Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Pernah Takut Untuk Kehilangan Kekasih Hati Kamu

jangan takut kehilangan
ehsan Google

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini,ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini acik ingin berkongsi satu pekara kepada kamu semua.Ye semua orang ingin bersama dengan orang yang di sayang, yang orang dia cintai, kalau boleh ingin bersama hingga ke hujung nyawa. Tetapi langit itu tak selalu cerah dan ujian mendatang bagi kita menghargai sebuah kehidupan.Ini adalah coretan kisah benar yang berlaku di depan mataku.

Diceritakan sepasang kekasih ini saling mencintai ,mereka bertemu , berkenalan dan hinggalah jatuh cinta. Cinta yang di bina atas dasar kasih sayang dua insan yang bercinta. Orang kata mereka seperti couple of the year lah . Memang sama cantik dan sama padan. Mereka menjaga perhubungan , mereka saling memhami dan bertolak ansur dalam perhubungannya. 

Mereka telah merancang perkahwinan untuk membina istana bahagia bagaikan cinta hingga hujung nyawa. Jika di tanya pada wanita tersebut, siapakah orang yang paling di sayangi di dunia ini ? tentulah jawapan "aku cinta dia seorang sahaja di dunia ini.

Tetapi cinta mereka tidak di restu keluarganya, mereka merancang untuk berkahwin tetapi mereka masih lagi belajar. Mereka merasakan cinta mereka agung dan perlu di bela. Suatu hari lelaki itu bersuara, katanya biarlah "saya buat istikarah untuk meminta petunjuk dari Allah"

Lelaki itu katakan kepadaku, kenapa setiap kali aku memikir tentang dia,fikiran aku serabut ? tetapi si lelaki diamkan dan tidak mahu melukakan kekasih hatinya.Sepanjang percintaaan mereka terlena dek kerana cinta, mereka merasakan dunia ini tidak adil kerana menghalang cinta mereka.

Cabaran dan dugaan yang berliku di lalui juga walaupun apa jua keadaan.Susah payah mereka bersama mereka bersama. Tetapi siapalah kita untuk mencabar ketentuanNya. Kerana hal yang kecil dan salah faham sedikit berlaku mereka berpisah.

Dan kini aku mendapat tahu bahawa mereka telah pun berkahwin tetapi bukan dengan orang yang sama .Ianya adalah orang yang berbeza. 

Acik mahu kongsikan kepada semua ini untuk kamu berfikir, kita harus percaya pada ketentuan Allah, takdir Allah. Kita mampu merancang hidup kita setinggi gunung dan seindah mahligai tetapi andai Allah kata dia bukan jodoh kita maka bukanlah. Tetapi jika berlarilah ke hujung dunia sekali pun tetapi jika Allah kata dia adalah jodoh kita maka memang jodoh kita. Jangan takut ,Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Maka cintailah seseorang itu kerana Allah maka Allah akan pelihara cinta mereka. Kita sebagai manusia perlu menjaga setiap tutur kata kita. Cinta kerana manusia akan layu dan hilang dengan kepergiaannya. Tetapi cinta kerana Allah maka akan terus bersinar. Jangan takut kehilangan dia tetapi takutlah untuk kehilangan cintaNya.

Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :
"Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda : "Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak dapat memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudaratkanmu maka mereka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta" (HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan sahih).

Di dalam riwayat selain Tirmidzi : "Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu, kenalilah Allah di kala senang maka Dia akan mengenalmu di kala susah. Ketahuilah sesungguhnya apa yang tidak menimpamu maka dia tidak akan menimpamu dan apa yang akan menimpamu pasti dia akan menimpamu (tidak akan meleset). Dan ketahuilah bahawa kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan dan setelah kesulitan pasti ada kemudahan."


