Ticker

6/recent/ticker-posts

Hentikan Gejala Membuli !

ehsan google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan rahmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad. Kita di lahirkan di dunia ini sebaik kejadian, yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kita mempunyai perasaan dan otak untuk berfikir secara waras. 

Allah meletakkan kita antara makluk yang istimewa di muka bumi ini . Ada segelintir manusia Allah berikan dengan rupa para yang cantik, rupa paras yang kacak, kaya, mempunyai bakat berlakon, mempunyai bakat dalam nyanyian, pandai dan sebagainya. Nikmat yang di berikan kita tak pernah berhenti dan sentiasa memberi walaupun kadang kala kita lupakannya.

Tapi sayangnya manusia ini bila Allah memberikan nikmat yang lebihan kepadanya maka ia menjadi bongkak dan sombong dengan apa yang dia ada. Hari ini acik berkesempatan sertai satu program dan acik di jemput menghadirinya sebagai rakan media di sana.Program tersebut adalah Stand From Silent Stop Bully !

Dalam kita tak sedar ,rupanya ramai antara kita telah menjadi mangsa buli oleh manusia yang tak bertanggungjawab kerana dek kekurangan seseorang itu.Terkesan acik mendengar luahan mereka yang pernah menjadi mangsa buli yang mengatakan 

Ye ,saya memang akui ,saya akui banyak kekurangan dalam diri saya, setiap hari saya akan di buli, hampir 2 tahun. Jiwa saya tertekan, mereka menggunakan kelemahan saya untuk terus jatuhkan diri saya.

Saya mungkin tidak sesempurna manusia lain, saya di lahirkan sebagai lelaki yang kecil dari saiz badan. Di sekolah dulu saya selalu di buli ,di ejek kerana fizikal saya. Saya sangat tertekan.

Saya memang tidak mempunyai rupada paras yang cantik, dan fizikal yang mmepunyai badan besar. Saya selalu di hina, di kutuk dan di buli mereka-mereka yang merasakan diri mereka sempurna.

Ini adalah sedikit luahan mereka yang telah menjadi mangsa buli. Siapa ktia untuk menghukum mereka ? Mereka juga berhak untuk terus hidup dengan tenang dan damai di muka bumi Allah ini. Allah padangan kita sama sahaja sebagainya hambanya. Kenapa kita sebagai manusia meletakkan level seseorang itu untuk berada di tahap yang bagaimana. 

Sudah kaya, layak ke untuk sombong ? 
Cantik, kacak dan bergaya , perlu ke menghina orang lain ?
Ada bakat ,perlu ke untuk berlagak. 

Itu kita yang sering leka, lalai dan bongkak dengan diri kita. Kita selalu merasai diri kita betul kerana ada duit yang banyak , kerana ada kuat dan kita boleh apa sahaja yang kita suka. Sedarlah ianya hanya sementara, jika ALLAH tarik nikmatnya sekelip mata sahaja dan kita adalah dalam kalangan mereka yang rugi.

Mengapa kita perlu letakkan jurang tersebut, kekurangan seseorang itu bukan kayu penyukur untuk dia berhak di kenakan dan hakimi oleh kita sesuka hati. Jika kata kita kuat, pergilah cari lawan yang setanding dengannya.

Sebenarnya terdapat beberapa kes yang terjadi dan ada juga kes kematian kerana sering di buli oleh rakan-rakan sehingga tekananan perasaaan dan tekad untuk membunuh diri.

Acik sekeras-kerasnya membantah dan menyokong kempen bagi hentian membuli. Kes membuli ini bukan hanya terjadi di sekolah tetapi masih wujud di universiti dan di tempat kerja. 

Maksudnya:  “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada bentuk tubuhmu dan tidak pada rupa parasmu, tetapi DIA melihat pada hatimu.”
(HR Muslim)

Catat Ulasan

19 Ulasan

Hati pembuli penuh dgn jiwa syaitan
Unknown berkata…
klu dia beriman , nescaya dia tak mahu melakukannya ...
Tinta Lana berkata…
Salam.

