Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaza Terus Di Serang Dan Angka Kematian Melebihi 500 Orang

dari page aman palestin
Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini , ucaplah syukur kita dapat bangun pagi untuk bersahur dalam keadaan yang aman. Kita dapat pergi ke bazar dengan senyuman yang menawan untuk mencari juadah untuk berbuka. Tetapi tidak bagi mereka yang berada di Gaza. Setiap hari mesti berjaga untuk keselamatan diri, serangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa siren peringatan. 

Sebelum meneruskan coretan ini marilah kita sedekahkan al fatihah kepada mereka yang terlibat nahas MH17 dan kepada semua penduduk gaza yang terkorban dalam serangan. Kita akan di uji dan terus di uji, pastinya setiap ujian itu berbeza bagi sesiapa sahaja. Terkejut apabila acik mendapat maklumat di page aman palestin bahawa jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza yang kini mencecah lebih 583 orang akibat serangan Israel dan mangsa yang cedera sebanyak 3640. Itu satu jumlah yang besar. 

Paling kejam apabila kanak-kanak ,wanita dan orang awam menjadi mangsa serangan bagi tentera israel. Di mana sifat kemanusiaan ?Adakah orang awam itu juga mempunyai senjata untuk membalas ? sedangkan mereka hanya mampu berlari untuk selamat diri.Meriam-meriam penceroboh Israel terus membedil Timur Gaza dengan bedilan tanpa henti. Tanpa henti tanpa mengira waktu, bayangkan mereka yang bersahur dan berbuka di serang dengan kejam.

dari page aman palestin
dari aman palestin


Masjid di serang!!, hospital di serang !! rumah orang awam di serang !! balai polis di serang !! apa lagi lepas ini yang akan di serang ? 

Bantuan dari luar tidak dapat masuk, ubat-ubatan di perlukan segera tetapi semuanya di sekat masuk. Ya Allah sedihnya, bayangkan anak-anak yang sedar dari lena yang kehilangan ibu bapa mereka. Bagaimana nasib mereka ? ibu bapa yang kehilangan anak-anak mereka , kehilangan yang teramat.

Kita tak dapat berjuang ke sana, marilah kita bantu mereka yang termampu dan jangna pernah putus mendoakan mereka disana. 

Duta kecil aman palestin
Duta kecil aman palestin

Kamu menyanjungi perjuangan rakyat Palestin?
Kamu ingin membantu perjuangan mereka?
Cawangan Aman Palestin jauh dari tempat anda?Kamu tidak berkemampuan dari segi kewangan?
Kamu selalu berkomunikasi di media sosial?

  Kamu semua boleh jadi Duta Kecil Aman Palestin!

Bagaimana caranya?

Senang sahaja!
Bantu kami promosikan FB Aman Palestin ke setiap:

1) Kenalan;
2) Ahli keluarga;
3) Sekolah; dan
4) tempat kerja kamu.

Duta Kecil AP,
Sama-sama memikul Amanah Besar!

Catat Ulasan

19 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Sedih mmg sedih.. Nk raya pun terkenangkan mereka di sana..
mysha berkata…
Mmg sedih dengan apa yang terjadi.. Sy pun slalu tgk update berita terkini mengenai gaza kat FB Aman Palestin tu..

'Dunia mengetahui banyak barang yang diperbuat di negeri China kecuali satu... iaitu keberanian!!
Sbb ia dicipta di bumi Gaza!!'

- Sgt setuju ngan ayat dari page AP tu!!!

Lindungilah saudara2 ku di sana Ya Allah..
Asha Lya berkata…
Ya Allah lindungi la saudara seislamku yg berada di Cna.sedih yg tramat
Yana Yani berkata…
akak pun selalu ikuti perkembangan terkini dekat situ
memang ianya satu kekejaman
atas alasan mempertahankan wilayah mereka
semoga Palestinian terus tabah
SalbiahM berkata…
semoga mereka terus tabah...dan kita harus muhasabah diri sendiri. ujian ini juga untuk kita..
Allah maha mengetahui lagi penyayang
Unknown berkata…
sedihh melihat mereka..
Fatin Wawa berkata…
memang menyedihkan.. tak dpt bayangkan kehidupan mereka. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah..
Tanpa Nama berkata…
tiap2 hari saya ikuti perkembangan terbaru dri fb aman palestine. rasa sebak sangat bila tengok gambar para mangsa2 syahid tu.. InsyaAllah Islam pasti menang. setiap kali lps solat doalah utk saudara kita kat palestine sana..
Syira Lokman berkata…
KUATNYA MEREKA..PRAY FOR THEM..
nora razalli berkata…
pray for GAZA
cekal nye hati diorg
MG tiap kali tgk news pasal ni mremang remang blu roma ...sedih ...
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. Ya Allah... semoga Allah jualah yg menurunkan pertolongan.. sama2lah kita teruskan berdoa... aamiin...
Cik Itah berkata…
salam. ya Allah..semoga dipermudahkan untuk mereka disana..amin
ya allah permudahkan segala urusan di palestin...
mlm tadi tgk berita yg kena tembak tu,innalilah...sempat dia mengucap syahadah,
astagfirullah...
Cik Nor berkata…
Moga Allah sentiasa mereka...aamiin
Unknown berkata…
kejam betul israel ni, org tak brdosa jdi mngsa, smakin hari smakin brtambah angka kematian, sedih memang sedih, smoga Allah permudahkan semuanya, dan mereka diberi kekuatan d' kesabaran dlm mnghadapi ujian ini..Aminn
Unknown berkata…
saya sangat pilu dengan apa yang berlaku ..sangat!!
Tanpa Nama berkata…
Mereka adalah bunga syurga..Al Fatihah :'(
Ismi Ana berkata…
Sayunye hati ni. Semoga Allah melindungi mereka.