Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Perlu Takut Jodoh Datang Lambat ?

ku tunggu jodohku
ehsan Google
Assalamualaikum

Izinkan diri ini untuk memberitahu tentang sebuah rasa, rasa yang aneh yang membuatkan semua orang tergila-gila untuk mendapatkannya dan ingin memiliki secara mutlak. Hal yang ingin dibicarakan adalah tentang cinta.Yang lebih tepat lagi adalah memiliki cinta.

ahh sape tak kenal cinta ? love ,mahabbah ,sarangge dan apa pon dalam bahasa yang lain tetapi maksudnya adalah sama tetapi yang berbeza adalah cara pembawakan cinta dalam kehidupan mereka.Segala hal yang berlaku dalam dunia ini adalah dari ALLAH dan kita juga akan kembali kepadaNya. Siapalah acik nie untuk menghukum cinta ,sedangkan cinta itu juga yang acik perlukan sebagai keperluan seorang hamba ALLAH. 

Dari benak hati yang dalam bertanya apa itu cinta ??? kenapa dengan cinta.? seseorang pernah berkata dengan acik "love is something easy to feel but difficult to define.Dasyatnya cinta, bila acik melihat ada manusia menagis kerana cinta, bergaduh, membunuh, kecewa , gembira dan semua perasan yang ada kerana cinta. 


Hmm, pernah baca hadits ini?

“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu tapi kau pasti mati.Berbuatlah sekehendakmu tapi kau pasti dibalas. Dan cintailah siapapun yang kau mau tapi engkau pasti berpisah dengannya.” (HR. ath-Thabrani)

Wah, sebuah sindiran hebat bagi kita yang tak sabar dalam menjalin cinta. Sindiran yang sangat perfect untuk menggambarkan betapa seharusnya kita bersabar, menanti cinta yang halal. Walau kadang rapuh, tapi itu jauh lebih mudah dan berkah daripada memaksakan diri menjalin cinta yang tak kenal arah.

Kenapa Kadang Kita Tidak Sabar?

Takut tidak dapat jodoh? Hmmmm yeke ?? Mungkin lebih tepat dikatakan bahawa “hal itu” dilakoni oleh mereka yang tidak mau meyakini Kekuasaan dan ketetapan ALLAH. Kenapa takut si dia di ambil orang lain ?? ataupun takut menjadi adartu atau bujang telajak ???

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri....dari penceramah terkenal, ustaz azhar idrus

ustaz azhar Idrus

Demi ALLAH Yang Maha Menguasai hati, acik ingin mengingatkan kita (termasuk acik sendiri), bahwa tiap-tiap kita telah disiapkan jodoh, langsung, ekslusif dari ALLAH. Telah dikhabarkan-Nya pada kita:

“Dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan.” (Q.S. an-Naba’)

Aaah itu, ALLAH telah memberi jaminan, kenapa kita takut? Kenapa ragu? Satu ayat ini saja rasanya sudah cukup untuk menguatkan kita berjuang sendiri dulu. Insya ALLAH..

cinta tu tak semestinya kita dapatkan pada orang yang kita ingin, dan pada masa itu ataupon berbeza waktu.Kita juga tidak akan mendapat cinta yang sejati selagi cinta itu menjadi keutamaaan kepada kecantikan dan nafsu,. Pastinya cinta kerana nafsu tak akan pernah dapat cinta sejati ..jangan bermimpi di siang hari .

Ya, semua adalah karenaNya, bukan yang lain. Hanya cinta, mencintai kerana ALLAH. Cintailah orang yang menempatkan ALLAH di posisi paling ekslusif  di hatinya, hingga dialah yang akan membantu kita untuk lebih dekat denganNya. Karena nanti, di akhirat kelak, ALLAH akan menagih cinta yang kita miliki dan pertahankan. Tentang hal yang kita rasa karenaNya.

“Sesungguhnya ALLAH Subhanahu Wata’ala mengatakan pada hari kiamat akan memanggil, ‘Manakah orang-orang yang saling mencintai hanya karena Aku? Pada hari ini Aku akan melindungi mereka di hari yang tidak ada tempat berteduh dan berlindung kecuali perlindungan-Ku.’ ” (HR. Muslim)

