Assalammualaikum
Alhamdulilah Ya Allah , kerana DiriMu memberikan penghidupan untukku,marilah ucapkan syukur kehadratnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi muhammad saw.Ramai pula email yang mengatakan soal putus cinta, kecewa cinta ,menyesal aku pernah kenal dengan dia,menyesal aku suka dia, menyesal aku,menyesal dan terus menyesal.
Kadang kala acik sendiri pelik tengok manusia ini, saat indah mereka bersama , saat suka, gembira dan bercinta bagai nak rak tu tak menyesal pula.Bila tiba kecewa, putus cinta dan sakit hati kita mengungkapkan kita menyesal pernah kenal dia. Memang pada dasarnya hati kita terluka, merana dan menderita tapi dia juga pernah membahagia kita bukan ?
Seharusnya kita bersyukur dengan setiap apa yang pernah datang dalam hidup kita, bukannya seharusnya kita salahkan mana-mana pihak. Dalam hidup nie , kita yang membenarkan mereka datang di kehidupan kita sama ada dengan rela atau paksaaan. Susungguhnya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita.
Yup memang betul seseorang yang pernah datang dalam hidup kita buat hidup kita merana, kecewa ,kehilangan dan macam-macam lagi tapi pernah tak terfikir setiap apa yang berlaku itu adalah pengalaman yang sangat berguna untuk kita berjaya di masa hadapan .Mendidik kita jadi sabar, cekal hati dan dekatkan diri kepada Allah.
Pada waktu sebelumnya dia jugalah yang pernah buat kamu bahagia, pernah berikan berikan motivasi, selalu menasihati dan ada di saat orang lain meninggalkanmu.
Pada waktu sebelumnya dia jugalah yang pernah buat kamu bahagia, pernah berikan berikan motivasi, selalu menasihati dan ada di saat orang lain meninggalkanmu.
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Allah rancang sesuatu itu dengan sempurna mengikut flow yang telah di tetapkan , sedangkan kita terus merunggut dan merunggut kerana tak tahan dengan setiap apa yang berlaku. Allah ada perancangan yang terbaik untuk kita , hanya kita tak sedar.
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”[ surah al-Imran ayat 54]
Jangan pernah terdetik menyesal mengenali seseorang, kerana orang Itu pasti pernah mengajar kita menjadi lebih matang walaupun sedikit.
Apabila kita mula bertanya "Kenapa pekara inijadi dekat aku?
Kenapa tak jadi pada orang lain??
Segeralah beristighfar.Kerana ia sama seperti kita mempertikaikan ketentuan Allah. Kekecewaan adalah salah satu bentuk tarbiah Allah untuk menyedarkan kita dari kesilapan kita sendiri dan ianya merupakan pengalaman yang mendewasakan. InshaAllah mana tahu Allah sedang merancang dan gantikan lebih baik untuk kita ?
Bersangka baik dengan Allah.
Kenapa tak jadi pada orang lain??
Segeralah beristighfar.Kerana ia sama seperti kita mempertikaikan ketentuan Allah. Kekecewaan adalah salah satu bentuk tarbiah Allah untuk menyedarkan kita dari kesilapan kita sendiri dan ianya merupakan pengalaman yang mendewasakan. InshaAllah mana tahu Allah sedang merancang dan gantikan lebih baik untuk kita ?
Bersangka baik dengan Allah.
Tatkala datangnya malam,
Engkau hiasi angkasa ini dgn cahaya bulan purnama
sehingga terbitnya sang mentari di fajar hari,
Adakalanya Dikau sembunyikan sang mentari...
dan Engkau datangkan sang petir dan guruh kilat
yang menggerunkan..
Aku menangis dan bertanya ke mana hilangnya mentari...
Rupa-rupanya Kau berikan aku sang Pelangi...
