Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah bersyukur ke atas nikmat yang di berikan. marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Acik juga seperti kamu semua, dahulu suka merungut, mengeluh bila ujian melanda. Rasa diri tak mampu hadapinya tapi Alhamdulilah hingga kita mampu lagi bertahan. Pengalaman banyak mengajar diri ini dan kini bila ujian mendatang acik cuba terima apa jua ketentuan.
Orang selalu kata ,kau tak rasa boleh la kau cakap macam tu! Bila kena pada kau baru kau tahu.Cakap mudah tapi insan yang menghadapinya ?
Pada acik Allah tahu kemampuan kita, Allah apa yang terbaik untuk kita, dia menguji kita mengikut kemampuan kita. Itu selalu acik tuturkan, kadang kala acik rasa bersyukur Allah mengujiku maknanya Allah sayang padaku. Kita ambil pandangan positif dalam setiap permasalahan itu yang acik lakukan.
Ye, Sepanjang kehidupan kita, ujian & cubaan datang silih berganti kerana makna kehidupan itu sendiri adalah bagaimana menghadapinya. Ujian & cubaan kehidupan adalah tantangan yang akan memilah mana orang yang tahan uji dan mana orang yang lemah, mana orang yang beriman dan mana orang tidak beriman. Bagi seorang mukmin kehidupan akan selalu mendatangkan keberuntungan kerana ia bersyukur ketika memperoleh nikmat dan bersabar ketika menghadapi kesulitan. Sebaliknya orang tak beriman selalu tak beruntung, ketika memperoleh nikmat ia lupa diri dan ketika menghadapi kesulitan berat ia lupa ingatan. Sabar ialah tabah hati tanpa mengeluh dalam menghadapi cubaan dan rintangan, dalam jangka waktu tertentu, dalam rangka mencapai tujuan. Islam mengajarkan bersabar itu indah.
Pertama, tahan ketika menghadapi hantaman pertama. Rasulullah pernah bersabda, Innamassabru indassad matil uulaa. Artinya: Sabar yang sesungguhnya ialah ketika menghadapi hantaman pertama.
Kedua, ketika ditimpa musibah, segera mengingat Allah dan mohon ampunannya. Firman Allah, ‘(Orang-orang yang sabar ialah) mereka yang ketika ditimpa musibah, berkata, ‘sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ (al Baqarah: 156).
Ketiga, tidak menampakkan musibahnya kepada orang lain, seperti yang dicontohkan oleh istri Abu Talkhah (Ummu Sulaim) ketika ditinggal mati anaknya. (dikisahkan dalam hadis Riwayat Muslim).
Keempat, sabar menghadapi semua cubaan dengan ikhlas kepada Allah. Allah berfirman dalam hadis Qudsy, ‘HambaKu yang mukmin, yang bersabar dengan pasrah kepadaKu ketika kekasihnya Aku panggil kembali (mati), kepadanya tak ada balasan yang layak dari Ku selain surga.’ (HR. Bukhari)
Apa jua yang berlaku kita kena sabar, walaupun dengan kata-kata ia memadai mendamaikan jiwa yang di timpa musibah. Allah bersama kita.
18 Ulasan
Saya setuju sangat...dugaan Allah itu sebenarnya amat manis pengakhirannya...amin
Kesulitan akan hilang seiring dengan masa yang berlalu.. ;)
Sabar, usaha dan tawakkal... insyaallah ada hikmah disebaliknya... :)
salam jumaat acikkk :)