Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika Dia Bukan Lagi Jodoh Kita

lelaki dalam hujan

 Assalamualaikum 


Alhamdulilah sangat bahagi berada di kampung, lagi-lagi dapat bersama dengan mak dan adik beradik. Hari ini acik menjawab soalan yang di tanyakan olrh rakan-rakan laman sosial. Terdapat 247 soalan lagi yang belum di jawab dan acik rangkum sedikit menjadi satu entri. 


Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula acik bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Maksudnya, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah, kerana ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan untuk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. Insha Allah kekal lamalah hubungan itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecapi bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma. 


Paling penting adalah kita muhasabah diri dan baiki diri kita yang mana kurang .Pastinya jadi lebih baik dari sebelumnya.Dulu terpisah, dan kembali bersama, manu tahu dia jodoh kita cuma berbeza jadi lebih baik. Indah bukan ? Banyakkan berdoa..

P/s : untuk sebarang soalan dan event boleh hubungi terus acik di akupenghibur14@yahoo.com

Catat Ulasan

30 Ulasan

mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

Begitulah .. andai sudah suratan .. dan dia bukan jodoh buat kita. Bersabarlah mungkin ada hikmah yang tersembunyi..

mselim3

pls: perancangan Allah adalah yang terbaik utk hamba2 nya... kan.
SITI berkata…
Salam achik..
artikel ni buat hati saya tersentuh pula membaca..
ada ustaz pernah cakap, bukan tiada jodoh apabila putus/bercerai..
tapi jodoh hanya setakat itu sahaja..
kalau jumpa balik, jodoh jugak kan.. hehe..

btw, Allah tahu kita mampu lalui sekiranya dia turunkan ujian seperti itu...
YunFila berkata…
Allah merancang hanya yang terbaik untuk kita ^__^
paridah berkata…
REDHA DGN KETENTUAN ILAHI...JODOH, PERTEMUAN, PERPISAHAN REZEKI AJAL MAUT BUKAN HAK KITA .SEMUA ALLAH YG MENGATURNYA...JIKA TAKDIR ALLAH BEGITU TIDAK BERUPAYA MENGELAKNYA...
Aku pengembara berkata…
Kita tak mampu melawan takdir-Nya.. :(

P/s: 247 soalan? Perghhh... salute kat Acik!


Akupenghibur.com berkata…
aahh masih tak menjawab lagi soalan-soalan tersebut.. hanya separuh baru jawab.. ishh soalan saje... bukan apa pon
Unknown berkata…
Kalau dah jodoh.. Tak kemana jua kan.. Tapi jodoh itu rahsia..
Unknown berkata…
hubungan ni bukan sekadar teori tapi try and error kerana apa yang kita lakukan dan rancang tak sama seperti yg Allah takdirkan ... perjalanan hidup kita miliknya .
Blog Santai berkata…
Hubungan yang berlaku kerana Allah pastinya lebih indahkan..dapat menerima setiap ketentuannya..
YunFila berkata…
Err... yang pasal horoskop tu, acik salah fahamlah ^__^
Fiza Aizzawa berkata…
Bersyukur kalau jodoh yg kita pilih dan ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga ke Jannah.. Harap acik pun mcm tu.. >_<
azihajieha berkata…
Sedihlah acik entry ni.... sobsobsob
PeRdU cINta berkata…
Setuju,, sebaik perancang adalah Allah..yakin..
Maria Firdz berkata…
Baca tajuk je buatkan sy rasa nk nangis... Apa2 pun mmg betul kata acik.. Jodoh juga ujian dan pinjaman Allah... Kena redha dan kena sntiasa doa jodoh itu berpnjngn...
Azwar Syuhada berkata…
Allah dah mengatur yang terbaik buat kita.. Ada jodoh, adalah.. Insyallah.. =D
Unknown berkata…
Di Luth Mahfuz lagi Allah dah tetapkan jodoh kita. Allah sebaik-baik perancang, kita usahakan sahaja
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik... sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah.. sebagai manusia, kita perlu sentiasa berusaha utk yg terbaik dgn doa, tawakkal & redha hanya kpd Nya...
Karen Monica berkata…
semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..apa yang telah dirancangkan untuk kita itulah yang sebaiknya kan :)
berdoa,tawakal,redha jln yg terbaik...
Bunda_nora berkata…
So bagi mereka yang sedang baru bercinta, baru bernikah...jagalah hubungan kalian... banyak2 bersabar dan bertolak ansur...banyaklah belajar dan melihat dari mereka2 yang pernah bernikah dan pernah putus cinta dan bercerai...

Ambil contoh yang baik dari kerukunan hubungan mereka untuk jadi panduan dan ambil iktibar dari keruntuhan perhubungan mereka, supaya dapat di buat perbandingan dan pengajaran apa yang perlu di baiki dan perlu di jauhi...

Agar dapat muhasabah diri...untuk menjadi yang lebih baik dalam melayari bahtera rumah tangga atau bakal menempuh /menjalin perhubungan yang di redai Nya kelak..
Unknown berkata…
sedih plak bila baca entry ni
Kakzakie Purvit berkata…
Terharu kakak membaca
Andai perpisahan memberi kebaikan ianya tidak salah daripada masing-masing menjeruk rasa. Tapi sebaiknya bila sudah berakhir bukan bererti tidak boleh mendapat kasih sayang lain. Sesungguhnya hidup kita perlu dikasihi dan mengasihi. Tak sekarang mungkin esok dan lusa. Jaga kasih dan sayang anugerah Allah sebaik-baiknya..
Nick Nashram berkata…
kalo putus, kena redha terima hakikat tu.
memang payah..tapi hidup kena teruskan kan :)
Cik Itah berkata…
salam acik. sy suka entry ni dan sokong 100%
perancangan Allah adalah yang terbaik :)
Asha Lya berkata…
lya baru singgah cne..perancangan Allah adalah sebaik2nya
Tanpa Nama berkata…
sentiasa redha & terima ketentuan Allah sebaik2nyer !
nOe suhaimi berkata…
kita manusia hanya mampu merancang...jika mmg sudah tertulis begitu...apa cara sekalipun takkan mampu menghalangkan...
Unknown berkata…
pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. terima dgn hati yang terbuka.
pasti ada yang lebih baik untuk kita.
norhasnizakhalid berkata…
sedihnya.....ini ketentuan Allah, redha dan pasrah. Adakalanya, bercakap semudah ABC, tetapi yang mengalaminya......apa yang boleh mama katakan.. sabarlah!
Yana Yani berkata…
suka baca entry acik yang ni
memang betul tu acik, cinta bukan milik kita