Engkau hiasi angkasa ini dgn cahaya bulan purnama
sehingga terbitnya sang mentari di fajar hari,
Adakalanya Dikau sembunyikan sang mentari...
dan Engkau datangkan sang petir dan guruh kilat
yang menggerunkan..
Aku menangis dan bertanya ke mana hilangnya mentari...
Rupa-rupanya Kau berikan aku sang Pelangi...
Terima kasih Ya ALLAH
32 Ulasan
semua perkara yg lepas, jadikan pengajaran...semua benda2 tu mejadikan diri kita lebih matang pada hari ini..
:-)
Masa suka, gembira.. kita puji melambung, sangat menghargai, saling menyayangi. Tapi bila dah takda ikatan, kemain kita tolak tepi, benci..kita lupa yg satu ketika dulu, kita sanjungi dia.
Pengalaman banyak mengajar erti hidup.. dgn pengalaman la kita belajar pilih mana yg lebih baik untuk diri kita dimasa akan datang.. :)
Setiap pertemuan dengan insan lain memberikan kekuatan kepada kita, tidak kira sama ada ianya berkekalan atau berakhir dengan perpisahan baik atau buruk. Jika pertemuan itu diakhiri dengan perpisahan, jadikan ia satu memori yang penuh bermakna. Kebencian dan kemarahan yang disimpan dalam hati adalah satu petanda bahawa seseorang itu tidak matang dalam mengendalikan jiwa serta emosinya... dan biasanya kebencian dan kemarahan yang berlarutan itu akan memusnahkan dirinya sendiri.
Jangan biarkan kebencian dan kemarahan memakan diri, tetapi belajarlah melepaskan apa yang tidak lagi serasi dan terimalah hakikat kehidupan dengan dada yang lapang. Segala yang buruk itu juga sebahagian daripada kita sebagai manusia, oleh itu terimalah kelemahan kita dan cuba perbaikinya. Melalui penerimaan kelemahan itulah kita akan dapat mengenali kekuatan sebenar kita. Belajar mencintai semula melalui kekuatan tersebut. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita di masa akan datang, dan janji Allah itu pasti.
Kisah 3 tahun lepas..
Sy pernah kecewa. Menangis setiap hari kenangkan nasib kenapa la dia tinggalkan sy.Dah 6 tahun bercinta dengan dia. Semata mata sebab perempuan yg dia baru kenal sebulan setengah, dia sanggup tinggalkan sy. Masa tu menyesal. Hari2 rasa menyesal. Rasa 6 tahun bercinta macam sia-sia.
3 Tahun kemudian..
Alhamdulillah. Setiap yg berlaku ada hikmah. Rasa bersyukur sebab tak ada jodoh dengan dia. Kalau tak, mungkin sy tak kenal lelaki yg lebih baek dari dia bernama Muhammad Rezuwan yg sekarang dah pon mnjadi suami,imam, dan bakal ayah pada permata pertama kami xlama lagi.. Syukur sangat2.
Percaturan Allah tu terbaik. Sy buat kesimpulan yg Allah tak beri sy jodoh dengan laki tu sebab dia dah siapkan jodoh yg lebih baek untuk sy. Alhamdulillah..
Allah adalah sebaik baik perancang . Dan disetiap perancangannya pasti ada hikmah .
btw sy setuju sangat+ entri acik ni
yg pertama biasanya susah nak dilupakan..
jadikan pengalaman hidup dan lebih positive..
Oleh itu jangan pernah menyesal dengan ketentuannya... :)
Allah yang mencipta kita. DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya, kan acik
Selalu lah bersangka baik dengan Allah :)
datang pagi tinggalkan jejak :)
walaupun jodoh tidak sampai, tapi bersyukur kerana Allah beri dia hadir seketika dalam hidup ini..
kalau bukan kerana dia,mungkin kita tidak belajar untuk teruskan kehidupan walaupun pernah di kecewa kan..menyesal tu pasti ada ketika itu,tgh marah tapi kekecewaan ada kala nya mengajar kita lebih matang pada masa akan datang...