Gambar hiasan dari google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah sampai sudah di Johor , untuk beberapa hari cuti pertengahan sem. Sepanjang perjalanan acik dari Shah alam ke TBS dan ke Johor .Acik memerhati segenap ruangan yang ada. Setiap perhentian pasti akan acik melihat telatah mereka di food court dalam membeli makanan. Memang penuh pinggan tu di ambil makanan tersebut, nak kata hampir tiada ruang di pinggan. Tapi bila dah makan tak habis dan di buang begitu sahaja. Masyarakat kita memang mewah dalam soal pemakanan ini. Tak kira jenis taraf hidup sama ada yang kaya, dan sederhana.
Kadang sedih acik tengok, makan sikit jer tak habis terus buang. Kalau mak acik nampak tu pastinya di marah, kerana ia satu pembaziran ,ambil makanan ikut kemampuan kita bukan mengikut nafsu. Bukan apa, ketika kita sedap makan yang sedap-sedap , kenyang perut hingga membuyut, tetapi ada mereka yang berlapar tidak makan berhari-hari kerana kesusahan mereka. Lebih ironis lagi, seorang dari lima penghuni Planet Bumi atau 800 juta
manusia kebuluran setiap hari. Apa yang jelas, makanan banyak tetapi
tidak seimbang pengagihannya. Malaysia membazirkan makanan sedangkan
banyak orang lain tidak cukup makan. Dalam sehari kita membuang 15,000
tan makanan, jikalau dikumpulkan boleh menutup tujuh padang bola atau
cukup untuk memberi makan pada 7.5 juta orang. Agaknya itulah korban
kemajuan dan kemakmuran.
Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka untuk menghargai makanan dan seimbangkan dalam pengambian makanan.Sedarlah di negara kita merupakan negara yang antara ramai obesiti kerana pemakanan tak terkawal terutama kepada remaja kita. Makanlah mengikut keperluan tubuh badan kita bukan mengikut nafsu. Kalau ikutkan nafsu satu periuk pun boleh habis.
Bukan apa,acik menaip ini kerana sedih dengan masyarakat kita terlalu membazir dalam soal makanan ini. Mereka kata selagi boleh makan, maka makanlah. Seharusnya kita mengikut cara rasullulah makan sebelum lapar behenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah
SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk
daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat
menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga
(dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan
sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)
Amalan seperti ini baik untuk (tubuh) manusia, iaitu jika dia makan
kerana sudah lapar atau memang perlu untuk makan. Jika dia makan, maka
dia tidak berlebihan dalam makan dan tidak sampai kenyang yang berlebih.
Adapun jika kenyangnya tidak memudharatkan dirinya maka itu tidak
mengapa.
Jika ada lebihan sedekahlah kepada mereka yang memerlukan. Acik menaip ini juga mengingatkan diri sendiri, bukan apa, mak memang ajar kami adik beradik agar tidak membazir soal makanan kerana ianya perlu di beli. Dulu kami nak makan ayam , memang jarang dapat makan. Lauk sedap-sedap memang jarang sekali. Jadi kepada kamu yang mampu maka beringatlah bahawa ada mereka yang lagi sangat memerlukan makanan, jadi jangan membazir.
19 Ulasan
Lebih baik kita ambik sikit dari ambik banyak, lebih baik tak cukup dari berlebihan, huhu
sebab tu makanan berlebihan...thanks info
kita mati terlebih makan =)
akak pernah terbaca satu kajian yang dilakukan
lupa mana sumber
mengatakan pembuangan makanan diseluruh dunia membimbingkan
kalau dikutip kesemua pembuangan
ianya dapat mebasmi masalah kebuluran di sesetengah negara