Catat Ulasan

22 Ulasan

Ismi Ana berkata…
Cinta tu kadang2 x semestinye bersama. Sebab Allah tahu dgn sape kita layak bersama.
✿INA AINAA✿ berkata…
Semangat ena bertambah kuat bila baca entry ni. Memandangkan ena baru lepas kehilangan. Tapi bila baca ni, ena harap ena boleh kuat. Terima kasih
sitirohaida berkata…
semua tu Allah dah tentukan untuk kita..mungkin ada jodoh yang lebih baik..
Shahrul Yusof berkata…
Apa yang kita rancang, tidak semestinya boleh menjadi. Apa yang kita rasa baik sekarang ni, belum tentu akan baik juga di kemudian hari. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui atas tiap sesuatu di atas muka bumi ini termasuk diri kita.
sobri yaacob berkata…
setuju dengan komen ni..cinta kadang2 x semestinya bersama..allah maha mngathuhi jodoh kita..tapi kita kena ar mencari jgak:)
memmetlenggeng berkata…
Kehilangan memang menyakitkan, apatah lagi dengan orang yang sangat-sangat di sayangi. Kita hanya mampu menuturkan "bersabarlah", ada hikmahnya, tapi bahu yang memikul, acapkali tidak dapat menerima hakikat. Inilah pengalaman yang telah saya lalui dengan ramai kawan-kawan yang putus cinta. Tapi, apapun, kita kena tetap menyokong mereka, agar mereka tidak terlalu tertekan dan dapat mengurangkan kesedihan.
Khir Khalid berkata…
Ajal maut, jodoh pertemuan... semuanya Allah swt yg menentukan. Bercinta bagai nak rak pun kalau tiada jodoh, tiada siapa yg mampu mengubahnya kecuali Allah swt jua. Maka cintailah Allah swt lebih dari segala2nya. In shaa Allah... redha akan hadir dikala kesempitan melanda..
Salam hujung minggu Acik.. :)
Fiza Aizzawa berkata…
cinta pada Allah adalah cinta kekal abadi.. Allah pasti akan apa yang terbaik buat kita..
Jejari Menaip berkata…
satu prkongsian yyg baik acik..Allah itu perancang terhebat
PeRdU cINta berkata…
Rebut cinta Allah dulu..insyaAllah cinta sesama insan akan menyertainya..kejar redha ibu bapa juga..kerana itu umpama sinar cahaya yang turut menerangi hidup kita dan pasangan..yakini Allah..
Maria Firdz berkata…
Cintai Ilahi itu yg perlu direbutkan dan dipertahan dan ditambahkan setiap hari...
nice sharing....blogwalking sekali lagi
Tanpa Nama berkata…
semua tu Allah dah tetapkan. wlaupun kita suka dgn seseorang tu dan kata nk kawen dgn dia ke apa, belum tentu ada jodoh
Blog Santai berkata…
Setiap perhubungan tak semestinya bersatukan..Allah tau apa yang terbaik untuk kita kan...
paridah berkata…
selamat berhujung minggu...n3 menarik...kita hanya merancang saja...penentuannya Allah jua...
Tanpa Nama berkata…
Cinta yg suci itu sebenarnya cinta yg lahir dari hati dgn pnuh keikhlasan dan kejujuran. Tak lupa juga, untuk memperolehi cinta manusia spt ini, sntiasa istiqomah pd diri sndiri dulu dgn mncari cinta Illahi. Kemudian, cinta itu akan hadir dgn sndirinya. Yg penting, berdoa, berdoa, berdoa serta bertawakal dan berusaha mndapatkannya. Nice entry Acik!!! ;)
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Acik, sekalipun ditakdirkan bersama..janganlah kita terlalu menyayanginya..sebab suatu masa, setiap kita akan dipulangkan kembali pada Dia. Bersederhanalah dalam memberi dan menerima kasih syg sesama manusia. Sayangi mereka untuk cari redhaNya..
Syazwani Zunidan berkata…
Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi .
norhasnizakhalid berkata…
kena kuat mental lah, terima hakikat dan redha atas apa yang terjadi..
Bunda_nora berkata…
Cinta Allah ada lah yang utama dari cinta sesama insan...
Setiap perhubungan itu tak semuanya berakhir dengan kebahgiaan....
Semua itu dugaan dari Nya...
ANIM berkata…
jodoh dah ditentukan Allah..
mungkin ada hikmah dan sebab mengapa pilihan hati kadangkala bukan jodoh kita...
Unknown berkata…
kisah ni mcm sgt kene ngan kisah ain.. walaupun kisah ain masih xtau kesudahannya..
syg si dia.. tp hati asyik x tenang n x tenteram bila bsama