Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Mak Tak Beri Aku "Couple" ?

gambar hiasan


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini,  ucaplah "alhamdulilah " tanda syukur kepadanya. Setiap hari mesti ada pelbagai cerita hidup yang hendak di kongsikan bersama-sama adakalanya suka atau duka. Siapa mempunyai sesuatu keinginan tapi belum di dapatkan ? Ala acik nie pun macam kamu semua juga yang mempunyai keinginan tapi setiap apa yang acik mahukan mestilah mengikut kemampuan dan cara mendapatkannye tidak melangar syariat islam.

Luahan demi luahan yang di kongsikan bersama acik , alhamdulilah masih ada yang percaya pada acik. Jangan risau setiap apa yang kamu katakan pada acik akan di simpan sebaik mungkin melainkan dengan keizinan kamu sendiri untuk izinkan acik share di blog acik nie. Setiap luahan dari rakan-rakan yang acik kongsikan itu atas kehendak pemilik mesej tersebut ataupon keizinan mereka .Dan hari nie acik mahu kongsikan sesuatu kepada kamu serta perlukan pendapat kamu semua. Baca di bawah ini.



Memang kadang kala leteran ibu itu tak dapat kita tahan dan kadang memang sakit telinga nak dengar tapi mak tak akan membebel jika kita lakukan pekara yang benar. Percayalah , mak mana yang tak sayang anak dia.Dia jadi "protective " itu tanda sayang dan peduli pada kamu. Untung tau ada orang nak ambil tahu dan ambil kisah terhadap kamu. Bayangkan mereka yang mak ayah asyik buzy dan tak ambil tahu dan mereka yang kehilangan ibu bapa. Mestinya mereka akan lebih menghargai dengan apa mereka ada. 

Kalau nak jadi macam orang lain yang couple sana sini memang nampak indah, makan sama-sama , tengok wayang dan sebagainya.Tapi pernah tak terfikir ,bahawa Allah elakkan semua ini berlaku kepada kamu, Allah lindungi kamu dari pekara yang lagha dan ke lembah maksiat. Pada acik beruntungnya kamu. Memanglah rasa membuak-buak untuk rasa seperti remaja lain. Cuba muhasabah diri dan renungkan elok-elok bahawa betapa beruntungnya kerana Allah jaga kamu. Satu lagi , kalau kamu keluar berdua pegang sana sini yang bukan muhram tak pasal-pasal ayah kamu dapat saham dari tingkah laku kamu. tak kesian ke ? 

Memang tak salah nak cari jodoh kamu, tapi restu ibu bapa itu paling penting. Jodoh itu satu ketentuan Allah. Sekurangnya kamu mula berdoa supaya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya Allah

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Tak perlu cemburu dengan orang yang Sweet couple,kerana manusia dicipta saling berpasangan.Cubalah cemburu dengan orang yang kuat Imannya baru betul. Mak selalu kata pada acik, nanti kalau acik jadi ayah baru acik tahu apa yang abah/mak rasa dan kenapa dia marah bila dia rasa tak betul di matanya. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Jika tak di pantau anak-anaknya ,boleh rosak akhlaknya lagi-lagi di zaman moden ini yang dugaan lebih besar.

Pertama : ibu bapa mahu yang terbaik untuk kamu

Kedua: dia ingin kamu berjaya dahulu
Ketiga : dia tak mahu kamu kecewa dengan pilihan yang salah
keempat : dia mahu kamu habiskan belajar dahulu

Bila kamu dan lebih dewasa, dah ada segulung ijazah, diploma dan sebagainya. Jika kamu mempunyai pilihan kamu sendiri pastinya mereka tak akan menolaknya. 

Cuba renung seketika dan lihat wajah ibu bapa kamu, mereka tak mahu pekara yang bukan-bukan berlaku pada kamu.Selalu berfikir positif dan selagi kamu di bawah tanggungjawab mereka, mereka berhak untuk atur hidup kita .Dan cubalah kamu buka hati untuk faham mereka juga.

Catat Ulasan

23 Ulasan

Cik Itah berkata…
SALAM ACIK...betul tu, sy setuju..restu ibubapa itu penting!
Unknown berkata…
betul tu acik. kekadang setiap leteran ibu untuk kebaikan kita jgak, mak mna tak sayang kan anak. mestila dia nk yg trbaik utk anaknya, :)
ZaridaIshak berkata…
mak selalu berpesan untuk kebaikan anak-anak... saya juga suka berpesan kepada anak-anak saya
Shahrul Yusof berkata…
Aku suka dengan entri ni sebab ada kena mengena dengan life aku. Dulu, mak aku pun larang aku berkapel. Mula-mula rasa macam loser la jugak sebab member ada awek, aku sorang je takda sebab takut mak marah. Tapi, in the end, kahwin jugak aku sebab bila dah sampai masanya jodoh tu sampai, tanpa perlu dipaksa, ia akan hadir naturally.
Asha Lya berkata…
btl2 sgt setuju..kejar dulu cita2.bljr elok2..ibu bapa buat mcm tu sbb ada alsan tak mau tgk anaknya menyesal
akak pun tak bercouple sampai habis belajar... ha ha ha... yang ada crush jer... kawan2 selalu keluar sama2... tak perlu terburu2 nak couple sangatlah... habiskan tanggungjawab dulu, bila dah stabil baru fikir... masa panjang lagi...tak rugi pun tak ada couple masa belajar.... ok jer...kalau yang dah jenis jodoh cepat tu tak leh cakap apalah kann???
Aisyah berkata…
Aisyah pun rasa teringin jugak nk bercouple..mule2 la kn. tapi bile fikir balik..semue perkare tu xde makna dan faedahnya.. apa yg kita dpt nnti mungkin dosa je lebih.. lebih baik kita bersingle dulu, belajar sampai ke menara gading..barulah kita nak cari pasangan ke apa dah besar pjg nnti..

