Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya Allah Tolong Jaga Insan Yang Aku Sayangi Ini |Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum

Di Dalam dunia ini aku di lahirkan bukan dari keluarga yang senang. Setiap pemintaanku harus di usahakan sendiri untuk dapatkannya. Sehinggakan air mata tak henti untuk mendapatkan sesuatu yang walhal berharga RM 5. Ketika itu mahu makan pun susah, orang kata kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi kami bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Rezeki itu di kongsikan bersama adik beradik yang lain dengan perasaan yang bahagia kami makan bersama.

Tetapi aku mempunyai sesuatu yang berharga, lebih berharga dari intan dan berlian lebih berharga duit sejuta. Dia membesarkan tanpa mengharapkan balasan, waktunya di habiskan untukku, tidurnya tak cukup kerana menjaga aku ketika aku sakit dan asyik menangis serta tak tidur malam. Ketika aku sakit dialah insan yang kuatir apa yang terjadi kepadaku. Dia menyusukan aku dan memberikan makan dengan penuh kasih sayang walaupun dia tak makan tak jadi masalah asalkan anak-anaknya kenyang. 

Setiap kali dia balik kerja malam, aku akan melihat raut wajah itu, wajah yang yang sangat aku cintai, wajah yang selalu menghiburkan aku. Wajah yang selalu ada bersamaku.Aku merindui yang teramat. Ketika aku rebah, kecewa dan resah dialah yang selalu ada bersama ku memberi semangat kepadaku. Ketika aku gembira kepadanyalah tempat aku kongsikan kegembiraan bersama.

Dari kecil lagi aku mengaguminya dalam diam, dia seorang wanita yang tabah, walaupun kutukan  dan cacian yang orang berikan padanya tak pernah dia mengalah. Dia teruskan hidupnya untuk anak-anaknya. Walaupun apa yang diperkatakan tentangnya tak pernah aku dengar kerana aku lebih tahu siapa dia dari yang lain.

Sekarang aku sudah 24 tahun, rinduku, cintaku dan sayangku padanya tidak pernah berganjak malah makin bertambah, aku melihat kesusahannya membesarkan kami semua, aku pernah melihat air matanya berguguran kerana sedih apa yang berlaku padanya. Aku merindui senyumanan dan ketawanya dan aku merindui bebelan mahupun nasihatnya. 

Setiap hari adalah harimu wahai mak, setiap masa aku merinduinya. Ya Allah terima kasih kerana kau hadirkan seorang mak yang sangat baik hati dan penyayang. Ya Allah jagakanlah dia, sayangilah dia,panjangkan umurnya, berikan kesihatan yang baik padanya dan murahkan rezekinya. 

Sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir biarlah aku mampu membalas dan membahagia dia insan yang selalu membahagiaku. 


Catat Ulasan

21 Ulasan

✿INA AINAA✿ berkata…
Amin. Sebak ena baca entry ni. Apapun, selamat hari ibu untuk ibu bro. May Allah bless her and your family.
memmetlenggeng berkata…
Selamat hari ibu...semoga semuanya baik-baik saja dalam mengharungi kehidupan ini bersama ibu dan keluarga tercinta
Ismi Ana berkata…
Amin... Sebab tu dikatakan syurga dibawah tapak kaki ibu. Kerana seorang ibu tu byk bkorban utk anak2nye. :)
fahmy berkata…
terbaik! kasih ibu tak terbatas bro....
fahmy ada entri hari ibu juga. jemput ke blog..

http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/04/mothers-day-2014-datang-lagi.html
Unknown berkata…
kasih ibu tiada terhingga ...
sitirohaida berkata…
Tidak ada nilai yang boleh digantikan dengan kasih sayang seorang ibu...selamat hari ibu..
norhasnizakhalid berkata…
kasih ibu membawa ke syurga...
Blog Santai berkata…
Kasih ibu yang paling berharga dan kekal selamanya..Tidak ada yang serupa..
Azwar Syuhada berkata…
Kasih ibu membawa ke syurga..Selamat HAri Ibu buat ibu-ibu semua.. :D
fragmenbiru berkata…
Kasih Ibu tiada bandingan.. Selamat hari IBU....
Unknown berkata…
walaupun tidak mengenali ibu Acik.. sebak membaca pengorbanannya... mmg rata2 ibu kat dunia ni berkorban apa adanya demi anak yg tercinta.. bila mereka dh berusia ni, kita yg masih muda ni balaslah jasa mereka sebaik2nya..
Unknown berkata…
ya.. sebelum husna menghembuskan nafas yang terakhir, berilah husna kesempatan untuk membahagiakannya..:')
Nadia Johari berkata…
sejuk perut ibu acik mengandungkan acik...acik dah berjaya dan mampu membahagiakan ibu acik..
Khir Khalid berkata…
Pengorbanan ibu membawa bahagia.. kasih ibu membawa ke syurga.. Sayangilah ibu kita.. :)
Fiza Aizzawa berkata…
Ibu ratu hatiku...>_<
Unknown berkata…
selamat hari ibu ..dan selamat hari guru juga...
selamat hari ibu...
alahai sedah nya
sedihnya pembetulan hihi