Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Bagaimana Mahu Mengekalkan Perhubungan Dalam Persahabatan.

kawan baik

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur ke atas nikmat yang di berikan yang tidak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sebenarnya entri ini di minta oleh bebrapa sahabat yang menghantar di facebook akupenghibur.com. Jadi acik cuba untuk tunaikan perminttan mereka. 

Dalam hidup ini ,kita tidak boleh hidup keseorangan. Pastinya kita mahukan orang yang tertentu yang selalu ada di sisi kita. Mereka yang selalu bersama susah dan senang. Orang yang paling rapat selain daripada ahli keluarga, kekasih mahupun ibu bapa. Tentulah dia adalah yang di panggil sahabat, teman ,kawan dan sebagainya. Setiap orang pastinya mahu mempunyai kawan yang baik untiknya untuk memperindahkan lagi kehidupan yang di lalui di di kolej mahupun di tempat kerja. Jadi hari ini acik mahu tips bagaimana untuk mengekalkan perhubungan dalam persahabatan.

Pertama : Mesti menerima kekurangan dan kelemahan dirinya

Paling penting adalah kita mesti menerima kelemahan dan kekurangan seseorang itu, tak kira dari statusnya, tak kita dari rupa paras dan apa pun jua. Kita kena terima dia dan begitu juga dia mesti erima kita seadanya diri kita. Konsep saling menerima ini adalah konsep melengkap kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh dia ada kelebihan dalam penulisan dan seorang lagi tidak jadi bantulah dia dan seorang lagi tidak pandai dalam "software computer" dan seorang lagi tak pandai .Maka ajarlah.

Kedua : Menolong tidak mengharapkan balasan

Kebiasannya yang berlaku dalam bersahabat dan berkawan ini adalah "aku dah tolong aku tapi bila aku susah dia tak tolong".Memang betul ktia dah tolong dia, memang bagus perbuatan itu tapi cuba tukar sedikit bahawa kita tolong dia kerana Allah. Kalau bukan dia yang tolong kita mungkin orang lain. Jadi kita tidaklah sakit hati dan berdendam.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
 
Ketiga : Jangan cerita semua hal peribadi kepadanya

Kawan boleh jadi lawan, itu lumrah alam.Ketika sedang bergembira hampir semua pekara ingin di ceritakan kepada sahabat dan kawannya. Tetapi apabila ada salah faham dan perselisihan faham segala rahsia itu di jadikan senjata untuk menyerang kawannya. Adakah itu seorang kawan yang baik ? 

Keempat : Soal Duit

Kalau kawan susah kita tolonglah apa yang termampu, tapi kalau dia minta tolong Rm 2000 dan lebih dari itu itu fikir-fikirlah .Kalau dia jenis yang senang kalau bayar balik bila pinjam itu tidak masalah. Sering berlaku apabila dah pinjam senyap tanpa khabar berita, sepi seribu bahasa. Biasa persahabatan akan terputus adalah sebab-sebab inilah.

Kelima :  cemburu dengan kejayaan rakan

Sering terjadi apabila kawan kita menang sesuatu, kita cemburu dan geram dengan dia. Mulalah cerita belakang tentangnya dan tentunya akan memburuk-burukkannya. Cemburu tidak salah tapi biarlah dengan niat yang betul untuk pembangkin semangat. Kawan yang baik adalah kawan yang ada di sisi di saat dia berjaya dan gagal. Dan sebagai kawan pula jangan lupa diri bila dah berjaya, ingat siapa orang yang selalu ada ketika kita susah dan senang.

Keenam : Jika ada masalah bincangkan

Persahabatan ini juga sering di uji dengan persalahfahaman dan perselisihan yang kadang kala memusnah persahabatan tersebut. Kalang kala hal kecil sahaja, masing-masing ego. Dia tidak mahu mengakui kesalahannya dan begitu juga dengan seorang lagi. Jika ada masalah bincang-bincang dengan baik, beritahu apa yang kamu rasa dan cuba selesainya ketika dalam keadaan masing-masing sudah tenang.

Ketujuh : Jadi kita di tuntunt untuk menjadi kawan yang baik dan berkawan dengan orang yang baik-baik peribadinya kerana ianya juga melambangkan peribadi kita .

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
  • Sahabat yang tamak   : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu   : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”



Catat Ulasan

20 Ulasan

SalbiahM berkata…
jadilah sahabat yang baik, maka kita akan mendapat sahabat yang baik...wallahu'alam :)
sitirohaida berkata…
akak ambil tips nie,mana tau di masa akan datang,ada kegunaannya..nice sharing acik..keikhlasan dalam sesuatu perhubungan tak kira dalam apa jua situasi adalah penting untuk kita teruskan atau kekalkan...
paridah berkata…
sahabat2 baik adalah rezeki anugerah Allah bilangannya sedikit n jarang mendapatnya///
BinMuhammad berkata…
Untuk mendapat sahabat baik...kita perlulah menjadi sahabat yang baik...
Jari Manis berkata…
belum bertemu sahabat yg baik..yg pasti tips ni byk membantu
Shahrul Yusof berkata…
Paling penting dalam persahabatan adalah keikhlasan. Kalau bersahabat semata-mata nak ambil kesempatan, memang payah nak kekal lama.
Ismi Ana berkata…
Betul tu. Kadang2 persahabatan kan terputus bila sahabat kita pinjam duit, pastu tak byr. Kalau sikit, xpe. Tak kisah. Kalau banyak lebih dari rm100, of course la berkira.
✿INA AINAA✿ berkata…
Setuju! Apapun ena ni masih lagi perlu diperbaiki untuk menjadi sahabat yang baik. Terima kasih atas nasihat yang diberikan
Tanpa Nama berkata…
dalam bersahabat, yag paling penting adalah jujur,
Asha Lya berkata…
salam acik..lya baru berkesempatan lawat2 cne..satu perkongsian yg bermanfaat
Cik Itah berkata…
salam acik. sy setuju semua tips yang acik kongsi :))
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

sahabat yang baik ibarat pohon yang menjadi tempat untuk berteduh agar kita menumpah nikmat teduhannya...

mselim3
Unknown berkata…
yang penting jadi diri sendiri :)
Abam Kie berkata…
as salam. x tahan dgn kwn yg muncul masa kita senang..bila kita susah n perlukan bantuan, langsung x nampak btg hidung!
Unknown berkata…
Iskhh.. semoga kita bukan dari golongan sahabat buruk spt item diatas...
Blog Santai berkata…
"Ketiga : Jangan cerita semua hal peribadi kepadanya "..setuju sangat-sangat Acik, even my best friend...
mrhanafi berkata…
kawan ketawa senang cari dan kawan menangis..memang susah nak dapat..

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
Khir Khalid berkata…
Semoga setiap persahabatan yg baik akan sentiasa kekal dgn sepenuh keberkatan... aamiin..
Pha Is berkata…
tapi kena dua2 pihak la amalkan.. kalau kita ja buat baik tapi dia x hargai langsung, hmm...