Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengorbanan Lelaki Yang Jarang Di Ketahui Oleh Perempuan

lelaki berkorban
ehsan google


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini .Ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang di berikan. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Hari nie acik cuba selami sedikit kisah kehidupan lelaki yang perempuan tak pernah tahu. Perempuan selalu kata bukan senang nak jadi perempuan kerana macam-macam hal yang kena buat. Tapi sama juga dengan lelaki bukan senang nak jadi lelaki silap langkah masuk neraka. Hari nie acik nak kongsikan sedikit pengorbanan lelaki yang kamu semua tahu ataupun tak tahu dan buat-buat tak tahu.

Remaja lelaki 

Kalau dulu masa sekolah mak mesti berikan duit jajan untuk makan dan juga duit minyak untuk ke sekolah. Pada zaman acik sekolah dulu , masa form 4, 5 baru nak kenal erti cinta. Duit yang mak bagitulah simpan untuk tabungan. Dan pernah dulu acik ada seorang kawan. Acik tanya dia kenapa tak makan ? dia jawab dia tak lapar tapi bila di beri makanan kelaparan pulak dan bila di selidik rupanya simpan duit sebab nak bawa kawan perempuan jalan-jalan di hujung minggu ,yelah kawan perempuan tak mahu makan kedai mamak nak MCD, KFC.Lepas itu nak belikan hadiah lagi dan tengok wayang.Kebanyakan lelaki akan buat semua nie semata-mata untuk orang yang dia sayang.

Pada saat ini remaja hangat mencari cintanya. Tetapi acik tak galakkan kamu lakukan, say no to couple.



Lelaki sedang bercinta

Bila lelaki sedang hangat bercinta sebenarnya lebih dasyat dari perempuan. Handphone tak pernah lekang dari tangan .Bila siang hari akan melepak dengan kawan tapi bila malam hari akan selalu ada untuk si dia. Bila mesej si dia tak di balas ..si dia mulalah cakap dah tak sayang,, dah ada perempuan lain dan sebagainya. Si lelaki takut kecewakan perempuan, sanggup malam-malam pergi kedai untuk top up.. Ada tu perempuan siap cakap lagi bila nak mesej dengan saya top uplah 

Tu belum lagi kalau keluar kononnya pergi date, makan kena sponsor, nak beli itu inilah sampai kadang tu siap pinjam duit kawan untuk memenuhi keperluan si dia.

Bila di kolej/ Poli/ Universiti

Ketika beranjak dewasa, para perempuan cantik hanya akan pergi sama lelaki yang punya kereta saje.. ketika lelaki harus bersaing untuk mendapatkan dirimu, mereka akan lebih berjimat mati-matian agar dapat mengajak mu untuk keluar, untuk hantar ke kelas.Perempuan sekarang semuanya nak ada lelaki berkereta walaupon tu kereta family.Yup sekarang nie hidup dah senang ,ramai lelaki dah ada kereta ,so senanglah nak bawak ke hulu ke hilir.. Tapi berapa ramai perempuan sekarang yang sanggup keluar dating untuk naik bas ?? naik motor tak di galakan sebab 1 gender 1 motor .Ahhh time nie belanje besar untuk si dia tapi belum tentu kawin dngan dia... hahaha tapi kawan acik kata tak apa janji ada usaha..


Ketika hendak kawin

Kalau kita dapat lihat orang sekarang berlumba-lumba nak tengok hantaran siapa yang paling tinggi dan majlis di buat dengan gah. Bila nak melamar perempuan , mak ayah perempuan minta 10 ribu serba satu..wahhh tekanan kepada lelaki , terpaksa berjimat makan dan semuanya terpaksa berjimat. Duit tu di bazirkan semata-mata untuk kepuasan untuk tunjukkan siapa hebat. lagi bagus kalau kita bersederhana. Sebab tu sekarang macam-macam hal berlaku,tipu pakai duit palsu la, tipu itu inilah buat pinjaman bank sebab nak memenuhi permintaan yang tinggi nie.



Ketika sudah berkeluarga,

Kamu tahu? mereka kerja banting tulang seharian penuh untuk mencukupi kalian makan..tau pepatah ini ?