Jari Manis berkata…
Jm sokong apa yg acik katakan dan sampaikan. Itulah hati budak remaja x boleh fikir panjang yg dorang tahu nk enjoy. Di x fahsn bercouple Allah larang sama sekali dan jika x takut larangan Allah 'habislah' klau x takut pada pencipta
Tanpa Nama berkata…
Betul..mungkin kathy jg tergolong ibu yg sebegitu..tp semua ada sebabnya.
irrayyan berkata…
Xyah couple lah. Xdapat apa pon.
Bw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com
Irra follow blog ni
Selamat berpuasa ^^
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

setiap pesan ibu itu adalah 'ubat' bagi anaknya.. Anak merasakan diri sudah besar.. anak tidak tahu yang 'pahit' leteran ibu adalah 'ubat' buat panduan anak menghadapi cabaran dunia yang penuh dugaan. Ibu adalah ibarat doktor yang menasihati pesakit agar makan 'ubat' yang diberikan... jika pesakit ingin cepat baik sihat ikut aturan makan 'ubat'...
Nasihat ibu adalah mutiara..
( maaf achik mselim3 kalau visit sini suka baca entry achik dan komen pjg2...hehhe)

mselim3 (daripada sahabat utk sahabat yang diingati)

pls: tanpa ibu siapalah kita... kan.
Ismi Ana berkata…
Kalau mak kata "jangan", janganlah kita buat. Hm.. Bila kita buat, mulalah menyesal. Mak kita dah makan garam dulu awal dari kita. Dia tahu semua yang baik dan tak baik.
CheguZam berkata…
Mcm same je. Chegu pun taj bagi anak murid kapel kat sekolh
Kakzakie Purvit berkata…
Yess!! macam acik inilah baru kakak respect!
Betul kakak ni dah jadi mama kepada anak remaja amat faham bagaimana rasa mak/ayah bila anak kian membesar. Apa lagi dgn scenario dan environment sekarang yg macam-macam memang buat mak-ayah bimbang. So... sebaiknya kena dengar nasihat mak-ayah demi kebaikan diri juga.

Yg pasti couple boleh mengundang dosa besar. Ini tak ada dlm ajaran Islam.
ANIM berkata…
kalau kak ada anak perempuan , kak pun lakukan perkara yg sama seperti ibu suzy tu, kak tak mahu anak kak ke sana sini tanpa ikatan sah. benda elok, dijaga rapi ni selalunya jadi idaman orang. sorok macamana pun..orang dapat risik juga. gitulah kiasannya...
Mayang Sari berkata…
Salam Ramadhan...
Well said, acik!
buat adik suzy dan yang lain-lain..percaya je pada naluri mak..tak rugi.. :)
Dengar cakap org tua jln yg terbaik..
bila dah khawin nanti ada ank pinak, baru tahu...
susah senang nak jaga ank mcm mana...!!
Bukan senang nak jadi seorg Ibu...
hari ini hari kita enta esk lusa ank kita pulak nanti
buat perangai mcm kita kan susah...Salam Jumaat
Unknown berkata…
suzy tu mesti muda lagi kan?? kalau dah matang sikit rasanya dya akan sedar sebab musababnya..
tapi kalau pandai jaga diri tak pe lah kot..
Khir Khalid berkata…
Couple ni boleh mendekatkan kpd fitnah & juga maksiat.. lebih bai jngnlah. In shaa Allah, pasti Allah pertemukan jodoh yg baik nanti... subhanallah...
K.A. berkata…
Hmm.. couple hanya manis di mata... rugi masa kerana banyak dihabiskan untuk berlaku lalai - stanzaku
dear anies berkata…
hilang couple boleh diganti hilang emak...mn nk cari...
Hafizul berkata…
Yup...mak buatkan tu sebab dia sayang kita..memang masa ni kita tak nampak lagi..tapi bila kita dah ada anak..kita akan nampak apa yang kita tak nampak sebelum ni..jadi, dengarlah pada kata-kata mak...insyaAllah..cerah masa depan..
Unknown berkata…
DOMINO588

588DOMINO

Situs Poker Online

Poker QQ Indonesia

Situs Poker Terbaik

Judi Poker Terlaris

Game Pokerqq Online

Poker Uang Asli

Bandar Domino Online

Agen Capsa Online

Minimal Deposit Hanya 20.000

Daftar Sekarang Juga DI Situs Poker Indonesia Terlaris
WWW.588DOMINO.COM

BONUS TO 0.5%

NB : JANGAN TERGIUR DENGAN BONUS DEPOSIT BESAR TAPI KALAH TERUS!!!

TIDAK ADA BONUS TETAPI MENANG TERUS

ANDA PILIH MANA ???