Ermm memang betul kita tak boleh mengelak untuk berjumpa dan bertemu dengan orang yang kita suka, tapi percayalah cinta yang indah dan hebat hanya untuk mereka yang benar-benar bersabar dan percaya jodoh  dan pertemuan adalah yang terbaik dari ALLAH untuk kita . Pastinya cinta yang berkah dan sempurna adalah kita mencintaNya dan hadiah yang terbesar yang akan di berikan adalah seseorang yang selayaknya untuk kita.. bersabarlah duhai hati menunggu cinta itu .Semoga sampai syurga... maaf kalau ada ada tersalah taip ,sampai di sini dahulu. 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Asha Lya berkata…
Jodoh rahsia Allah..semua jodoh sudah di tentukan kan.insyallah pasti ke temu jodoh yg baik
Tanpa Nama berkata…
insyallah ada perfect time jodoh dtg. sbb tu bukan skrng. percya pda ketentuannya^^
sitirohaida berkata…
Insyallah ..Allah dah tentukan jodoh untuk kita.cuma kita perlu bersabar dan bersoa yang terbaik untuk diri kita..betul ckp lya..jodoh tu rahsia Allah.
Bunda_nora berkata…
Ada orang tu cepat jodoh tetapi lambat pulak mendapat zuriat...ada tu lambat jodoh tetapiu cepat pulak zuriatnya....
Semua itu rezki dan ketentuan dari Nya...
Ismi Ana berkata…
Kadang2 tu ade yg nk kawin sbb nak puaskn nafsu je. Tu yg selalu mahkamah dpt kes cerai2. Ape2 pun rezeki, jodoh & ajal Allah dah tentukan..
cikpinz berkata…
Mungkin bagi mereka yang lambat jodoh itu Allah ingin memberi mereka lebih peluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa.
Khir Khalid berkata…
Ajal maut, jodoh & pertemuan ditangan Allah swt.. perbanyakkan berdoa & berserah kpdNya dgn usaha... jngn mengalah.. in shaa Allah...
Tanpa Nama berkata…
betul sangat..tiada yang tahu apa hikmah di sebalik semua itu...terimalah dengan jiwa besar walaupun jodoh kita lewat tiba...
Tanpa Nama berkata…
Allah swt yg lebih mengetahuinya.Kita hanya perlu teruskan berdoa dan berusaha utk mencarinya. InsayAllah, org2 yg baik akn mendapat yg baik... Aminnn, mudah2an. Nice entri Acik. :)
Blog Santai berkata…
Jodoh adalah rahsia Allah kan Acik..So tak perlu takut. Kena yakin bahawa Allah telah tau apa yang terbaik untuk kita...Yang perlu hanya berdoa semoga kita bertemu jodoh yang terbaik...
Unknown berkata…
nice entry dan nana setuju sangat....apapun kita hanya merancang...hanya DIA yang menentukan...yakin dan redha atas segala ketentuanNya...apapun paling penting jodoh ajal maut rezeki semua tu rahsia Allah. siapa kita untuk menidakkannya.
AwekTrader berkata…
Jodoh Pertemuan di tangan Allah
izzuddinfz berkata…
Kekeliruan yang teruk dikalangan orang kita - nafsu dan cinta -_-
Shahrul Yusof berkata…
Menagih cinta dari insan tidak semestinya akan membawa kita kepada jalan kebahagiaan. Apa pun, berdoa dan bertawakkal kepada Allah adalah salah satu usaha mencari jodoh.
Fiza Aizzawa berkata…
Kenapa nak risau tentang ketentuan Allah kerana semua telah ditetapkan.. banyakkan berdoa.. In syaa Allah..
Maria Firdz berkata…
Allah dh tentukan yg terbaik... Berbaik sgkalah dgn Alah..
Unknown berkata…
jodoh seperti rezeki.. rezeki yang tak kan datang bergolek..
jadi usaha itu perlu.. yakin dengan doa kepadaNya..:)
YunFila berkata…
Benar tu Acik... tiada apa yang pasti dalam hal jodoh. Tak kira kita menanti orang tu sampai lapan tahun ke, atau dah bercinta dengannya selama tiga tahun ke, dah berkahwin dengannya selama sepuluh tahun ke, kita pasti akan terpisah jua. Sebab kita tak boleh bawa cinta semasa hidup tu ke alam barzakh. Jadi, cintailah sepuas-puasnya dengan sesiapa jua, usah memperlekehkan suratan Allah dengan berkira tentang kelemahan atau kelebihan bakal pasangan, tiada apa yang perlu dirisaukan tentang cinta, semuanya di tangan Allah. There is no such thing as true love between humans. Just love. That is all. True love is with Allah ^__^
Nadia Johari berkata…
jodoh akan tiba..cuma cepat dan lambat je..kite manusia inginkan sesuatu yang bahagia dalam setiap hubungan..semoga acik mendapat jodoh cepat..=)
Unknown berkata…
insyaAllah ..jgn risau..Allah ada...
cinta kan Allah yg terbaik...
di akhirat sana...
Unknown berkata…
Betull selalunya yang terbaik tu datang lambat