Ticker

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Mahu Pilih Seseorang Yang Terpenting Dalam Hidup Kita ?



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah ini, Marilahlah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Baru sempat update blog, abis aktiviti terus bergegas mengadap laptop. Bukan apa semalam terlalu banyak rakan rakan blogger remaja yang minta acik kongsikan tentang cinta. Wahh cinta lagi ? itulah yang di perlukan anak muda kita, cinta cinta dan cinta. Tak pelah tak jadi masalah pon ,so jom bace sedikit kisah pengajaran ini yang acik karang untuk kamu.

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka dengan itu terimalah seserang itu seadanya dan hargainya. Jangan dah tak ada baru nak tercari cari. Cinta itu perlu ada "give and take" bukan hanya sekadar dari sebelah pihak saje.Ikhlaslah mencintai seseorang itu kerana Allah taala.

Catat Ulasan

20 Ulasan

PeRdU cINta berkata…
Nice entry acik..bila kita boleh terima kelemahan insan yang kita sayangi..secara tidak langsung kelebihan itu akan wujud dalam perhubungan tersebut..
Ismi Ana berkata…
Tq for sharing. Adudu.. Cam kene kat batang idong sendiri je bile bace perbualan ckgu ngan pelajar tu. Huhu
Maria Firdz berkata…
Nice entry.. Mmg pnh naca gak kisah ni.. Pnuh motivasi...
Unknown berkata…
hargai insan yg di depan mata..:)
PCL berkata…
jodoh kita pilihan Allah yg tentukan.. sama2 perbaiki yg mana kurang dan muhasabah. Dia tidak akan memberi kesusahan melainkan mahu kita mendekatkan diri kepada Nya. Terima kasih acik !
Shahrul Yusof berkata…
Dalam percintaan ni tak elok diungkit kisah-kisah silam yang boleh merenggangkan perhubungan. Perkara yang lepas usah dikenang. Terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan. Life must go on. Hehe
Blog Santai berkata…
Good sahraing Acik..hargailah yang ada didepan mata kan coz itulah pilihan yang kita pernah buat dan pastinya ada sebabkan..
paridah berkata…
pada pandangan lelaki kesemua wanita itu cantik2 belaka...spt berjalan dpadang rumput yg luas menghijau...anologi yg diberi guru itu tepat sekali.
norhasnizakhalid berkata…
nice sharing acik, nak pilih ni kena buat betul-betul kan..
cikpinz berkata…
Jodoh yang dipertemukan itu adalah yang terbaik dari ALLAH. Jangan dipersiakan hanya kerana berjumpa yang lagi cantik dari yang ada.
Cik Itah berkata…
salam. nice sharing acik :))
hargaila apa yang ada didepan mata kita..jangan mencari yang lebih sempurna dari apa yang ada :)
Khir Khalid berkata…
Hebat.. mendalam nasihat ini. T kasih atas perkongsian Acik..
Unknown berkata…
acik memang expert dalam bab-bab macam nie.... nice sharing.... :)
Yana Yani berkata…
sweetnya cite ni! i like =)
ANIM berkata…
bagus entry ni acik..
kena akur setiap dari kita tiada yg sempurna..
adakala cantik di mata orang, namun tidak dimata oranglain
begitu juga sebaliknya
BinMuhammad berkata…
Sangat menarik dan bagus sekali pengisian entri ini!
Unknown berkata…
Indah sungguh entri ni..pnuh makna dan peringatan..yess! Btul..tiada siapapun di dunia yg perfect..so just terima sja siapa jdoh yg di tentukan untuk kita.