Fuh
minggu ini akan ada bermacam aktiviti dan sibuk dengan kelas. Dan minta
maaf kepada blog yang acik tak sempat blogwalking sebab ada kelas.
Hehehe semalam kelas habis 10 malam. Balik tu sangat la lapar dan
pergilah kedai makan dan order nasi goreng black paper dengan telur
bistik that is my favorite. Duduk sorang diri sambil menunggu makanan
siap tetiba ada yang tepuk dari belakang. Hai acik .. apa khabar ?
kenal tak ?acik pon blur blur lagi ..siapakah gerangan dia nie ??
Rupanya
dia adalah salah seorang pembaca blog acik, dia kata mungkin acik tak
kenal dia tapi dia kenal acik.. SubhanaAllah tak sangka acik dapat jumpe
jugak pembaca blog nie. Dan dia pon nak makan. Dia siap ajak acik makan
dan siap belanja lagi. Alhamdulilah.
Tengah
makan tiba-tiba terkeluar soalan yang di lontarkan oleh Ijat pada
acik.Dia bertanya : Acik Kenapa Allah hantar seseorang untuk kecewakan
kita ?.Yelah kalau baca dalam blog acik ,acik ada juga ceritakan soal
jodoh..tak boleh ke bercinta tanpa rasa kecewa. Penatlah cik bercinta
macam nak rak dan akhirnya kecewa juga.
saat
itu pon acik terkejut juga sebab yang bertanyakan seorang lelaki yang
gagah ? tapi acik jawab jugalah. Hidup ini bagai laut ada pasang dan
surutnya.Kita tak boleh jangka setiap apa yang berlaku, kadang kala
gembira, sedih ,duka ,suka ,senyum dan kecewa. Allah hantarkan perasaan
kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta
itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.
Memang
kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di
uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan
ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa
ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.
Selain
itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang
terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya
memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Maka
dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan
perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah
adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?
Adakalanya orang yang dekat dengan kita, menyakiti hati kita, mampu buat hati terasa, rasa sedih dan sebagainya.Sebagai contoh kawan-kawan dan adik beradik
Adakalanya orang yang dekat dengan kita, menyakiti hati kita, mampu buat hati terasa, rasa sedih dan sebagainya.Sebagai contoh kawan-kawan dan adik beradik
Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.
4.Allah rindukan kita dan mengharapkan agar kita ingat padaNya
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]
37 Ulasan
Oh ya, saya akan pulang ke Malaysia bulan depan. Ada sedikit ole-ole untuk Acik, jadi kalau nak saya hantarkan tolong isi borang contact pada blog saya nanti ye Acik. Jazakallah khairan khatira~
Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu ?
- i like this
ain pun pnah baca tapi x ingat di mana..
"in order to meet Mr Right, we must meet Mr Wrong first.. and we must let go of our Mr Wrong in order to meet our Mr Right"
Cewahhh beshnya acik ada orang belanja!!
Ikhlas,
www.profhariz.com
kalau kita baik ,allah akan ketemukan dgn org yg lebih baik...