gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berinya. Marilah kita berselawat ke junjungan besar nabi Muhammad saw. Hari ini acik ingin berkongsi tentang kewangan kerana ramai yang minta pendapat berkenaan isu tersebut. Sekarang ini musim cuti sekolah pastinya ramai yang akan mengadakan majlis perkahwinan dan kepada pengantin-pengantin baru ,mereka akan melayari bahtera untuk kehidupan baru dan soal kewangan juga pasti akan menjadi isu hangat dalam rumah tangga.
Baik sebelum mahupun selepas berkahwin, masalah kewangan sememangnya akan sentiasa berlegar-legar di minda kita. Jangan terkejut, biarpun ada individu yang bergaji besar mereka pun turut tidak lari dari menghadapi masalah kewangan. Bagi kita lelaki, kita juga lebih banyak menggalas tanggungjawab kerana nafkah terletak di bahu kita. Tetapi masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan rumah tangga.
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, adalah lebih baik kita memahami dan mendalami tentang mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Jika konsep ini dapat difahami, adalah lebih mudah kita untuk mengikuti tip-tip tersebut dan acik harap ianya dapat membantu.
1. Pendapatan tetap dan tambahan
Pada zaman sekarang, memang ramai isteri yang dilihat keluar bekerja. Ini adalah sebahagian kehendak hidup yang perlu dilakukan demi membantu suami meringkan bebanan kewangan keluarga. Tidak dinafikan, harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup.
Apa yang boleh suami lakukan?
Cuba mempelajari selok belok perniagaan dan memasarkannya di internet. Dunia perniagaan di internet antara lubuk yang dianggap lumayan.Jadi blogger juga salah satu alternatif untuk mencari "side income" secara tak langsung.
2 Agihan duit pendapatan
Sekiranya kita sudah menerima duit gaji daripada majikan, sila segera mengagihkan duit tersebut untuk bayaran-bayaran tertentu. Jangan sesekali kita gunakan duit selagi kita belum memperuntukan bayaran seperti ansuran rumah, bil utiliti, ansuran kereta dan sebagainya. Jika tidak, kita akan rasa terbeban untuk membayar dikemudian hari.
3. Berjimat dalam berbelanja
Jika kita merancang untuk berbelanja di pasar raya, adalah lebih baik menulis dahulu senarai barang yang mahu dibeli. Setidak-tidaknya, kita dapat mengatasi masalah lebihan belanja. Tambahan pula, dengan adanya senarai barang ini, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan nafsu kita daripada membeli barang yang tidak perlu.
Selain itu, kita juga boleh melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM1-RM2 bagi setiap barang, itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan wang tadi boleh disimpan.
Sumber kekayaan yang dimiliki hendaklah dipergunakan untuk kepentingan bersama membantu golongan yang memerlukannya, bukannya untuk dihabis dan dibelanjakan begitu saja. Agama Islam menentang tabiat dan perbuatan membazir. Menurut al-Quran, orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Oleh hal yang demikian, seseorang Islam hendaklah menggunakan hartanya dengan cara yang sebaik-baiknya, kerana perbelanjaan yang dilakukan pada perkara yang tidak disukai oleh Islam amat besar padahnya di Hari Akhirat nanti. Berkenaan hal ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Maksudnya: “ Tidak berganjak kedua-dua kaki seseorang dari tempat berdirinya di Mahkamah Tuhan pada hari Qiamat sehingga dia disoal tentang umurnya pada perkara apakah dia habiskan, tentang ilmunya untuk apakah dia gunakan, tentang harta bendanya dari manakah dia dapati dan ke mana dibelanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah dia susutkan kemudian dan kecergasannya”.
4. Menabung
Mungkin ada yang berpendapat, menabung pada zaman sekarang merugikan berbanding melakukan pelaburan. Ini kerana pelaburan yang semakin popular pada zaman sekarang adalah menyimpan emas. Memang tidak dinafikan, pelaburan seperti emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.
Namun begitu, menabung juga boleh dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM100, RM200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sesebuah keluarga itu. Amalan menabung ini sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan dikemudian hari. Kita hanya merancang dan hanya Allah SWT sahaja yang menentukan.Boleh juga di lakukan adalah potong bulanan di bank, di saat memerlukan ktia boleh menggunakannya.
Tips yang sedikit ini harap dapat membantu kamu semua, lagi-lagi bagi mereka yang baru sahaja berkahwin. Zaman sekarang ini sara hidup semakin tinggi jadi kita perlu mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari kegawatan ekonomi dalam rumahtangga kita.
22 Ulasan
memang bila dah berkahwin ni, kos hidup makin tinggi..
kena pandai manage duit..heee