Assalamualaikum
Alhamdulilah sangat bahagi berada di kampung, lagi-lagi dapat bersama dengan mak dan adik beradik. Hari ini acik menjawab soalan yang di tanyakan olrh rakan-rakan laman sosial. Terdapat 247 soalan lagi yang belum di jawab dan acik rangkum sedikit menjadi satu entri.
Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan
dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg
berbunyi..
"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."
Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )
Hubungan pula acik bahagikan kepada dua:
- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).
Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.
Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.
Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.
Maksudnya, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah, kerana ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.
Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan untuk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. Insha Allah kekal lamalah hubungan itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecapi bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.
Paling penting adalah kita muhasabah diri dan baiki diri kita yang mana kurang .Pastinya jadi lebih baik dari sebelumnya.Dulu terpisah, dan kembali bersama, manu tahu dia jodoh kita cuma berbeza jadi lebih baik. Indah bukan ? Banyakkan berdoa..

P/s : untuk sebarang soalan dan event boleh hubungi terus acik di akupenghibur14@yahoo.com
30 Ulasan
Begitulah .. andai sudah suratan .. dan dia bukan jodoh buat kita. Bersabarlah mungkin ada hikmah yang tersembunyi..
mselim3
pls: perancangan Allah adalah yang terbaik utk hamba2 nya... kan.
artikel ni buat hati saya tersentuh pula membaca..
ada ustaz pernah cakap, bukan tiada jodoh apabila putus/bercerai..
tapi jodoh hanya setakat itu sahaja..
kalau jumpa balik, jodoh jugak kan.. hehe..
btw, Allah tahu kita mampu lalui sekiranya dia turunkan ujian seperti itu...
P/s: 247 soalan? Perghhh... salute kat Acik!
Ambil contoh yang baik dari kerukunan hubungan mereka untuk jadi panduan dan ambil iktibar dari keruntuhan perhubungan mereka, supaya dapat di buat perbandingan dan pengajaran apa yang perlu di baiki dan perlu di jauhi...
Agar dapat muhasabah diri...untuk menjadi yang lebih baik dalam melayari bahtera rumah tangga atau bakal menempuh /menjalin perhubungan yang di redai Nya kelak..
Andai perpisahan memberi kebaikan ianya tidak salah daripada masing-masing menjeruk rasa. Tapi sebaiknya bila sudah berakhir bukan bererti tidak boleh mendapat kasih sayang lain. Sesungguhnya hidup kita perlu dikasihi dan mengasihi. Tak sekarang mungkin esok dan lusa. Jaga kasih dan sayang anugerah Allah sebaik-baiknya..
memang payah..tapi hidup kena teruskan kan :)
perancangan Allah adalah yang terbaik :)
pasti ada yang lebih baik untuk kita.
memang betul tu acik, cinta bukan milik kita