" Seorang ayah makan telur ayam, sedangkan anak isterinya makan daging ayam "Di benak seorang ayah, asalkan anak isterinya bahagia itu sudah cukup,..kalau perlu tak makan, atau sekadar makan mee segera, asalkan anak isteri dapat makan dia sudah senang,.. jangan suka mensia-siakan wang hasil kerja keras suami mu itu..Belum lagi anak nak duit tuisyen , anak biasa akan minta kat mak tapi mak minta kat ayah juga. Belum lagi tiba ketika anak minta macam-macam lagi . 

Ini hanya sedikit saje acik bagitahu, dan nak tahu lebih lanjut boleh tanya ayah kamu semua. Bukan apa acik just nak kamu semua hargai setiap kejadian manusia yang ALLAH cipta. Sama-sama harga lelaki dan perempuan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Niat di sini bukan untuk membuat perbandingan entah pe2 yang penting kita tahu peranan kita..mungkin ada cakap ini pekara remeh temeh tapi inilah reality kehidupan kita.

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” 

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim)
"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"

Catat Ulasan

38 Ulasan

Ismi Ana berkata…
Hakikatnye mmg camtu pun kan. Cuma ramai yg x sedar..
BinMuhammad berkata…
Lelaki sebenarnya tak suka pun menunjuk2 dan mendedahkan segala pengorbanan serta tidak mengharapkan apa2 balasan, cukuplah sekadar tidak dikhianati. Biarlah diri merana asalkan dapat melihat insan2 tersayang bahagia.
Kak iman berkata…
sedihnya bila kenang balik.tapi iman tersentuh bila dah berkeluarga.iman teringt dekat ayah yang byk susahkan dirinya semata2 untuk kami smua.trm ksh ayah!
Cik Nor berkata…
good sharing acik...terima kasih ayah...
✿INA AINAA✿ berkata…
Betul apa yg diperkatakan sebab hurmmmm sebak bila kenangankan pengorbanan ayah ena kepada kami adik beradik. Walaupun dia kesusahan tapi dia tetap tersenyum dan tak putus asa menolong dan memberi semangat kepada kami
hargailah ayah&suami kita kan..
memang susah kita nak cari lelaki menangis,
kalau ada kwn2 lelaki yg menitiskan air mata,pilih lah dia...
sebagai suami ....bukan mudah menjadi seorg lelaki,byk
pengorbanannya..sepertimana ayah&suami mencari rezeki..
terima kasih atas perkongsian acik...
Mayang Sari berkata…
artikel terbaikk..macam selalu.. nak sentuh pasal topup tu je. awal 2000 dulu..topup punyela mahal. sms pulak 0.30sen satu sms. tak macam sekarang. 1 sen kot bole lepas.. hihi. Tapi akak mmg salut ada lelaki yang sanggup berhabis macam tu.. cuma, orang perempuan je kadang2 tak sedar (tsk..tsk). mungkin kita semua patut bersyukur dan terima segalanya, seadanya... ;)
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah.. Masih sedar pengorbanan mereka... Mmg x nmpk tapi.sgt bernilai..
paridah berkata…
artikel menarik...lelaki dgn kekuatan jiwa n fizikal berbeza drpd wanita jadi pengorbanan yg mrk lakukan sesuai dgn wibawa diri mrk...tapi nk berkorban apa saja buat yg tersayang pun harus bertempat juga kot...
Shahrul Yusof berkata…
Self-sacrifice. Lelaki bila dah cinta, dia sanggup korbankan apa sahaja. Cuma masalah pada lelaki ni, dia tak reti nak tunjukkan kasih sayang tu secara terbuka. Suka sorok lagi dari tunjuk. Kang tunjuk kang, rasa macam poyo pun ada. Hehe
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

menarik artikel nie... tapi kalau jumpa achik mesti banyak mselim3 nak tanya achik pasal pengorbanan lelaki nie.. lelaki memang sanggup berkorban untuk wanita yang disayangi itu tak dapat disangkal lagi.. " kalau hati dah suka semuanya indah belaka" ...