Acik, dibuli secara emosi n mentaliti, lagi teruk kesannya bukan..akan ada rasa tertekan, rendah diri, dan sampai satu waktu,bila tidak tahan menanggung semua bebanan, ada yg memilih untuk tamatkan nyawa sendiri.. nauzu billahi min zalik..
BinMuhammad berkata…
Gejala buli perlu dihapuskan...tiada yang baik kesan dari buli ini. Sekarang ni budak sekolah rendah pun tahu membuli...mungkin kerana terpengaruh drama tv agaknya...
Khir Khalid berkata…
Gejala buli adalah satu budaya keji.. budak2 yg suka membuli harus disedarkan.. klu org besar membuli mmg patut dilawan.. bukan dgn kekerasan tetapi dgn jln ilmiah.. mungkin dgn doa agar mereka sedar sblm segalanya terlambat...
budakbandunglaici berkata…
Banyak sebab kenapa orang tu suka membuli apa pun kena didik pembuli jugak
Unknown berkata…
husna pon tak setuju dan bantah keras2 sapa yang suka membuli tu.. selalunya diorang membuli utk tunjuk betapa mereka tu kuat.. dapat tindas yg lain.. geram je husna sapa yg suka membuli tu..>.<
Karen Monica berkata…
gejala membuli ni memang harus dihentikan sebab ianya memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa yang dibuli. Pasti mangsa akan trauma terutamanya kalau mangsa masih kanak-kanak ataupun kalau mangsa dibuli berkali-kali
Maria Firdz berkata…
gejala ni sgt berleluasa di sekolah... byk terpengaruh dgn sogokan filem tempatan yg ganas... sbb bebudak kn... mudah terpengaruh.... bebudak ni rasa macam seronok je dapat jadi org yg besar ... ada pengikut dan org lain takut...
Cik Itah berkata…
salam..kenapa la mesti membuli..kesian mereka yang jadi mangsa buli
Time Traveller berkata…
Susah bila naktegur orang yang suka membuli ni.. sebab mereka dapat kepuasan dari membuli.. Moga di jauhkan lah dari berlaku pada orang yang kita kenal... :D

Salam Kenal :D.. - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/04/kembara-england-part-5-harry-potter-at.html
paridah berkata…
pembuli yg suka membuli ni miliki terlalu banyak ion2 negatif dalam diri mrk kot...perbuatan membuli selamba saja dilakukan utk kepuasan diri menyiksa yg lemah lagi xberdaya..
Mar Mansor berkata…
membuli perlu dihentikan..amat tidak sokong..tiada yang kuat andai tiada yang lemah..
nOe suhaimi berkata…
memang wajib dihentikan...tiada dalam ajaran agama kita...malah memberi kesan yang berpanjangan kepada mangsa buli
Blog Santai berkata…
Selalunya memang macam tu Acik..Ramai yang dibuli kerana kekurangan yang ada pada mereka..kalau siapa yang pernah duduk asrama lagilah. Kalau yang ada rupa paras memang selamat coz ramai kakak & abnag senior nak protect. tapi kalau yang sikit memang selalu jadi mangsa..memang patut sangat buli ni dihentikan..boleh jadi trauma tau..
Tanpa Nama berkata…
kat SMB hari tu ada juga kes buli ni..budak form2 belasah junior form2. yang geramnya budak perempaun pun jadi samseng jugak.semua kena angkut g balai polis.
Shahrul Yusof berkata…
Buli ni sedikit sebanyak dibentuk oleh mentaliti masyarakat kita hari ini yang dibentuk oleh fahaman lapuk berkenaan social Darwinism oleh para pemimpin kita. Fahaman ini telah membentuk corak 'survival of the fittest' di mana yang kuat menindas yang lemah. Ia agak ironi di dalam masyarakat kita yang majoritinya Muslim yang mengutamakan sifat kasih sayang dan berakhlak mulia sesama insan sebagai salah satu asas utama ajaran Islam.
Affy Afiqah berkata…
dari ika zaman sekolah sampai laa sekarang..masih tak henti2 lagi kes buli ni...hmmm
semoga ada jalan penyelesaiannya...
Unknown berkata…
buli buli ni nak g mana je..nanti dibuli semula baru tau