Ticker

6/recent/ticker-posts

Ku Rela Jiwa Andai Itu Takdirku


hati sakit
gambar hiasan

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadratnya atas nikmat yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.  Dalam beberapa minggu ini, memang banyak pekara yang tidak di jangka berlaku. Kadang kala ianya memberi kesan yang mendalam untuk hidup kita tanpa di sedari. 

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
    ”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Apa yang berlaku minggu lepas sangat memberi pengajaran dalam hidup ini. Mulanya acik kena ulang alik dari Klang ke Shah Alam sebab abang ipar ke oversea jadi kena teman akak di rumahnya. Malamnya itu ketika mahu pergi ke rumah akak. Motor acik rosak dan tak boleh jalan langsung ,tang engjin rosak.

Esoknya nak pergi ke kelas menaiki bas, lupa semalam tak cucuk duit, duit dalam wallet tinggal RM 1 , pergi bank pertama tertera bank out service dan berjalan lagi pergi ke satu lagi ATM dan secara tak semena kad pula di telan. Ya Allah ketika itu, tak boleh berfikir dan terus berjalan kaki ke kelas. Masa itu pula ada masalah dengan video kumpulan kami dan pelbagai lagi berlaku.

Malamnya kirim kawan untuk beli makanan dan tertanya juga kenapalah lama sangat dia tak balik-balik. Tetiba dapat mesej bahawa dia kemalangan, ya Allah.

Bila di kenangkan balik ,rasanya minggu lepas pelbagai dugaan yang berlaku.  

Hari berikutnya, acik pergi ke Plaza Alam Sentral dan depan mata melihat kemalangan motor berlaku, terlihat teriakan dan tangisan melihat kawannya yang terbaring tak bermaya. Bila balik terlihat pula seorang ibu yang mendokong seorang anak yang kecil dengan riak wajah yang sedih sambil meminta di berikan sedikit wang 

"katanya : dik tolonglah dik kami dah 3 hari tak makan" 

acik tolong apa yang termampu, dan terlihat seorang ibu menangis di tepi tangga, berkerumun  ramai orang di wanita tersebut. Apabila dapat tahu beg tangannya telah di ragut. 

Bila fikirkan balik, bila kita rasa kita susah, kita di duga dan mampu membuat kita mengalirkan air mata. Tapi sebenarnya ada orang lagi yang sedang lebih hebat di uji dari kita. Dalam hidup ini tidak adalah istilah hari yang malang untuk kita. Acik yakin bahawa segala ujian yang Allah hadirkan untuk kita , tanda kasih sayangnya untuk kita . Untuk melihat bagaimana untuk hadapinya ? yang pasti acik yakin setiap yang berlaku ada hikmahya yang kadang kala kita tak perlu perasan. 

    ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

Begitulah hakikatnya, kita semua pasti akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa bersyukur dalam keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan dengan nikmat kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah.Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Azza wa Jalla sentiasa beri yang terbaik untuk kita. 

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 216)

Kisah acik itu hanya contoh bahawa bila kita rasa susah dan sukar di uji, kita lihat di sekeliling ada orang lain lebih hebat di uji dari kita. Jadi hadapilah ujian itu dengan sabar dan tenang. Yakinlah Dia akan selalu ada bersama kita. 

Hakikat sebenar kehidupan dunia adalah tempat nikmat sementara dan ia tempat diuji untuk meraih hasil syurga di akhirat. Firman Allah SWT: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Ugama Allah).” (Al-Baqarah 214)

Catat Ulasan

23 Ulasan

Jari Manis berkata…
Allah akan beri ujian kepada Hamba yang di sayangi dan pada masa yang sama Allah menguji keimanan kita..Sentiasa bersangka baik dengan Allah
sitirohaida berkata…
Allah swt menguji umatnya bersesuaian dengan mereka..Allah swt baru menguji akak...
Unknown berkata…
setiap ujian yg datang buat kita lebih kuat dan bersabar, In Sha Allah..:)
Shahrul Yusof berkata…
Banyak betul dugaan yang Acik hadapi. Banyakkan bersabar dan beristighfar ye Acik. La tahzan.
Asha Lya berkata…
banyakkan besabar ya acik..ada lagi yang lebih susah dari kesusahan yg kita rasai..besyukur dgn apa yg telah diberi
Blog Santai berkata…
Betul tu Acik..kita kena kuat coz kadang-kadang dalam satu hari, macam-macam perkara yang berlaku. Tapi kita tak sedar itu cuma satu hari..yang lain-lain tu semuanya adalah nikmatkan...alhamdulillah..unjian allah juga pastinya ada ganjaran...kalau tak didunia pasti diakhirat kalau kitaredha dan bersabar...
Ismi Ana berkata…
Allah menguji hamba-Nya utk menyedarkan kita bahawa Dia rindu mendengar rintihan kita sebagai hamba2-Nya.
paridah berkata…
bersabar dgn setiap ujian-Nya ya acik...ujian Alla itu xperna h habis selagi kita hidup
Lieya Von Jay berkata…
ya Allah memang betol2 dugaan la. lepas satu , satu lagi menimpa...
ANIM berkata…
betullah acik..akak pernah juga diuji bertimpa-timpa..
lepas tu duduk balik...tak besar mana masalah aku ni rupanya..
barulah rasa cool ...
Unknown berkata…
Dugaan itu mendekatkan kita denganNya... bersangka baiklah denganNya... :)
AwekTrader berkata…
setiap dugaan mendewasa kan kita, inshaAllah
Unknown berkata…
banyaknye dugaan dan kejadian yang achik nampak

terasa insaf
ecah khalili berkata…
Allah xkan uji kalau hambanya tak mampu..
syukurlah diuji..
tu tandanya Allah sayang n engat kat kita..
Khir Khalid berkata…
Setiap ujian yg Allah turunkan kepada hambanya pasti ada hikmah kebaikan yg tersirat... sentiasalah kita semua bersangka baik... Subhanallah walhamdulillah...
Allah Swt tempat kita mengadu...
minta pada Allah Swt, setiap kejadian ada hikmahnya...
Pha Is berkata…
dugaan tanda Allah ingat kat kita, sbb tu Dia uji kita.. maka tempuhilah ia dengan sabar..
Azwar Syuhada berkata…
setiap dugaan pasti ada hikmahnya..sabar dan terus sabar.. :)
SalbiahM berkata…
betul tu..kita rasa diri kita dah cukup malang, tapi ada je orang lagi kasihan dari kita..sentiasa bersyukur, insha Allah akan rasa cukup
Unknown berkata…
setiap ujian itu didatangkan adalah untuk mendekatkan kita denganNya...
Sukma berkata…
Allah...begitu banyak dugaan yang datang...tapi lagi banyak dugaan yang kita lalui lagi kuat semangat yang perlu kita hadapi
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah... Acik terpilih untuk menrima ujian Allah..