gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ucapkan syukur atas nikmat yang di beri.Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Seperti biasalah hari jumaat acik berkongsi kisau tauladan kepada kamu semua. Nak raya ini ramai pula kaum adam yang bergelar suami hantar mesej dan email tentang isteri mereka yang suka membebel.Lumrah alam perempuan lebih banyak cakap dari lelaki.Jadi tak heran kalau dia banyak membebel.
Biasalah perempuan kalau membebel tak kira dan waktu,24 jam pun boleh membebel.
Biarpun leteran itu
benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang
rutin. Namun tahukah kamu bahawa Khalifah Umar Al-
Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun
kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang
garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat
menghormati isterinya.
Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab,
terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu
bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu
kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada
ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun
ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si
suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar
leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami
memarahi isterinya
Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari. Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al- Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al- Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.
Bila
mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat
yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg
mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami
membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah
Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika si
suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah
Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu
datang kemari?”
Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk
mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila
mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama,
lantas aku batalkan saja hasratku.”
Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar
tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku
tidak bersabar dengan kerenahnya.
Bukankah dia telah
memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung
nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-
anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah,
kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti
akan pulih sendiri.”
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia
disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat
digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji
Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk
mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup
berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahualam.
15 Ulasan
Selamat Hari Raya Acik. Maaf zahir dan batin... Hati2 balik kpg ya ^__^
rasa teruja sgt.. semoga kisah ini memberi teladan kpd kita semua..
very good entry acik :D
singgah sini..sebelum bercuti raya hehehe
p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^
thanks acik...sabar itukan, separuh dari iman..
selamat hari raya aidilfitri.
Syukur sgt krn dapat isteri yg kurang membebel... :)
Salam Lebaran buat Acik sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
Salam Aidil Fitri buat Acik. Mohon maaf jika ada yang tersentuh sepanjang kita berblogging k...