Assalamualaikum
Alhamdulilah akhirnya dapat juga menaip setelah seminggu tanpa entri dan terlalu banyak halangan yang tidak dapat di elakkan. Hari ini acik kembali dengan senyuman ,sebelum itu marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan pada kita.
Hari ini acik ingin berkongsikan berdasarkan pengalaman sendiri soal jodoh.Mata ini menjadi saksi apabila ramai yang berdendam dan mendesak untuk mendapatkan seseorang yang dia sayang walau bagaimanapun caranya. Sehinggakan menyakitkan seseorang yang ktia sayang, tak semua yang kita mahu dan suka itu akan kita dapatkan.
Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.
Acik memang tak mahu nak aibkan mana-mana pihak tapi apa yang kamu buat tu memang luar dari batasan. Semua nie berkaitan dengan cinta.Kesian pada cinta yang sering di persalahkan,walhal manusia itu sendiri yang melakukan kesilapan dan kesalahan tersebut.
Pada acik Cinta dan Sayang harus keluar dari hati. Bila cinta dan sayang itu telah dilakukan dengan cara dipaksa atau terpaksa maka semua itu tidak akan mencapai sesuatu yang sejati.Biarkanlah cinta dan sayang itu mengalir seperti air dalam hidup ini,karna dengan demikian disaat kita menjalaninya tidak ada yang merasa disakiti dan menyakiti.Jadikan cinta dan sayang itu surga dalam hidupmu.
Allah tahu yang terbaik untuk kita, seribu kali kita berusaha tetapi jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah. Biarlah dia menerima kita seadanya bukan kerana terpaksa.
Tapi apa pun yang berlaku kepada acik nie adalah pengajaran kepada acik sendiri dan acik mahu kongsikan kepada yang lain bahawa
1) jangan suka bagi harapan,kalau dari mula tak suka cakap terus terang ,kesian dekat orang tu ,tetapi kalau cakap terus tak suka pun nanti lain pulak jadinya ,entah la
2) Jangan suka memilih dan terlalu memilih
3)cinta itu tidak perlu di paksa datang sendiri dalam diri kita
acik tak mahu tulis panjang lebar tapi itu kenyataan acik belum sedia lagi untuk mahu "couple" bagi masa untuk acik terus memikirnya .Biarlah jodoh itu datang bila tiba masanya bukan dengan paksaan dan cinta lepas kawin itu lebih indah.
28 Ulasan
Dalam soal hati dan perasaan memang tidak boleh dipaksa dan hanya boleh dipaksa adalah jika tidak mengikut segala perintah dan hukum Allah swt.
Soal hati juga satu hal yang tidak boleh dipaksa2....dia datang dan pergi secara semulajadi...