gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ,ucapkanlah syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad saw. Acik sangat meminati dalam dunia psikologi mengkaji tentang "human behavior" dan sedang sibuk membaca kajian tentang media sosial acik tertarik berkaitan dengan obsesi kanak-kanak.
Kita sedar di arus perkembangan teknologi merubah gaya hidup kita terutama pada kanak-kanak. Sekarang kanak-kanak tidak lagi seperti dulu yang suka keluar pada waktu petang-petang bermain bola bersama kawan .Tetapi kini mereka lebih sibuk di dalam rumah melayari internet. Pernah acik ,ajak beberapa anak rakan tertangga untuk bermain bola di petang hari , mereka banyak memberi alasan
"ala bang tak nak lah panas, main komputer lagi best"
" tak naklah bang, penat nanti berpeluh"
Pandang yang berbeza berlaku, walhal jika badan berpeluh bersenam ianya bagus untuk kesihatan. Tak pelik jika dengar apabila kanak-kanak sekarang ada kecing manis, darah tinggi dan penyakit yang lain kerana pola pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.
Satu lagi yang paling membimbangkan apabila kanak-kanak yang suka menghabiskan masa terlalu lama melayari Internet boleh mengundang risiko menghidap penyakit mental itu apa yang di laporkan oleh pakar kesihatan Britain.
Jabatan Kesihatan England (PHE) memberi amaran, kanak-kanak tersebut berisiko menghadapi masalah kesihatan termasuk tekanan perasaan, kerisauan, kesunyian, rendah keyakinan diri dan bersikap agresif akibat tabiat buruk itu.Portal berita Daily Mirror yang memetik laporan PHE melaporkan, jumlah masa yang dihabiskan melayari laman sosial dan tahap kesihatan saling berkaitan terutamanya ke atas golongan muda.Jelas laporan berkenaan, satu daripada 10 kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai masalah mental dan satu pertiga daripada golongan remaja menghadapi masalah sedih atau tekanan perasaan sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.Maklumat terbaharu ini diperolehi berdasarkan jumlah ibu bapa atau kanak-kanak yang menghubungi talian khas, Childline untuk melaporkan kes buli di dalam talian, kes bunuh diri dan kes mencederakan diri sendiri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Penyakit mental boleh mengancam golongan kanak-kanak seawal usia antara lapan dan 15 tahun.
Pada acik ianya satu yang amat membimbangkan sekali, kanak-kanak mereka tidak pandai mengawal perasaan dan tidak menapis maklumat yang di dapatkan dan di baca. kadang kala mereka jadi obses dan tertekan apabila tidak dapat melayari internet dan jadi mangsa buli di alam maya. Selain Internet, kanak-kanak yang meluangkan masa terlalu lama menonton televisyen dan bermain permainan video lebih daripada empat jam sehari boleh mengundang penyakit tersebut
Jadi cuti sekolah ini, jangan biarkan anak-anak 24 jam menghadap komputer, menonton TV dan sebagainya .Jadi pergilah luangkan masa berkualiti dengan mereka , ajarkan permainan tradisi kita yang amat seronok. Perubahan dan contoh datangnya dari orang dewasa .jadi ianya menjadi tanggungjawab kita.Kita mampu merubah tabiat mereka.
27 Ulasan
nak highlite balik point acik yang ni "mereka tidak pandai mengawal perasaan dan tidak menapis maklumat"..ini bahaya lain pula. pantaulah selalu. tepuk dada tanya iman...
nice sharing acik..... :)
4 jam...banyak benda berfaedah lain boleh dibuat...
anak2 akak dah teruna belaka, masa depa kecil internet tidak terlalu meluas lagi