gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Pernah beberapa kali acik pergi ke rumah orang-orang tua, sedih mendengar cerita-cerita mereka yang sangat menyayat hati. Ibu, mak ,umi dan apa jua panggilannya dia adalah orang yang sentiasa menerima kita seadanya dan orang yang paling risau tentang diri kita. Kalau kita sakit , buat perangai dia dengan sabar melayan kerenah kita. Tapi bila mereka sudah tua ? kita tak boleh sabar dan layan mereka dengan baik ?
Memang betul kita sibuk dengan kerja kita tapi ingatlah dia ibu dan ayah kita. Tanpa mereka kita bukan siapa-siapa dan tidak akan pernah wujud di dunia ini. Hayati pengorbanan ibu ayah untuk kita.
Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.
Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.
Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.
Ibu..Beliau menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.
Kalau kamu terjatuh, kaki berdarah dialah orang yang paling akan risau keadanmu sanggup di tinggalkan semua kerja hanya untuk menjagamu. Kalau kamu masuk wad dia sentiasa mahu ada di sisi untuk pastikan kamu sentiasa dalam keadaan yang baik.
Begitu juga ayah, beliau yang mencari nafkah pagi petang keluar bekerja bagi mengcukupi keperluan kita. Kita tahunya minta duit sahaja. Kadang sanggup buat kerja lebih demi kita. Biar dia tak makan janji anak-anak dan isterinya kenyang.
Kini dia sudah tua, kerenahnya juga seperti kebudak-budakan. Tubuhnya tak bermaya dan tidak sekuat dahulu. Kadang nak makan dia juga memilih kerana seleranya tidak sewaktu mudanya. Nak berjalan kadang perlu di papah. Nak mandikannya dan bersihkan najisnya. Adakah kamu geli dengan semua itu ? sedangkan mereka tidak pernah berkira dengan kita,tiba saat kita ?
Dan jika Ibumu ayahmu saat ini masih ada, maka rawatlah, jaga sebaik mungkin, bahagiakan, selagi masih ada kesempatan. Jangan sampai menyesal saat beliau sudah tiada dan kamu belum dapat memberikan kebahagiaan untuk Ibumu dan pada ayahmu. Dan jika sudah tiada maka kirimkanlah doa untuknya.
Acik di sini hanya memberi peringatan bersama untuk ingatkan diri sendiri. Tanpa doa mereka kita bukan siapa-siapa. Tak perlu sombong, suatu masa nanti kamu akan tua juga dan jangan pelik jika di lakukan sama seperti apa yang kamu lakukan terhadap ibu dan ayah kamu sewaktu mereka tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.
"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
43 Ulasan