gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur ke atas nikmat yang di berikannya.Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sekarang ini semakin banyak pula kes melibatkan anak hilang dan paling sadis apabila sehingga melibatnya nyawa kanak-kanak terbabit. Nauzubillah janganlah terjadi pada anak-anak kita. Kebetulan acik pernah ada program bersama unit polis untuk memberi kesedaran tentang isu wanita anak kanak-kanak dan sedikit maklumat acik dapatkan.
Apa perlu kamu lakukan apabila anak kamu hilang ?
Mengikut risalah yang di siarkan oleh bahagian siasatan seksual dan kanak-kanak (D11) Jabatan siasatan jenayah.
Tempoh 48 pertama selepas kehilangan anak anda adalah temph paling kritikal untuk mencari dan mengembalikan anaka kamu dengan selamat ke pangkuan. Panduan berikut dapat membantu anda untuk mengewan serta meningkatkan peluang berjumpa semula dengan anak anda.
- Segera laporkan kehilangan anak anda kepada balai poli berdekatan
- Berikan gambar terkini anak anda kepada pegawai penyiasat
- Berkerjasama dan memberi maklumat yang boleh di kaitkan dengan kehilangan anak anda kepada pengawai penyiasat.
- Maklumkan apakah tindakan yang telah anda ambil untuk mengesan anak ada sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan.
- Nyatakan denga jelas pekara-pekara berikut kepada pegawai penyiasat.
-Pakaian anak anda semasa hilang
-barang-barang persendirian yang telah di bawa bersama semasa hilang
-tanda lahir,parut, atau perangai (jika boleh berikan gambaran yang menunjukkan
-tanda lahir,parut, atau perangai (jika boleh berikan gambaran yang menunjukkan
pengecaman tanda-tanda ini)
- Senaraikan kawan-kawan atau kenalan yang boleh membantu memberikan maklumat atau petunjuk di mana anak anda berada, sertakan nombor telefon adan alamat.
- Beritahu kepada pegawai penyiasat sekirangnya anda tahu sesiapa yang menunjukkan minat kepada anak anda atau apa-apa pengaduan yang di utarakan kebelakangan ini.
- Simpan buku catatan bersama anda setiap masa untuk menulis apa-apa soalan yang terlintas di fikiran anda dan maklumat-maklumat baru seperti tarikh atau nombor telefon.
- memaklumkan kepada pegawai penyiasat sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kehilangan anak anda.
- bercakap dengan roang yang bersedia berkongsi mengenai kebimbangan dan kerunsingan.
- Anda hendaklah sentiasa tenang dan berfikiran waras da;am menghadapi situasi ini.
Jika anak hilang segerakan laporkan pada polis selepas 24 jam. Mungkin anak kita masih dapat di selamatkan dan di jumpai.Kita berusaha yang termampu dan banyakkan berdoa kepada ALLAH.
Nasihat acik pada keluarga dan rakan sekalian ,ketika keluar pantau pergerakan anak-anak kamu, kalau yang masih kecil itu pimpin dia dan lihat ke mana dia pergi.Pastikan bila anak keluar itu bertemankan dengan orang yang lebih tua.
25 Ulasan
Entri Terkini MINDAKABUR : Google Chrome Berupaya Memainkan Video dan Audio
kalau hilang lama tak taulah..
memang kita tahu apa nak buat acik, tapi dalam keadaan panik, biasanya lupa semuanya
kak de pengalaman itu..huhu
Panduan yg baik ni Acik..
tips ringkas dan padat sebagai tambahan dari akak:
i) pastikan anak-anak masuk ke dalam kereta terlebih dahulu, barulah kita ibubapa ni masuk kereta. ini tak, ada yg akak nampak, anak sebesar 4/5 tahun dibiarkan melangkah ke belakang sorang2. mak dia pulak sedap2 duduk dalam kereta. bongok.
ii) dalam apa jua keadaan, pastikan anak berjalan dihadapan ibu bapa. bukan korang yang mendahului anak. anak tu hilang baru tau risau, menjerit bagai. taknak beringat.
ingat. kecuaian sesaat boleh jadi penyesalan seumur hidup! (maaflah, emosi..hihi..)