Ticker

6/recent/ticker-posts

Di Sebalik Tangisan Seorang Ibu

ibu kecewa
Gambar Hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur ke hadratnya atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari dapat kejutan bahawa seorang kawan acik masuk ke hospital Klang jadi tanpa melengahkan masa acik pergilah melawatnya sekejap.Menunggu waktu melawat acik duduk di ruangan menunggu. 

Terlihat seorang wanita yang sudah berusia dekat umur 60 an  duduk di sudut tepi sambil menangis, lama acik perhatikannya. Menagis dan terus menangis. Lama acik perhatikannya, kenapa agaknya dia menangis ?  Acik cuba dekatinya, dan mencuba beertanya :

Acik : Assamualaikum mak cik, minta maaf tanya, kenapa mak cik menangis ini ? 
Mak cik : (sambil kesat air mata ) ermm tak apa-apa nak.
Acik: Kalau mak cik sudi boleh la kongsikan dengan saya, sekurangnya dapat ringan beban itu mak cik.
Mak cik : ermm sebenarnya mak sedih sangat, apa yang terjadi dengan anak-anak makcik.
Acik : kenapa dengan anak mak cik ? 
Mak cik : mak cik ada 3 orang anak lelaki dan seorang tahun lepas dah meninggal dan mungkin 2 lagi ini akan tinggalkan makcik. 
Acik : ermm tinggalkan mak cik ?
Mak cik : Dua anak mak cik sakit nak, mereka penangih dadah, umur seorang 25 tahun dan seorang 30 tahun . Mak cik pergi ambil ubat anak mak cik , keadaan mereka semakin teruk nak.
Acik : ermm mak cik tabah ye mak cik, Allah sedang menguji mak cik, Allah sayang mak cik.
Mak cik : mak cik sayang pada mereka, sekolah mak cik hantar , agama mak cik ajarkan tapi mereka jadi seperti ini. Ini semua salah mak cik.
Acik : Jangan salahkan diri begitu mak cik, Ini pilihan mereka, mak cik dah laksanakan tanggungjawab mak cik.

Rasa air jernih keluar dari mata ini, kasih sayang seorang ibu tinggi nilainya, dengan mengambil upah menjahit menyara anak-anak yang sakit. Seorang ibu sanggup berkorban untuk anaknya,bagaimanapun anaknya dia tetapi terima dia seadannya. Kita anak-anak jarang cuba memahami hati mereka  apa yang kita tahu adalah mengikut hati kita sahaja.

Kadang itu , kita ada rumah besar, gaji yang tinggi, kerja yang baik.nak kata sebut jer mampu beli.Tapi mak ayah kita masih hidup susah. Kita abaikan mereka, lupakan mak bapak kita. Seharusnya kita bantu mereka, biarkan mereka rasa senang.

Kita lupa nak mendoakan dia lepas solat, minta ampun kepada Allah untuk ibu bapa kita. Yang kita ingat hanya tentang diri kita. 

Acik menaip ini untuk ingatkan diri sendiri sekaligus berkongsi dengan kamu semua. Kita berjaya hari ini adalah hasil doa ibu bapa kita yang tak pernah putus-putus untuk kita. Jadi tak perlu sombong dan bangga berlebihan ,sayangilah mak ayah kita selagi mereka hidup, jangan menyesal jika mereka sudah tiada.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sedihnya...hati seorang ibu..itulah,ibu bapa dah beri didikan secukupnya pada anak² baik ilmu akademik mahupun ilmu agama. namun,anak tersebutlah yang akan memilih akan mengikut jalan hitam atau putih.jika kasihkan ibu,pilihlah ke arah yang baik.jangan biar air mata ibu menitis kerana kesedihan akibat sikap kita.
Cik Nor berkata…
hanya kita yg thu haluan hidup kita..ibubapa dah bagi yang terbaik utk kita...
Tanpa Nama berkata…
Sedihnya.. Ibu bapa dah bagi yang terbaik untuk anaknya..
sitirohaida berkata…
Tajuk netry ni dah buat akak rasa sedih..apatahnlagi membacanya acik..
Lieya Von Jay berkata…
kesian nya kat mak cik tu. sebagai anak kita harus pikir ibu bapa dulu sebelom melakukan sesuatu. bila jdi macam ni yang nak sedih tu ibu bapa jugak kan,,,,
Unknown berkata…
sayu jer baca, tersentuh naluri keibuan ku, aku punya dua anak lelaki, 23 tahun dan 18 tahun, moga kedua dua anak lelaki ini menjadi anak yang soleh dan terhindar dari gejala2 yang tidak sihat, aminnnnn
cikpinz berkata…
Kasih seorang ibu..tetap merasakan itu salahnya walaupun sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum....achik,