mselim3
Unknown berkata…
itu tanggungjawab sebenarnya . sebab itu Allah beri lelaki 9 akal dan hanya 1 nafsu . manakal sebaik-baik pekerjaan wanita adalah duduk di rumah ...
memmetlenggeng berkata…
Aduyai..ni semua kesusahan yang sengajo di cari ni cik...Kalo dapat gelpren yg macam ni, tinggal jolah..susah-susah badan
Tanpa Nama berkata…
betul acik...tq for sharing
belogisam berkata…
selalu je terasa bila masuk blog achikk,, banyak info menarik yg boleh dijadikan tauladannn
Cekgu Norazimah berkata…
CN paling awesome dgn ayah sbb terlalu byk pengorbanan untuk CN n adik beradik , kinilah masa utk membalas jasa ayah tersayang ;)
Khir Khalid berkata…
Mmg bnyk pengorbanan lelaki ni... kasih sayangnya selalunya tak nampak tetapi tetapi wujud. Ia seperti udara.. tak nampak, tetapi klu tak de.. sengsara.. Perkongsian yg sgt menarik Acik. T kasih.. :)
ANIM berkata…
jarang orang sedar ye tak acik? yang nampak, tak loving, tak caring, tak ingat tarikh lahir, tak ingat tarikh kahwin,..hee..camtulah. tapi acik jangan risau...lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, in sha Allah
Tqvm kerana menghargai seorang insan bernama lelaki...
Unknown berkata…
Setuju dengan Acik...lelaki dan perempuan sebenarnya masing-masing ada tanggungjawab tersendiri... Mereka ni saling melengkapi sebenarnya... So, hargailah pasangan masing-masing ye :-)
Tanpa Nama berkata…
Be a real man not just a man
PeRdU cINta berkata…
Betul..setuju acik..itulah ayah,abang,adik lelaki dan suami bagi seorang isteri..
Unknown berkata…
bagi husna perbelanjaan yg melebih2 waktu belum jamin ke alam perkahwinan ada lah sia2..
at least kalau antara pasangan tu ada tolak ansur takpelaa..
rasanya masin2 boleh berifkir kot..jgn jdkan diri mangsa cinta sudah..:)
sobri yaacob berkata…
wow menarik..sbab lelki yg baca kan.. tapi sayang lelki ni susuah sangat nak tunjukkan perasaan sayang tu aduyai,,,
Blog Santai berkata…
Nice sharing Acik..lelaki & wanita punya tanggungjawab yang besarkan...Allah dah bahagi-bahagikan peranan tu..
Cik Itah berkata…
salam. hmmm banyak yang sy tak sedar uhuhu
Sally Samsaiman berkata…
hakikatnya mmg macam tu...cuma skrg susah nak cari lelaki yg macam Acik describe..selalu yg berlawanan je yang sally jumpa..mgkn ada tapi sally yg x jumpa :)
Tanpa Nama berkata…
betul tu..saling menghargai itu yang utama..
najihahfara berkata…
indeed. memang susah nak jumpa lelaki macam ni. bila dah ada depan mata jangan pulak x dihargai kan.dan susah nak jumpa lelaki macam ni, melakukan pengirbanan buat insan yang dia sayang. nice entry :)
K.A. berkata…
Bab ni sakit ati nak cakap bro. Dah perabih seme benda tapi mintak tunggu lagi setahun xdapet. Last2 die kawen ngan orang lain. Nak wat camno..lalai sangat.
Unknown berkata…
ermm..mcm na dgn keluarga yang nak duit hantaran lebih dr 10 ribu keatas tp empunya dr jenis yang biasa gak,, terima gak,, tak kisahpun berapa sebenrnya yang dia mampu..kesian juga kepada si lelaki..tp keluarga plak yang nak lebih2...so how that??
K.A. berkata…
Kalau laki tu nak jugak, kena usaha lebih la. Kalau bukan tang duit, usaha bagi mak and ayah belah pompuan faham agama melebihi adat. Just my two cents.
Unknown berkata…
amy relax je dating naik bus, dia naik motor haha
menuju destinasi yang sama

now dah kawen anak sorang...panjang ceritanya...
Unknown berkata…
krik krik krik ..hehehe
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
bgus juga lelaki ni. . . tapi,kadang2 tu. . . . . mcm kne tusuk dngan pisau dari belakang ..
Unknown berkata…
bgus juga lelaki ni. . . tapi,kadang2 tu. . . . . mcm kne tusuk dngan pisau dari belakang ..
kalam berkata…
Tewas nya Adam A.S kerana Hawa..