Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum


 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang beri. Marilah kita berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad. Macam mana persiapan hari raya ? baju raya berapa pasang ? 

Rupanya ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih ramadhan nak tinggalkan kita.Setelah kita berjuang 30 hari berpuasa menahan diri dari makan dan minum serta mengawal nafsu. Tahniah kepada mereka yang puasa cukup dan dapat manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin. Jadilah tiba masa kita menyambut hari kemenangan.

Di kesempatan ini, acik minta maaf kepada yang mengenali diri ini dan semua pembaca blog ini jika ada salah silap, terambil hati dan ada yang terasa hari dengan acik.Minta maaf jika ada terkasar bahasa, termarah dan segalanya.Acik juga minta maaf jika penulisan acik ada buat kamu terasa hati, buat kamu tersingung dan ada ayat yang kurang sesuai ,tegurlah jika rasa salah.Jika yang menyukai alhamdulilah. Kelemahan itu semuanya datang diri ini dan kelebihan semuanya dariNya. 

Acik juga telah memaafkan semua orang yang pernah buat dengan acik. Biasalag kita tak lari dari buat kesilapan.Acik ada beberapa pesanan untuk kamu.

Tips persiapan untuk perjalanan jauh (balik kampung)

1. Service kereta atau motor kami sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
2. Pastikan rumah berkunci dan jangan lupa tengok gas di rumah terpasang atau tidak. Tanggalkan kepala gas dari gangangnya. 3.Pastikan cabut semua kepala plug dari rumahnya, kalau peti sejuk tu takpe. Yang tak guna tu elok di cabut takut berlaku litar pintas. 
4. Jangan tinggalkan kunci pendua di rak kasut, dalam pasu, dalam peti surat dan sebagainya.
 5. Pastikan barang berharga di simpan tempat yang selamat. 

Peringatan semasa hari raya 

1.Jangan makan berlebihan dan luar dari kebiasaan.
2.Jangan minum air berkabornat berlebihan dan jangan banyak minuman yang manis.
3. Jangan terlebih selfie nanti orang menyampah hehe
4. Jangan lupa nanti update blog untuk raya.

 Sekali lagi acik ingin ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Kepada mereka berada di kota tinggi, jemputlah datang rumah. Kalau terserempat itu jangan segan silu tegur-tegur ye

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.


















Catat Ulasan

17 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat Acik & keluarga. Maaf zahir & batin... :)
SalbiahM berkata…
Salam aidilfitri acik..Maaf kalau ada salah silap ye. .
MyCherita berkata…
Selamat menyambut hari raya aidilfitri bro. Maaf zahir & batin... ^_^
YunFila berkata…
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Acik! Moga raya tahun ini disambut dengan meriah bersama keluarga dan sahabat. Maaf Zahir dan Batin sekiranya saya ada terkasar bahasa atau perbuatan dengan Acik ^__^
adarain berkata…
Selamat hari raya maaf zahir dan batin. ;)
Ismi Ana berkata…
Salam Aidilfitri. :) selamat berhari raya dgn penuh kesyukuran. Ampun maaf zahir dan batin andai ada komen dari ana kat blog acik yg merepek merapu meraban.
cikpinz berkata…
Salam Aidilfitri acik..
paridah berkata…
salam idilfitri acik..maaf zahir batin.
sobri yaacob berkata…
selamat hari raya acik..maff zahir dan batin ya :)
Jari Manis berkata…
Selamat hari raya acik, ahaaaa akak Jm dh praktik tip yg d kongsi terima kasih :-)
Mawardi yunus berkata…
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin
ANIM berkata…
Salam 6 Syawal acik. Balik kampung suami di felda, setiap rumah yang dikunjungi hidangkan air gas berkarbonat..camna tu? hee
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

Di bulan yang mulia nie...mselim3 mohon ampun maaf andai ada segala salah silap samada perbuatan dan kata2 yang menyinggung perasaan sepanjang kita berkawan yer achik... kosong-kosong yer..

mselim3
Unknown berkata…
salam aidilfitri buat achik dan keluarga... maaf zahir dan batin... :)
Pha Is berkata…
siap dengan nasihat.. bagus2.. hehe
selamat hari raya.
selamat hari raya maaf zahir batin
Mardiah Diana berkata…
Syawal ke-11 baru dapat singgah kat blog Acik..apa2 pun selamat hari raya dan maaf zahir batin..