Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Atau Perempuan Yang Paling Ramai Mengalami Obesiti?

kes tinggi obesiti


Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini ,ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan yang tak terhingga.Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabu Muhammad saw. Sebenarnya beberapa yang lepas sempat juga acik pergi taklimat kesihatan selepas mendapat jemputan dari Rakan belia di Bluewave hotel yang di bahaskan adalah soal kesihatan terutama soal obesiti. 

Adakah kamu lelaki atau perempuan yang mengalami obesiti?


Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. 

BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :

1. Diabetis,
2. Darah tinggi, 
3. Penyakit jantung, 
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan 
6. Kanser dan sebagainya.

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. 

Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia. 



lelaki dan perempuan obesiti


Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesiti.



Semoga kita mengambil langkah berjaga-jaga kawal dari segi pemakanan dan gaya hidup seharian kita. Agar kita  memiliki tubuh badan yang ideal dan sihat untuk melakukan pekerjaan yang kita suka 

Catat Ulasan

18 Ulasan

Jari Manis berkata…
Msia adalah syurga makanan ada pelbagai jenis variasi so terpulang kpd setiap individu utk menilai tahap kesihatan masing2. Klau ikut nafsu semua nk mkn tp jika jd pengguna bijak pilih makanan yg sihat
Ismi Ana berkata…
Nak amalkan mknn sihat tu payah sikit lah. Huhu. Godaan kepci, mekdi, meribroun, sabwey. Serius ah kaum hawa plg tak tahan bab makan sedap2 nih. XD
mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

Godaan makanan nie.. agak sukar nak berhenti makan, kalau makanan depan mata semua nyer sedap2 .. godaan2. .

mselim3
Tanpa Nama berkata…
Dapat lagi satu gelaran utk malaysia :)
Khir Khalid berkata…
Malaysia mmg syurga makanan.. kebiasaannya klu org Malaysia, kita akan menilai makanan dari segi kesedapannya lebih dari aspek kesihatan makanan tersebut... janji halal, bersih, menyelerakan dan sedap.. :D
Blog Santai berkata…
Makanan kita best-best..Tu yang ramai yang obes tu Acik...Tapi bahayakan...So bila makan tu kena beringat dan pastikan ada masa untuk exercise...
ANIM berkata…
kat malaysia je ada makanan buffet, acik. tu pun salah satu penyumbang obesiti.
kat negara kita ni terlalu kaya dgn makanan...
mcm2 jenis ada,kalau tak jaga mulalah dpt obesiti,
penyakit pun dpt jugakan..control2..
Shahrul Yusof berkata…
Dulu, orang anggap kalau badan gemuk tu tandanya sihat, yang kurus pulak tak sihat sebab tak cukup makan. Sekarang dah terbalik, gemuk pulak yang tak sihat.
sobri yaacob berkata…
setuju dgn jm.. sbb mlaysia memng kaya dgn surga mkanan,
so kita pun kena bijak le memilih..
nice entry acik..
sangat membantu
Unknown berkata…
50/50 .. tapi yg paling banyak wanita..hehehehe...
paridah berkata…
pada seronoknya makan2 ketika muda pabila dh berusia selera pun semakin luntur...so makan2lah tapi jangan terlalu berlebihan
Ammar berkata…
Pemakanan tak jaga antara punca kegemukan.
Unknown berkata…
Susah juga nak kurangkan gula nie... even nasi pun ada gula kan... haishh... patut la gemuk...! ;(
Maria Firdz berkata…
Saya golongan kurg brt bdn... Hehe
mrhanafi berkata…
wanita lebih obesiti kerana faktor hormon..

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Nadia Johari berkata…
tahap pemaknan kene jaga..bersenam jangan lupa
NMA berkata…
mati semut kerana gula... mati manusia kerana makanan... amalkan pemakanan secara sihat :)