Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah ini ucapkan syukur atas nikmat yang di berikannya. marilah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Teringat pula ketika solat di masjid Subang Jaya ada maklumat tentang ini dan kebetulan acik temui di page Jakim yang di kongsikan melalui Masjid Negara Kuala Lumpur page . Jadi acik ingin kongsikan kepada kamu semua.
"Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain" (Hadith Sahih Riwayat al-Thabarani)
Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.
Kedudukan yang betul ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.
Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?
Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.

36 Ulasan
Sama2 kita saling mengingati kearah kesempurnaan dalam ibadat.
thanks info yg bermanfaat
Bagus perkongsian nie... 7 anggota sujud itu ialah..dahi,2 tapak tangan,2 lutut, dan 2 hujung jari kedua belah kaki.. kan. nice sharing..
mselim3
Ikhlas,
www.profhariz.com
moga ianya memberi manfaat