ehsan google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan rahmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad. Kita di lahirkan di dunia ini sebaik kejadian, yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita mempunyai perasaan dan otak untuk berfikir secara waras.
Allah meletakkan kita antara makluk yang istimewa di muka bumi ini . Ada segelintir manusia Allah berikan dengan rupa para yang cantik, rupa paras yang kacak, kaya, mempunyai bakat berlakon, mempunyai bakat dalam nyanyian, pandai dan sebagainya. Nikmat yang di berikan kita tak pernah berhenti dan sentiasa memberi walaupun kadang kala kita lupakannya.
Tapi sayangnya manusia ini bila Allah memberikan nikmat yang lebihan kepadanya maka ia menjadi bongkak dan sombong dengan apa yang dia ada. Hari ini acik berkesempatan sertai satu program dan acik di jemput menghadirinya sebagai rakan media di sana.Program tersebut adalah Stand From Silent Stop Bully !
Dalam kita tak sedar ,rupanya ramai antara kita telah menjadi mangsa buli oleh manusia yang tak bertanggungjawab kerana dek kekurangan seseorang itu.Terkesan acik mendengar luahan mereka yang pernah menjadi mangsa buli yang mengatakan
Ye ,saya memang akui ,saya akui banyak kekurangan dalam diri saya, setiap hari saya akan di buli, hampir 2 tahun. Jiwa saya tertekan, mereka menggunakan kelemahan saya untuk terus jatuhkan diri saya.
Saya mungkin tidak sesempurna manusia lain, saya di lahirkan sebagai lelaki yang kecil dari saiz badan. Di sekolah dulu saya selalu di buli ,di ejek kerana fizikal saya. Saya sangat tertekan.
Saya memang tidak mempunyai rupada paras yang cantik, dan fizikal yang mmepunyai badan besar. Saya selalu di hina, di kutuk dan di buli mereka-mereka yang merasakan diri mereka sempurna.
Ini adalah sedikit luahan mereka yang telah menjadi mangsa buli. Siapa ktia untuk menghukum mereka ? Mereka juga berhak untuk terus hidup dengan tenang dan damai di muka bumi Allah ini. Allah padangan kita sama sahaja sebagainya hambanya. Kenapa kita sebagai manusia meletakkan level seseorang itu untuk berada di tahap yang bagaimana.
Sudah kaya, layak ke untuk sombong ?
Cantik, kacak dan bergaya , perlu ke menghina orang lain ?
Ada bakat ,perlu ke untuk berlagak.
Itu kita yang sering leka, lalai dan bongkak dengan diri kita. Kita selalu merasai diri kita betul kerana ada duit yang banyak , kerana ada kuat dan kita boleh apa sahaja yang kita suka. Sedarlah ianya hanya sementara, jika ALLAH tarik nikmatnya sekelip mata sahaja dan kita adalah dalam kalangan mereka yang rugi.
Mengapa kita perlu letakkan jurang tersebut, kekurangan seseorang itu bukan kayu penyukur untuk dia berhak di kenakan dan hakimi oleh kita sesuka hati. Jika kata kita kuat, pergilah cari lawan yang setanding dengannya.
Sebenarnya terdapat beberapa kes yang terjadi dan ada juga kes kematian kerana sering di buli oleh rakan-rakan sehingga tekananan perasaaan dan tekad untuk membunuh diri.
Acik sekeras-kerasnya membantah dan menyokong kempen bagi hentian membuli. Kes membuli ini bukan hanya terjadi di sekolah tetapi masih wujud di universiti dan di tempat kerja.
Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)
19 Ulasan
Acik, dibuli secara emosi n mentaliti, lagi teruk kesannya bukan..akan ada rasa tertekan, rendah diri, dan sampai satu waktu,bila tidak tahan menanggung semua bebanan, ada yg memilih untuk tamatkan nyawa sendiri.. nauzu billahi min zalik..
Salam Kenal :D.. - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/04/kembara-england-part-5-harry-potter-at.html
semoga ada jalan penyelesaiannya...