Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah bersyukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam. Seperti biasa hari jumaat acik kongsikan kisah tauladan untuk peringatan kita bersama. Kita pernah buat kesalahan yang besar dalam hidup kita, adakah kita akan biarkan dia terus melakukan perbuatan tersebut ? Jadi bacalah kisah ini untuk peringatan diri kita yang banyak kekurangan ini.
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah melakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."
Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, "Saya yang merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang berkata-kata bohong"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang mencuri duit ramai orang"
Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini, walaupun sebesar mana pun kesalahan kita,apabila kamu sedar kesilapan kamu dan kamu insaf untuk tidak melakukannya. Ingin berubah dan bertaubat dengan sepenuh hati maka Allah akan memberi keampunan pada orang bertaubat. Kembalilah kepada Tuhannya. Acik menaip di sini juga untuk memberi peringatan untuk diri sendiri agar tidak alpa dan lalai dalam menempuhi ranjau kehidupan ini.
p/s : untuk berhubung dengan acik blog terus ke Aku Penghibur [dot] com atau di akupenghibur14@yahoo.com
p/s : untuk berhubung dengan acik blog terus ke Aku Penghibur [dot] com atau di akupenghibur14@yahoo.com
20 Ulasan
Allah Maha mengetahui dan penyayang..
thanks...salam jumaat
Terima kasih achik atas ingatan dengan kisah-kisah begini juga akan dapat melembutkan hati yang keras. Moga dapat kita menginsafi diri ini yang banyak dosa dan khilaf samada yang disengaja ataupun tidak. Thanks of lot achik nice story.
mselim3