Gambar Hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur ke hadratnya atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari dapat kejutan bahawa seorang kawan acik masuk ke hospital Klang jadi tanpa melengahkan masa acik pergilah melawatnya sekejap.Menunggu waktu melawat acik duduk di ruangan menunggu.
Terlihat seorang wanita yang sudah berusia dekat umur 60 an duduk di sudut tepi sambil menangis, lama acik perhatikannya. Menagis dan terus menangis. Lama acik perhatikannya, kenapa agaknya dia menangis ? Acik cuba dekatinya, dan mencuba beertanya :
Acik : Assamualaikum mak cik, minta maaf tanya, kenapa mak cik menangis ini ?
Mak cik : (sambil kesat air mata ) ermm tak apa-apa nak.
Acik: Kalau mak cik sudi boleh la kongsikan dengan saya, sekurangnya dapat ringan beban itu mak cik.
Mak cik : ermm sebenarnya mak sedih sangat, apa yang terjadi dengan anak-anak makcik.
Acik : kenapa dengan anak mak cik ?
Mak cik : mak cik ada 3 orang anak lelaki dan seorang tahun lepas dah meninggal dan mungkin 2 lagi ini akan tinggalkan makcik.
Acik : ermm tinggalkan mak cik ?
Mak cik : Dua anak mak cik sakit nak, mereka penangih dadah, umur seorang 25 tahun dan seorang 30 tahun . Mak cik pergi ambil ubat anak mak cik , keadaan mereka semakin teruk nak.
Acik : ermm mak cik tabah ye mak cik, Allah sedang menguji mak cik, Allah sayang mak cik.
Mak cik : mak cik sayang pada mereka, sekolah mak cik hantar , agama mak cik ajarkan tapi mereka jadi seperti ini. Ini semua salah mak cik.
Acik : Jangan salahkan diri begitu mak cik, Ini pilihan mereka, mak cik dah laksanakan tanggungjawab mak cik.
Rasa air jernih keluar dari mata ini, kasih sayang seorang ibu tinggi nilainya, dengan mengambil upah menjahit menyara anak-anak yang sakit. Seorang ibu sanggup berkorban untuk anaknya,bagaimanapun anaknya dia tetapi terima dia seadannya. Kita anak-anak jarang cuba memahami hati mereka apa yang kita tahu adalah mengikut hati kita sahaja.
Kadang itu , kita ada rumah besar, gaji yang tinggi, kerja yang baik.nak kata sebut jer mampu beli.Tapi mak ayah kita masih hidup susah. Kita abaikan mereka, lupakan mak bapak kita. Seharusnya kita bantu mereka, biarkan mereka rasa senang.
Kita lupa nak mendoakan dia lepas solat, minta ampun kepada Allah untuk ibu bapa kita. Yang kita ingat hanya tentang diri kita.
Acik menaip ini untuk ingatkan diri sendiri sekaligus berkongsi dengan kamu semua. Kita berjaya hari ini adalah hasil doa ibu bapa kita yang tak pernah putus-putus untuk kita. Jadi tak perlu sombong dan bangga berlebihan ,sayangilah mak ayah kita selagi mereka hidup, jangan menyesal jika mereka sudah tiada.
27 Ulasan
mselim3 baca entry nie pun sedih rasanyer.. kekdang kita sebagai anak nie kekadang mudah lupa tentang jasa2 yang telah ibu taburkan utk anak2 tersayang. Coretkan nie bukan apa.. kekadang utk mselim3 jugak agar tidak melupakan ibu tersayang yang ada dikampung... tanpa ibu siapalah kita ini.
mselim3
Kita sebagai anak usaha utk balas jasa ibubapa (walaupun mmg takkan terbalas jasa mereka).
Kita sebagai ibubapa pasti ingin berikan yg terbaik utk anak2 tanpa mengharap apa2 balasan...
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html
Regards,
-Strider-