Gambar Hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke atas nikmat Allah yang tidak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Beberapa minggu acik tak sempat untuk menjawab semua pertanyaan di email kerana kesibukan pelajar final year Masscom uitm Shah Alam. Memang banyak pekara yang belum di selesaikan. Ada 178 lagi email yang acik tak sempat nak balas, acik akan balas tetapi lambat sedikit, minta maaf sangat.
Kebetulan beberapa hari yang lepas acik telah mewawancara salah penghantar email setelah beberapa dia menghantar email untuk berkongsi cerita bersama kita.
Penghantar email : assalamualaikum acik, minta maaf sangat menganggu acik, memang dah lama sangat saya nak berkogsi cerita dengan acik, tak tahu mengapa saya lebih selesa bercerita masalah dengan acik dan suka membaca penulisan acik di blog. Nama saya Zana, walaupun acik lebih muda dari saya tetapi saya suka cara acik beri nasihat nampak kematangan di situ.
Acik : walaikumusalam ye Zana, tidaklah acik hanya berkongsi realiti kehidupan yang berlaku pada diri acik dan orang sekeliling untuk tatapan pembaca di blog ini. Semuanya datang dari Allah,acik hanya menyampaikan ilmunya. Saya sedia menjadi pendengar yang baik untuk pembaca blog ini, apa yang Zana nak kongsikan pada kami ?
Zana : Zana dulu macam remaja yang lain, yang ingin di cinta dan mencintai dengan sepenuh hati. Zana hanyut di bawa indahnya cinta yang sementara itu, tak pernah lekang telefon bimbit di tangan, rasanya ingin mendengar suaranya selalu. Rasanya selalu ingin bertemu sehingga Zana yakin dia memang jodoh Zana kerana perhubungan kami hampir 6 tahun dan kami bakal berkahwin. Masa itu, memang Zana buat apa sahaja hanya untuk dia. Zana sedar,Zana bukanlah perempuan yang baik, saya banyak buat khilaf, kalau jalan dengan dia tanpa segan silu kami seperti pasangan bercinta yang lain. Bila Zana beli baju seksi untuk di pakai di semakin menyokong dan katakan ianya untuk kecantikan diri sendiri.
Sebelum kawin kebiasaannya akan ada ujian Hiv dan di dapati si dia tak lepas ujian tersebut dan dia positif. Hati ini hancur sangat apabila Zana sangat percaya padanya. Tapi di belakang saya ? saya tak tahu apa yang dia buat. Saya dah siapkan semua persiapan. Saya tekad untuk tidak bersamanya.
Setahun selepas itu, saya ada kenal seorang lelaki ini, kami hanya pernah bertemu beberapa kali sahaja. Dia pernah kata dia mahu jadikan saya isterinya. Tapi setiap kali saya bersamanya, saya rasa lain tak seperti pasangan lain. Dia tidak pernah memegang tangan saya, dia tak pernah bergayut tiap malam hanya yang di beri adalah mesej-mesej biasa. Kalau berbual dengan dia pastinya dia akan kaitkan dengan pengajaran. Selalu ingatkan tentang dosa dan pahala,menegur perbuatan saya tanpa saya terasa di hati berjenaka juga selalu kenakan saya tapi saya tak terasa. Dia mengajar saya untuk kenal siapa diri saya dan dia mengajar saya untuk kenal siapa itu Pencipta saya.Dia mengajar saya untuk mencintai kerana Allah dalam setiap apa yang saya lakukan mestilah kerana Allah.
Saya menaip ini dengan air mata kerana sebelum ini saya lagha dan tidak mengikut perintahNya. Saya sangat bersyukur kerana di berikan peluang kali kedua dalam hidup ini dan kini dia menjadi suami saya. Alhamdulilah dan saya pernah tanya pada suami saya, semasa dia berkenalan dengan saya apa yang dia selalu lakukan jika dia teringat saya ?
Dia kata pastinya dia akan berdoa pada Allah supaya jaga cinta dan rindunya dan berikan pada orang tepat .
Terasa di hargai, tidak perlu berwajah tampan tetapi cukuplah dia mampu membimbing saya.
Acik : alhamdulilah Zana sangat beruntung sekali kamu ,setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak pernah terfikir.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah. Semoga kamu berdua bahagia di dunia di akhirat.
Itulah secebis kisah kehidupan yang berlaku di sekeliling kita, ambil sebagai pengajaran dan contoh. Semoga kamu semua mendapat rahmat dan hidayah ALLAH.
Itulah secebis kisah kehidupan yang berlaku di sekeliling kita, ambil sebagai pengajaran dan contoh. Semoga kamu semua mendapat rahmat dan hidayah ALLAH.
27 Ulasan
BERCINTA KERANA ALLAH..in sha Allah akan bahagia sehinga ke akhir hayat tetapi takkan lekdang dek ujian..
Regards,
-Strider-
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
bagus achik.. membimbing dan memberi nasihat kepada yang memerlukan. Nasihat menasihati dan berpesan2 kepada kebaikan dan kebenaran. Tiap2 sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi, yang kita sebagai hambanNYa hanya pasrah kepada ketentuanNya.
mselim3