Ticker

6/recent/ticker-posts

Doakan Agar Dia Temui Jodoh Yang Baik Walaupun Bukan Dengan Kita

dia bukan untukku
gambar hiasan 
Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah kita bersyukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah juga kita berselawat ke atas junjugan besar nabi Muhammad saw.

Asam garam dalam perhubungan ada manis dan ada pahitnya. Tentu sekali kita lebih mengamatinya manisnya erti cinta dan sukar untuk menerima pahitnya cinta. Apabila putus cinta ,semua kata-kata makian yang di keluarkan.


Aku akan pastikan kau tak akan bahagia dengan dia !!
Kau buat aku derita dan kau perlu terima balasannya !
Semua lelaki itu sama penipu !!
semua perempuan itu sama suka mempermainkan hati dan perasaan orang !

Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari mereka. Segalanya yang berlaku ada hikmahnya walaupun kita sendiri tidak tahu hikmah di sebalik kejadian . Tetapi percayalah Allah ambil orang yang kita sayang hari ini bukanlah kerana Allah tidak ingin kita bersama dengannya.Malah untuk kita sentiasa muhasabah diri dan mungkin juga Allah ingin temukan seseorang yang lebih baik untuk kita.Allah itu sebaik perancangan untuk hidup kita. 

Pengamalan di tinggalkan memang akan sakit , tetapi pada acik ianya amat berharga untuk kita kerana ia mengajarkan kita menjadi seorang yang lebih tabah. Secara tak langsung kita muhasabah diri kita agar jadi lebih baik. Kalau ada seseorang yang kamu cintai, suruh kamu lupakan dia tinggalkan kamu, kau buat apa?”


“Doa.”



“Doa supaya dia buka hati untuk kamu?”



“Tak.”



“Dah tu?”



“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”


Kalau perpisahan terjadi doakan dia supaya jumpa orang yang mampu berubah hidupnya untuk menjadi lelaki dan perempuan yang lebih elok. Tak salah kan ? Allah itu maha Adil dan mungkin atas doa kita itu Dia hantar orang yang lebih baik untuk kita.

Mampu kita untuk mendoakan seperti itu ? 

Di situ kita di uji lagi dan kematangan seseorang itu bukan diukur melalui pertambahan usianya atau kepetahan ucapannya , tetapi melalui cara seseorang berfikir dan ketika membuat keputusan.

Bercinta kerana Allah dan berpisah kerana Allah tentu kita tidak akan rasa sakitnya soal cinta kerana kita tahu Jodoh itu rahsia Allah yang tersembunyi rapi untuk kita. Baiki diri dan sentiasa doakan pekara yang baik-baik insha ALLAH orang yang baik-baik juga akan mendekati kita. Berlapang dadalah dengan ketentuan ilahi.

Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain.

Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”(Al-Hujurat 49:12)

Jadi carilah cinta Allah ,maka cinta itu akan hadir tidak akan menyakitkan malah akan sentiasa bertambah. Katakan tidak pada "couple " kalau dah ada duit, berkenan di hati ,apa tunggu lagi ? masuk meminangnya dan jadikan yang halal untuk kamu. 

