
shazillahsani.com berkata…
situasi ini sering terjadi, bila dah kehilagan baru terasa bertapa bermaknanya dia..
Unknown berkata…
betul3x..kadang aku pon terleka dan sering melemparkan tempias dengan kata2 yg kesat.tq sharing pha
paridah berkata…
kasih sayang itu dipupuk perlahan-lahan...sebarang kekurangan tidak perlu dipersoalkan, rusuk kiri itu bengkok hendak membetulkannya pelan2 sedikit2...jika berkasar pasti patah...
hargai lah org yg kita cintai selagi dia masih ada...
BinMuhammad berkata…
Tidak dinafikan...itulah kelemahan yg ada dalam diri kita. Apa pun, cubalah juga berubah untuk menjadi lebih baik...kerana menyesal kemudian tiada gunanya.
PCL berkata…
salam acik , pcl suka entri pasal kekeluargaan mcm ni, penuh nilai motivasi kehidupan mencari bahagia...tapi berwaspadalah, dalam mencari kebahagian jgnlah mudah dihancurkan dengan perkara2 remeh, tetapi juga jangan berikan perhatian terhadap suatu permasalahan lebih besar drpd seharusnya. Hati2lah..jgn terlalu takut menghadapai masalah dan jgn terlalu membersar2kan masalah dalam keluarga ..~jadilah orang yg paling bahagia bersama keluarga tercinta.
Unknown berkata…
sy lah antara manusia yg buat perangainya mcm ni..
menyesal sangat kerana kata2 tu boleh melukakan seseorg
dia menerima maaf sy
tapi sy pasti dia takkan melupakan kesilapan sy...
AwekTrader berkata…
ouchhh..tacing :(
Tanpa Nama berkata…
Sedih membacanya.. Banyak pengajaran..
Blog Santai berkata…
Sama-sama muhasabha diri..Belajar dari pengalaman. Itu yang lebih baikkan acik..
nOe suhaimi berkata…
wahhh...ada skill jadi novelis la acik...so touching...
Khir Khalid berkata…
Sedih pulak bila baca kisah ni.. Hargailah cinta selagi ia ada bersama kita.. peringatan yg baik utk kita semua renungkan...
Syazwani Zunidan berkata…
Sedih baca cerita ini . Ada pengajaran . Allah bagi yang terbaik , inshaAllah .
Unknown berkata…
Ermm.. itu la kata orang tua2... Kerana Mulut Badan Binasa...
Unknown berkata…
very good entry... semoga Acik pun ketemu tulang rusukmu..
Fiza Aizzawa berkata…
cerita yang penuh dengan pengajaran.. bila dah hidup sebagai suami isteri, semua perkara perlu dibawa berunding.. kalau tak mencapai kesefahaman akan membawa kepada pergaduhan dan diakhiri dengan perceraian...
Mizz Aiza berkata…
sedih baca kisah ini acik walau pu ianya rekaan.. seharusnya suami isteri saling melengkapi dan bertolak ansur..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum,..achik,

tersentuh hati mselim3 membaca kisah nie... sedih dan terharu...

mselim3
Tanpa Nama berkata…
sedih baca kisah ni.. hargailah org yg kita sayangi.
ANIM berkata…
cerita rekaan pun sudah sesedih ini...
lagilah cerita benar..aduhai
Yana Yani berkata…
sedihnya baca cerita ni
terima kasih acik, ianya buat akak muhasabah diri jab