Assalamualaikum
Setiap kali ramadhan tiba pastinya pelbagai restoran mahupun hotel-hotel yang menawarkan pelbagai promosi untuk berbuka puasa. Jika aku bertanya pada rakan-rakan, tempat yang macam mana mereka suka untuk berbuka ? Jawabnya mudah iaitu makan secara buffet ! Kenapa aku bertanya lagi ?
Jawabnya dengan ringkas kerana dapat makan puas-puas.
Kalau bulan puasa ini kebiasaannya kita selalu ingin berkumpul makan bersama. Yup, bulan puasa juga waktunya kamu buat menjalin silaturahim dengan keluarga dan juga kawan-kawan yang dekat dan jauh yang mungkin sudah sangat jarang kamu temui. Berbuka puasa dengan keluarga dan kawan-kawan merupakan saat yang menyenangkan.Tetapi kena cari tempat yang sesuai untuk kita berbuka dengan tenang dan damai.
Sejak awal ramadhan lagi ramai rakan blogger bertanya padaku " nanti berbuka kita berbuka di Casa Ombak tau. Ehh kat Casa Ombak ? apa yang istimewanya Casa Ombak jika di bandingkan di tempat-tempat yang lain ?
Pada aku istimewanya Casa Ombak ini kerana ia ia menyediakan Berbagai aneka juadah berbuka puasa yang pasti menyelerakan. Paling aku suka adalah berkonsepkan masakan kampung. Susahnya mendapatkan merasa keenakkan masakan kampung lagi-lagi di bandar seperti di Kuala Lumpur. Tempatnya yang tenang dan damai di kelilingi suasana taman yang santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Sedikit latar belakang Casa Ombak
Casa ombak adalah sebuah syarikat yang memberi fokus terhadap bidang perkahwinan ,semuanya tersedia untuk kamu dari segi persediaan tempat, makanan dan persiapan perkahwinan. Hampir 10 tahun syarikat ini telah beroperasi mengendalikan pelbagai majlis dan kini muncul dengan tawaran baru iaitu buffet ramadhan .
Tak sabar dah nak ke sana ntuk menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur oleh Ombak Creatives? Jadi ini ada sedikit maklumat untuk kamu semua.
Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak
Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Pihak Casa Ombak mengambil tempahan individu, group, family dan syarikat. Terlebih dahulu hubungi kami untuk reservation.
Casa Ombak @OmbakCreative
Tel : 03 21818750Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page
Kepada kamu yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh hubungi segera untuk tempahan.
Paling penting di sana tempat solat juga disediakan.
Kalau nak kesana boleh rujuk pelan di bawah ini Casa Ombak. No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.
2,3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang ,
2,3 tempat boleh ku cari,
tapi tak sama seperti Casa Ombak yang tenang.
51 Ulasan
good luck acik :P
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Good luck bro
http://www.sop.name.my/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html
terbaik
Dgrnya Casa Ombak ni tmpat artis buat video klip .. haaa kena sangatlah ngan achik .. hehhee
Mselim3 doakan achik berjaya dalam segmen "Segmen Buffet Ramadan Casa Ombak nie,, ramai gak mselim3 tgk yang join,, moga achik berjaya k...
mselim3
pls: Good luck my friend...