Catat Ulasan

27 Ulasan

SalbiahM berkata…
setuju acik..kalau kita betul sayang orang tu, doakanlah kebahagiaan dia
Asha Lya berkata…
Lya setuju..anggap je tiada jodoh mungkin ada yg blh terbaik darinya.doakan je yg terbaik buatnya
Unknown berkata…
In Sha Allah, mngkin susah nak buat tapi sentiasa brsangka baik, setiap yg brlaku ada hikmah, mngkin dia bkn jodoh kita dan mungkin Allah dh sediakan yg lebih baik. Kita tak tahu kan. Kerana Allah itu sebaik-baik perancangan..:) ^_^
YunFila berkata…
Kebetulan pula saya pun ada membuat entri pasal ni 5 jam yang lalu masa sahur tadi. Pendapat kita samalah, acik ^__^
shazillahsani.com berkata…
semoga dipermudahkan dalam urusan jodoh..
Cik Nor berkata…
good sharing...
Unknown berkata…
Bercinta tak semestinya akan bersama, merelakan ianya berlaku dan mendoakan kebahagiaan si dia adalah jalan terbaik.. walaupun hakikatnya sukar untuk dilakukan....
Unknown berkata…
jangan ada dendam ... semua yg berlaku atas kehendak - Nya . Adah hikmah tentunya.
Cik Itah berkata…
salam acik :( inilah yg sy sedang lakukan..mendoakan agar dia bertemu jodoh yang lebih baik..lebih baik dari saya...bila da terlanjur syg tu rasa sakit sangat nak lepaskan..:'(
sy harap segalanya dipermudahkan untuk sy..juga untuk mereka yang mengalami masalah yg sama ..
Messy Girl berkata…
ALHAMDULILLAH :)
Unknown berkata…
doakan yang baik..semua sudah tertulis, biarpun bukan dia jodoh kamu...go0d sharing
paridah berkata…
Allah tentukan perpisahan pasti berhikmah doakan yg baik2 utk kbhgiaannya..
Ismi Ana berkata…
Betul betul betul. Allah sebaik-baik perancang kejadian. :) maka redha la atas tiap ape yg akan berlaku dan sudah berlaku.
cikpinz berkata…
Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Redha apa yang terjadi.
tarmizi berkata…
thanks acik saya redha dengan apa yang terjadi..
unsecretostory berkata…
Betul. Kalau kita betul sayang org tue kita kena laa doakan hope dia juga lebih bahagia.
Jari Manis berkata…
Jm pulak belum temui cinta sejati sentiasa mohon kepada Allah berputus asa :-)
Affy Afiqah berkata…
bila kita doa baik2 yang baik2 juga laa akan datang pada kita kan acik...
Khir Khalid berkata…
Org yg senantiasa mendoakan org lain walaupun pahit akan senantiasa dikasihi Allah...
BinMuhammad berkata…
Sayang, suka dan bercinta tidak semestinya bersatu. Melihat kebahagiaan orang yang disayang juga satu kebahagiaan. Segalanya takdir Allah...terimalah dengan redha.

p/s: Salam Nuzul Al-Quran buat Acik dan keluarga... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik... Subhanallah. Indahnya dicintai oleh Allah SWT.. semoga dipertemukan jodoh sebegitu ya. singgah klik komli sini~~~
Unknown berkata…
Hikmah dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, ada yang lebih baik, yang Allah telah aturkan untuk kita..
Tengkubutang berkata…
setuju dengan Acik, kalau kita betul2 menyayangi seseorang itu, doakan kebahagiaannya bersama orang tersayang dan doakan juga moga dia jadi lebih baik dari sebelumnya... Aamiinn..
Maria Firdz berkata…
Insha Allah ada yg lebih baik untuk kita juga Allah dh tntukan...
Unknown berkata…
kena kuat melangkah..:)
usryabdullah berkata…
Saya juga pernah mengalami situasi ini 18 tahun yang lalu. Memang sedih bila si dia membuat keputusan untuk berpisah dengan alasan saya masih muda sedangkan dia berumur setahun lebih dari saya. Padahal masa mula berkenalan dan membuat keputusan untuk 'serius' tak timbul pula soal ini walaupun dah lama menyedarinya. So saya rasa ini adalah satu alasan. Yang sebenarnya dia dah jumpa orang lain yang lebih dari saya. Mula-mula memang terasa kehilangan, tapi Allah itu maha mengetahui. Selepas saya berpisah dengan dia, rupanya Allah ingin jodohkan saya dengan 'junior' dia dan kami berkawan. Setahun kemudian, kami mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah kini kami dikurniakan 3 cahaya mata.
Bab doa untuk si dia yang meninggalkan saya, saya tak sempat nak berdoa.hihihi...