Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaza Di Serang Zionis Israel Lagi !


Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Asalamualaikum


Ketika kita menanti saat tibanya berbuka puasa, pelbagai tempat yang boleh kita pergi mencari makanan kesukaan kita tetapi tidak bagi mereka yang berada di Gaza, Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan di Gaza, 24 rakyat Palestin syahid dan 200 cedera akibat serangan zionis israel.Israel telah melancarkan serangan terhadap kediaman awam, masjid serta hospital dan telah menyebabkan kemusnahan total 40 buah rumah di Gaza.

Ketika mana kita sedang enak menyuap juadah berbuka dan sahur ke dalam mulut kita, saudara kita di bumi Palestin sedang menderita kelaparan dan bertempiaran diserang oleh rejim Zionis laknatullah.

" Maka nikmat yang manakah, yang kamu dustakan?"

- Surah Ar-Rahman.


Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Bantulah mereka dengan nikmat kesenangan, keamanan dan kekayaan kita dengan berdoa, menghulurkan bantuan, tenaga sukarelawan mencari dana, menyebarkan info berita penderitaan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Gambar dari Aman Palestin-Malaysia Media Unit
Father of the Sayheed,Rashad Yaseen,grieves his son at the morgue in AlAqsa Hospita


Kita tak mampu bantu mereka untuk berjuang di sana tetapi kita boleh bantu mereka melalui doa kita. Marilah kita berdoa untuk mereka. Hulurkan bantuan yang termampu.Untuk sumbangan ke Tabung Kecemasan Gaza 2014

Aman Palestin Bhd
MBB 562263010787
BIMB 12029010047880
CIMB 8600460353
RHB 21245760004907
BMMB 12070005133717


(sumber no akaun di page aman palestin

Cara menderma di gaza melalui SMS 

Cara menderma di gaza melalui SMS


Catat Ulasan

27 Ulasan

semoga Allah melindungi depa...Allah maha penyayang.
Jiarizaira berkata…
Rejim Zionis ni semakin melampau.
SalbiahM berkata…
Berdoalah buat mereka agar terus tabah.al-fatihah buat yang telah syahid.
cikpinz berkata…
Hanya mampu berdoa untuk saudara Islam di sana. Al-Fatihah buat yang syahid.
Tanpa Nama berkata…
Mana pejuang2 syahid kita yang dituduh pengganas dan militan? Mana menteri2 yang hanya tahu bercakap?
Unknown berkata…
tak habis-habis gaza diserang rejim zionis, hidup mereka tak pernah tenteram, betul acik kita kt sini alhamdulillah makan cukup, tapi mereka kat sana belum tentu, smoga mereka diberi kekuatan utk mnghadapi ujian ni, Aminn
Yana Yani berkata…
ALLAHUAKBAR, besar betul ujian yang menimpa mereka
mereka pastinya insan yang terpilih menerima ujian sedemikian
syukur ALHAMDULILLAH Malaysia aman dan damai
tapi masih ramai yang tak menyukuri nikmat yang dikurniakan.

akak akan hukurkan bantuan dari segi kewangan setakat yang termampu
moga mereka terus kuat menghadapi hari mendatang
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma'ana
PCL berkata…
kita doakan ; mohon semoga Allah melindungi Gaza dan rakyat Palestin .
Ismi Ana berkata…
Kesiannye kat saudara seislam kita di sane..
Unknown berkata…
semoga Allah melindungi mereka .
Akupenghibur.com berkata…
maksudnya ? apa kaitan yang saudara katakan itu berkenaan dengan serangan di Gaza ? ini bukan soal politik tetapi soal kemanusiaan dan sesama agama kita..
Farid berkata…
Moga dipermudahkan urusan mereka. Hanya doa yang mampu dititipkan. Allahu. :'(
Jari Manis berkata…
Subhanallah rata2 org berckp berkenaan perkara ni bilakah pergelutan ni akan berakhir kasihan kepada mangsa yg x berdosa tu hanya mampu berdoa kpd allah
Maria Firdz berkata…
Moga kita teruskan berdoa utk merwka di sana...
Zaza Iman berkata…
Ya allah..hanya mampu berdoa..moga2 mereka dilindungi Allah.. sabarlah.. Gaza..
CheguZam berkata…
Sedih... tak mampu menolong..
Cik Itah berkata…
salam. sedihhh :((
semoga Allah melindungi mereka..
jom kita berdoa supaya umat islam di sana selamat
ya allah ampuni umat mu...
dear anies berkata…
ada ada terbaca, yahudi ni sbnr nyer takut pada bulan ramadan. so bla mereka menyerang pada bulan ramadan mereka beranggapan org islam lemah ketika itu dan ini memudahkan mereka untuk menyerang. wallahu 'alam
ANIM berkata…
sedih kak lihat gambar2 anak2 kecil yang menjadi mangsa.....
Unknown berkata…
hanya doa yg berterusan buat mereka yg mmpu kita kirim..allahu..
Unknown berkata…
subhanallah....berikanlah mereka kesabaran ya Allah..
Fiza Aizzawa berkata…
Kenapa mereka terlalu kejam.. serangan dilakukan dalam bulan puasa.. semoga Allah memberi mereka kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi dugaan ini...
Farid Laham berkata…
semoga Allah merahmati dan pelihara para mujahidin disana
Khir Khalid berkata…
Marilah bersama2 kita terus dan satukan doa agar dikurniakan kejayaan buat perjuangan Palestin mempertahankan bumi para anbia ini. Allahuakbar..
Faiz Senju berkata…
Ya Allah saya doakan moga penderitaan kepada rakyat palestin dapat berakhir
Mamaanisshop.com berkata…
Senjata kita adalah Doa..semoga mereka tabah disana..dan semoga penderitaan ini cepat2 berakhir...

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK