Ticker

6/recent/ticker-posts

Ada Hikmah Disebalik Kejadian

ehsan google 

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Seperti biasa hari jumaat acik akan kongsikan kisah tauladan untuk peringatan kita bersama.


Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu
"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih."

Sebaliknya, Tok Penghulu tersenyum lalu berkata
"Tak apalah. Mesti ade hikmahnya"
"Apa hikmahnya Tok"
"Tok pun tak pasti. Tapi pasti ada hikmahnya"

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuah lah. Untung!" Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata,
"Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah tangan kanannya.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang betul nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula." Kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata:
"Ini Ujian Allah, Tentu ada hikmahnya"

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oelh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menuding jari kearah anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,"MESTI ADA HIKMAHNYA"

Pengajaran:
Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat sisi baik daripadanya. Mereka menerima buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan di sebaliknya daripada ALLAH 

Catat Ulasan

24 Ulasan

Asha Lya berkata…
Btl setiap perkara yg berlaku terjadi pasti ada hikmahnya cuma kita tak nmpk
Ismi Ana berkata…
Betul3. Kita tak nampak hikmah yang akan datang. Sepatutnye tiap apa jua yang berlaku, kita redho je. Kerana hikmah yg kita tak nampak jauh lebih baik dari apa yg kita duga. :)
setiap perkara yang terjadi sememangnya ada hikmah dan sebab musabab di sebaliknya, maka tak perlu kita nak pertikaikan apa yang berlaku...terima dengan hati terbuka dan redha... ^_^ In Shaa Allah, everything will be fine...
SalbiahM berkata…
kita ni bila benda buruk berlaku kita selalu kata ada hikmah di sebaliknya, tapi kita lupa benda baik pun ada hikmahnya.nice sharing acik.
Fiza Aizzawa berkata…
Salam jumaat Acik.. betul tu.. setiap ujian, dugaan, baik, buruk semua ada hikmahnya.. kita kene terima dengan redha..
Blog Santai berkata…
Nice sharing Acik..apa-apa yang berlaku mesti ada hikmahkan...yang penting kita kena positive dan berbaik sangka...
paridah berkata…
Allah mahatahu hikmah setiap takdir yg ditempuhi hamba2nya...hanya perlu redha.
CheguZam berkata…
Banyakkan berzikir dan ingatkan Allah. Ujian tanda tuhan sayang
Farid berkata…
Hikmah yang Allah selitkan itu pasti ada kebaikan yang perlu kita rungkaikan, in sha Allah. Selamat berpuasa. :)
ANIM berkata…
sebagai Pencipta..Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan...
sitirohaida berkata…
terima segala qada' dan qadar Allah swt dengan hati yang terbuka kerana apa yang diberikan itu ada hikmah di sebaliknya...
Tanpa Nama berkata…
Redha dgn apa yang terjadi pd kita wlu seburu dan seberat mana pun ia..

#pray4gaza.
Farid Laham berkata…
bagus tok penghulu ni,,sabar je,
Unknown berkata…
hikmah yg kadangkala org sedar , kadangkala tidak ...
Khir Khalid berkata…
Setuju... setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah kebaikannya. Allah swt tidak sekali2 akan menganiaya hamba-hambanya.. Subhanallah...
Azwar Syuhada berkata…
Yup, betol tu, setiap perkara pasti ada hikmahnya. Sedar dengan tak jer :)
Unknown berkata…
betul tu acik, kekadang kita xbleh trima apa yg brlaku, tapi bila kita tgok dri satu sisi yang baik, pasti ada hikmah disebalik apa yg terjadi.. :)
setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya,
redha dgn ujian yg Allah turunkan..
Jari Manis berkata…
Allah syg akan hambanya dia yg lebih mengetahui atas sesuatu
Cik Itah berkata…
salam. betul tu acik..apapun yang berlaku pasti ada kebaikan dan keburukan..
Unknown berkata…
manusia biasa, ambek masa jugak nak kembali reda..huhuhu..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum.. achik,

tiap2 sesuatu kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sebagai hamba tidak mengetahuinya.. kita adalah hamba. Pasrahkanlah diri kita kepada Nya.. perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya,,,

mselim3
Maria Firdz berkata…
Betul tu... Bersangka baiklah dgn Allah..