Ticker

6/recent/ticker-posts

Saranan Makanan Bagi Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan

kolestrol dalam darah tinggi
ehsan google

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga.Marilah berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Sekarang ini tak kira kurus mahupun gemuk masalah kolestrol yang tinggi dalam badan kita. Faktor utama adalah soal pemakanan, lagi-lagi kita kerap makan makanan yang berlemak dan makanan segera.Apabila ia bertambah serius, seseorang itu boleh mendapat serangan jantung atau strok. Justeru, selain mengurangkan makanan berkolesterol tinggi, kolesterol sedia ada di dalam badan juga perlu dikurang­kan.
Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan: 

1. Minyak zaitun 
 
Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya. Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih ba­nyak antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

2. Kuaci 

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. Epal 

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.
 
4. Ikan Tuna 

Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol Lemak jahat (LDL).
 
5. Kacang Tanah 

 Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
 
6. Mangga

Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

7. Kismis

Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
 
8. Oat 

Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, anda boleh:
  • Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak tidak sihat.
    Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya.

  • Minum susu tanpa lemak.
  • Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkan­nya daripada badan.
  • Ambil makanan me­ngandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih.
  • Hindari aktiviti merokok. 
Maklumat ini acik dapatkan sewaktu kempen kesedaran kesihatan di Klang. Jadi sama-sama kita pastikan tubuh badan kita sihat dan di hindari penyakit. Tak mahulah muda-muda tetapi dapat pelbagai penyakit. 

Catat Ulasan

21 Ulasan

Unknown berkata…
Thanks Acik...info yang bagus perlu dipraktikkan... :)
lynmunir berkata…
Memang tip-tip yang hebat. Terima kasih untuk perkongsiannya Acik.
Tanpa Nama berkata…
Nice sharing Acik! Ianya amat membantu especially sape yg nak cuba2 berdiet. Apa pun, segalanya bermula dgn pemakanan yg diambil. Diri sendiri yg dpt mengawalnya ;0
sitirohaida berkata…
ada yang akak suka dan tak suka disitu,kalau gitu boleh amalkan...
Fiza Aizzawa berkata…
Suke mkn kuaci.. kalau makan tak boleh berhenti.. hehe... terima kasih atas perkongsian..
Ismi Ana berkata…
Mmg pun. Kekadang, org kurus pun kolestrol tinggi. Paling berkesan mkn kurma, normal smua kndungan gula & kolestrol dalam badan.
Tanpa Nama berkata…
perkongsian menarik dari acik..alhamdulillah...
Unknown berkata…
Semua makanan di atas tu idah amalkan... kecuali oats dan tuna.. sebab memang tak suker.. ;(
Maria Firdz berkata…
Menarik.. Terima kasih berkongsi info...
ANIM berkata…
tang kuaci tu yang bulat mata kak!! hee..
Blog Santai berkata…
Kuaci..Hmm..at one time kita addicted kat kuaci Korea..tapi selepas macam-macam kontroversi terus stop..apa-apa pun kuaci ni memang best..
Tanpa Nama berkata…
akak selalu amal oat.tq acik atas perkongsian yang sihat
Azwar Syuhada berkata…
azwar rajin minum nestum n makan epal..thanks for sharing acik!
memmetlenggeng berkata…
makanan yang digemari semua ni
Mayang Sari berkata…
oat tu sangat betul..sebab mak mertua amalkan. memang turun kolestrol dia, dia kata.. terima kasih atas perkongsiannya acik..
Shahrul Yusof berkata…
Diet pemakanan ni saya jaga time training bola dulu je. Stop je main bola, habis dengan diet-diet dia pun ikut sama stop. Haha. Tapi memang betul tip pemakanan yang Acik syorkan ni. Pasal kolestrol dalam badan ni, tak semestinya kurus takda kolestrol. Dalam salur darah kita ada kolestrol or not, memang kita tak nampak. Yang penting kawalan pemakanan tu memang perlu.
cikpinz berkata…
CP pernah alami masalah kolestrol tinggi berpunca dari tabiat suka makan fast food hingga perlu mengambil ubat setiap hari. Alhamdullilah sekarang ni paras kolestrol dah normal. Selain dari apa yang acik syorkan tu, senaman juga penting. Lakukan senaman setiap hari walaupun sekadar senaman ringan.
Khir Khalid berkata…
Mangga mmg salah satu feveret saya.. mmg sgt2 suka. Alhamdulillah.. mudah2an sentiasa dlm kadaan sihatlah hendaknya kita semua... aamiin..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

terima kasih achik saranan makanan utk kurangkan klolestrol...biasanya mselim3 tahu oat aje... hehhe

mselim3

pls: nice sharing...