gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ,marilah bersyukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang di berikan tidak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhaamad sallallahu alaihi wasallam. Dewasa ini, kita dapat lihat lelaki sudah mula mulai berfikir dengan lebih teliti tentang gaya pemakaian, gaya hidup yang lebih urban serta moden dan sangat mementing soal penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Mereka mula mementing dan mempamerkan aspek feminim dalam diri mereka yang dahulunya di dominasi oleh kaum hawa. Kadang kala mereka sanggup berhabis beribu ringgit untuk kelihatan sempurna di bagi mata yang memandang untuk dilihat "perfect guy " Ianya di gelar lelaki metroseksual.
Ramai wanita di luar sana kurang jelas dan ada mengatakan " ehh joyah kau tahu si amat tu aku tengok kulit halus , bergaya. sesuatu sangat !!!
Metroseksual adalah Golongan lelaki jenis
ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri.
Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui pemakaian serta
penjagaan tubuh badan. Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara
mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang
sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar
tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan
perkhidmatan di spa.
Acik mempunyai ramai kawan metroseksual ini, mereka menjaga penampilan untuk dirinya,untuk kepuasan mereka. Pada acik tak salah, tapi jangan berlebihan mengalahkan perempuan.Apa beza lelaki biasa dengan lelaki metroseksual ?
Contoh paling mudah adalah lelaki biasa kalau nak pergi gunting rambut tak kisah kedai tepi jalan, kedai rambut mamak ,asalkan potong rambut. Bagi golongan metroseksual rambut mereka aset penting ,jadi perlu kemas jadi tempat yang sesuai dan di lakukan oleh orang pakar "hair stylish" dan salon-salon.
Kalau perempuan mementingkan soal kulit muka ,memilih soal penjagaan kulit begitu juga bagi lelaki metroseksual yang menjaga kulit mereka agar sehat dan segar sama seperti perempuan. Tak heranlah sekarang banyak muncul produk kecantikan untuk lelaki kerana lelaki sudah mula mementingkan soal ini semua. Metroseksual bukanlah lelaki lembut ataupun suka sesama jenis .
Lebih Jelas lagi, perubahan gaya hidup metroseksual bukan secara
anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku seseorang itu. Eceh jangan salah faham ye cik joyah,
metroseksual bukan perlambangan seksualiti seseorang.
Ia hanyalah usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan diri mereka sebagai individu yang perlu diberi layanan istimewa. Jujurnya kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa prasangka dan iri hati.
Jika berkemampuan, tidak salah untuk sesiapa saja berusaha memperbaiki penampilan diri supaya lebih berkeyakinan selain dapat menyerlahkan keperibadian mereka.Lelaki metroseksual adalah mereka yang bersih, kemas dan inginkan kesempurnaan pada diri mereka. Tapi tak perlu bercelak, bergincu menyerupai wanita. Wasatiyah iaitu bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan.
Ia hanyalah usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan diri mereka sebagai individu yang perlu diberi layanan istimewa. Jujurnya kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa prasangka dan iri hati.
Jika berkemampuan, tidak salah untuk sesiapa saja berusaha memperbaiki penampilan diri supaya lebih berkeyakinan selain dapat menyerlahkan keperibadian mereka.Lelaki metroseksual adalah mereka yang bersih, kemas dan inginkan kesempurnaan pada diri mereka. Tapi tak perlu bercelak, bergincu menyerupai wanita. Wasatiyah iaitu bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan.
Nasihat acik tidak kisahlah bagaimana pun tapi jangan berlebihan. Nampak kemas dan bersih memang bagus tetapi jangan sampai membazir.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang
bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros
yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu
adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang
sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".
Jika ada duit lebih sedekahkan dan bantulah kepada mereka yang memerlukan. Ramai lagi orang yang masih susah di Malaysia, mereka yang menderita sakit yang pelbagai. Jadi bantulah mereka mereka. Kamu ada pengalaman berkawan atau berkahwin dengan lelaki metroseksual ? Kalau ada bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah.
36 Ulasan
thanks sharing
Tapi boleh rasa annoying kalau memperlekeh lelaki lain yang tak suka jaga penampilan. Bukan semua yang suka ambil kisah dengan penjagaan luaran ni.