mselim3 baca entry nie pun sedih rasanyer.. kekdang kita sebagai anak nie kekadang mudah lupa tentang jasa2 yang telah ibu taburkan utk anak2 tersayang. Coretkan nie bukan apa.. kekadang utk mselim3 jugak agar tidak melupakan ibu tersayang yang ada dikampung... tanpa ibu siapalah kita ini.

mselim3
teratai berkata…
Sedih...sayu
mrhanafi berkata…
memang sedih cerita tu bro!
Unknown berkata…
semoga kita sentiasa beringat akan tanggungjwb terhadap mrk ...
Unknown berkata…
terima kasih Acik kerana mengingatkan.. huhu.. rasa mcm nak terbang balik jumpa mak sekarang jugak. sobs.
~cik atin~ berkata…
kaseh seorang ibu tiada sapa mampu tandingi
Ismi Ana berkata…
Seteruk manepun seorang anak tu, seorang ibu takkan pernah membenci anak kandungnya sendiri. Sebak baca entri ni.
Khir Khalid berkata…
Sedihnya... anak2nya tak sedar betapa beruntungnya mereka mempunyai ibu yg baik & masih bernyawa. Semoga Allah memberikan hidayah kpd mereka sblum segalanya terlambat & semoga Allah jua yg memberkati segala usaha2 ibu itu... aamiin.
paridah berkata…
ibubapa sanggup berbuat apa saja demi anak2 yg amat disayangi...moga anak2 juga tahu membalas budi........ujian yg diterima ibu yg acik paparkan begitu besar sekali...betapa berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya...
Unknown berkata…
T___T wahai anak2, berbaktilah pada ibubapa kita.. jgn sesekali melukakan hati mereka.. besar dugaan yang Allah timpakan pada makcik ni.. moga2 makcik tu sabar n tabah
Unknown berkata…
hati ibu siapa yang tau... kuat di luar, tapi di dalam ? hmm
Blog Santai berkata…
Sedihnya lah..memang ramai yang jadi macam nikan acik..bayangkan seoarng ibu yang bersusah payah membesarkan kita semua akhirnya kecewa kerana kita sebagai anak-anak tidak mengenang budi..moga dijauhkan Allah.,.Aminn..
hafizmohd.com berkata…
Sedey..huhu

Kita sebagai anak usaha utk balas jasa ibubapa (walaupun mmg takkan terbalas jasa mereka).

Kita sebagai ibubapa pasti ingin berikan yg terbaik utk anak2 tanpa mengharap apa2 balasan...
Maria Firdz berkata…
Tersentuh sgt... Sy sgt rindukan keluarga sy saat ini..tpi apa kn daya...
Time Traveller berkata…
Betul tu.. memang ramai anak2 yang tak amik iktibar dalam kebaikan dan pengajaran yang ibu bapa mereka berikan dari kecik hingga besar.. Moga kita di jauhkan dari semua penyakit seperti ini amin..

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html
Fiza Aizzawa berkata…
Sedihnye cerita acik nie.. pengajaran buat kita semua..
Azlan Strider berkata…
aku tak tahu nak ketegorikan manusia macam nie dalam ketegori apa sampaikan ngan ibu sendiri pun dah macam tak ada perasaan..

Regards,
-Strider-
Nadia Johari berkata…
sedih sangat dengar cerita ni..seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja
Ebb berkata…
Boleh tahu mana dapat gambar ni? Itu gambar ibu saya. Dia meninggal October 2013. Nak juga tahu sapa yang mengambil gambar dia. Mana tahu ada gambar2 dia yang lain. Terima kasih.