Assalamualaikum
- Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Setiap kali acik membaca di facebook ustaz ebit lew pasti akan mengalir air mata tanpa di sedari. Allahuakbar !!
Kata-kata dan cerita yang di sampaikan sangat terkesan di hati, acik ambil contoh satu cerita buatkan air mata ini tanpa henti mengalir.
Dari facebook ustaz ebit lew :
Selepas asar jumpa seorang anak muda umur 20an. Jumpa di sebuah bus stop.Adik kerja apa? Saya belajar jadi chef...Sebelum ni kerja. Sekarang berhenti kerja, sebab ada masalah sikit.Ooo...saya tanya dia adik biasa ke surau depan ni. Muka adik bercahaya. Mesti ustaz atau pendakwah ni...Abang ajak saya jadi pendakwah ke? Saya memang teringin belajar agama dan ingin dekatkan diri dengan benda baik-baik ni.
Saya solat asar bersamanya. Selepas asar berbual dengannya. Katanya, saya sudah lama tidak solat di masjid. Hidup macam tiada tujuan..Mak ayah adik tinggal mana? Jawabnya saya anak yatim piatu. Saya banyak tinggal dengan kawan-kawan semenjak remaja...dan saya sebenarnya sudah lama tidak solat. Tidak belajar agama. Hidup saya kosong. Macam tiada erti abang. Malam jalan dengan kawan-kawan dan bukan-bukan. Penat rasa hidup dengan dosa dan maksiat juga jauh dari tuhan. Susah rasa nak buat baik.
Jawab saya, Allah sayang adik. Nabi saw anak yatim piatu semenjak kecil. Kebanyakan orang yang dia sayang meninggal dunia.Nabi saw menjadi rahmat sekalian manusia seluruh alam sampai kiamat. Adik anak yatim piatu, Allah sangat sayang. Orang yang buat baik pada adik pun menjadi rahmat. Bila kita nak buat baik, kita rasa berat. Kereta api jalan atas railway keretapi. Landasan itu kecil dan nampak jalan kecil. Bila bergerak. Landasan terbuka. Dan samakin luas.Cuba keretapi jalan atas jalan raya besar. Pasti tidak boleh jalan. Walaupun highway besar. Mesti atas landasannya juga.Begitulah dalam nak buat baik, atas landasan Islam kita rasa susah. Bila mula buat baik, Allah akan buka jalan untuk kita. Jalan akan terus terbuka dan kita capai kebahagiaan sebenarnya yakni Redha Allah.Buat jahat jalan macam luas, tapi kesusahan menanti sepanjang jalan dan sehingga di hujung. Pasti hati 24 jam resah tanpa tenang.Saya ambil nombor telefon anak muda tadi. Bila kita mula bagi masa dan niat dakwah. Allah gunakan kita untuk agama..Bila kita niat dunia. Dunia jer kita dapat. Niat akhirat. Dunia akhirat Allah beri.Jom kita niat bangun tahajud malam ini dan doakan umat dan menangis di depan Allah. Istidraj dalam agama ialah. Kita sangka kita atas jalan yang betul tapi rupanya kita sudah jauh dari jalan Nabi saw. Antara tandanya ialah kita kurang sujud dan tidak bangun malam menangis di depan Allah. Kita rasa kita asyik betul dan semua orang salah dan berdosa.Ubat istidraj ialah menangis dengan penuh rasa hina pada Allah di waktu malam hari dan juga doakan umat seluruh alam untuk dapat hidayat.Ya Allah selamatkan kami dan umat ini
Saya solat asar bersamanya. Selepas asar berbual dengannya. Katanya, saya sudah lama tidak solat di masjid. Hidup macam tiada tujuan...Mak ayah adik tinggal mana? Jawabnya saya anak yatim piatu. Saya banyak tinggal dengan kawan-kawan semenjak remaja...dan saya sebenarnya sudah lama tidak solat. Tidak belajar agama. Hidup saya kosong. Macam tiada erti abang. Malam jalan dengan kawan-kawan dan bukan-bukan. Penat rasa hidup dengan dosa dan maksiat juga jauh dari tuhan. Susah rasa nak buat baik.
Jawab saya, Allah sayang adik. Nabi saw anak yatim piatu semenjak kecil. Kebanyakan orang yang dia sayang meninggal dunia.Nabi saw menjadi rahmat sekalian manusia seluruh alam sampai kiamat. Adik anak yatim piatu, Allah sangat sayang. Orang yang buat baik pada adik pun menjadi rahmat. Bila kita nak buat baik, kita rasa berat. Kereta api jalan atas railway keretapi. Landasan itu kecil dan nampak jalan kecil. Bila bergerak. Landasan terbuka. Dan samakin luas
Cuba keretapi jalan atas jalan raya besar. Pasti tidak boleh jalan. Walaupun highway besar. Mesti atas landasannya juga.Begitulah dalam nak buat baik, atas landasan Islam kita rasa susah. Bila mula buat baik, Allah akan buka jalan untuk kita. Jalan akan terus terbuka dan kita capai kebahagiaan sebenarnya yakni Redha Allah.
Buat jahat jalan macam luas, tapi kesusahan menanti sepanjang jalan dan sehingga di hujung. Pasti hati 24 jam resah tanpa tenang.Saya ambil nombor telefon anak muda tadi. Bila kita mula bagi masa dan niat dakwah. Allah gunakan kita untuk agama..
Bila kita niat dunia. Dunia jer kita dapat. Niat akhirat. Dunia akhirat Allah beri.
Jom kita niat bangun tahajud malam ini dan doakan umat dan menangis di depan Allah.
Istidraj dalam agama ialah. Kita sangka kita atas jalan yang betul tapi rupanya kita sudah jauh dari jalan Nabi saw. Antara tandanya ialah kita kurang sujud dan tidak bangun malam menangis di depan Allah. Kita rasa kita asyik betul dan semua orang salah dan berdosa.Ubat istidraj ialah menangis dengan penuh rasa hina pada Allah di waktu malam hari dan juga doakan umat seluruh alam untuk dapat hidayat.
Ya Allah selamatkan kami dan umat ini
21 Ulasan
suka sangat mselim3 baca entry nie... nice achik.. teruskan perjuangan achik dalam berdakwah melalui entry moga2 ada keberkatanNya. Mselim3 suka entry yg ada kesedaran macam nie. Ada maksud tersirat jika tidak baca betul2 tak faham...suka dengan contoh keretapi .. hidup kita nie pun jika hendak berjaya kena berjalan atas landasanNya. Andai tergelincir pasti ada 'pilot' yang menegur...
mselim3
pls: Insaallah , andai ada jodoh bertemu dan panjang umur .. blogger yang mselim3 nak jumpa achik.
Renungan yang baik buat kita semua.
Salam Israk Mikraj...
renungan dan pringatan kita bsama..