Ticker

6/recent/ticker-posts

Terimalah Aku Seadanya Kerana Allah

gambar hiasan

Asalamualikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur ke atas nikmat yang di beri. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kita ini mudahnya berkata tapi sayangnya kadang apa yang kita itu tidak seperti apa yang kita lakukan.


Terkejut juga apabila ramai yang menghantar email di akupenghibur14@yahoo.com yang mengatakan bahawa pasangannya mereka tidak dapat menerimanya setelah perubahan bentuk badannya.Kadang bila kita berkata" aku tak kisahlah kalau pasangan aku ,gemuklah ,hitam dan sebagainya. Tetapi realitinya ? tidak seperti di gambarkan.

Gemuk pasti ada gelaran di bagi, tinggi sangat pun nanti gelarannya dan macam-macam lagi.Janganlah begitu, kita sama di mata Allah hanya kita manusia sahaja yang membuat perbezaan tersebut. Jika kamu kata kamu terima dia seadanya ,pastinya kamu terima dia tatkala sebarang perubahannya.Kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Kecantikan dan keelokkan tubuh badan itu hanyalah bersifat sementara, ianya akan berubah sealiran mengikut peredaran masa. Jika kamu benar sayang dia pastinya kamu tidak kisah soal itu semua. 

Lagi-lagi wanita bila dah kawin, anak dah 5 ,dulu badan ramping tetapi kini tidak seperti dulu saiznya pun dah bertukar. Suami kena faham soal itu. Kalau pasangan kamu pula terlalu kurus berilah makan lebih sikit untuk jadi badan yang ideal dan itu bukan masalah sebenar.

Jikalah pasangan kamu lebih pendek dari kamu , terimalah dia seadanya ,rezeki tu. Asalkan kamu bahagia dengan pilihan kamu. Kalau kamu dengar kata orang memang susahkan kerana ada sahaja tak kena dengan kamu. 

Kita semua mengharapkan pasangan hidup kita seorang yang terbaik,Kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita sendiri punya banyak kelemahan.Bila jumpa orang yang tak sempurna sibuk betul asyik nak cari kesalahannya saja. Langsung tak mahu mencari kelebihannya. Langsung tak pernah menghargai apa yang dibuat untuk kita. 



Bersederhanalah.Tak perlu mengharapkan insan yang terlalu sempurna.Setiap orang memang tak sempurna.Setiap orang memang punya kelebihan dan juga kekurangan.Mungkin kelebihan kita dapat mengatasi kekurangannya.Dan kelebihannya pula dapat mengatasi kekurangan kita.

Yang penting ianya soal hati kita. Siapa mereka untuk menidak pilihan kita.Sejujurnya kita hidup memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih.Jika kamu memilih maka pilihlah yang terbaik buat kamu dan jika dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan akhlaknya.


Andai seribu halangan mendatang, bertahanlah kerana ia takkan menjadi penghalang kehancuran hubungan itu.


Aku terima kau seadanya.Sama seperti perilakukan dan kata-kata. Jika kamu bercinta keranaNya, pasti ada kebahgian untuk kamu.Semoga cinta hingga ke syurgaNya.Cukuplah hanya untuk dirinya seorang saja.


Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:
 
Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim).
 

Catat Ulasan

26 Ulasan

Unknown berkata…
In Sha Allah, perkongsian yang baik acik..:)
Ismi Ana berkata…
Nice sharing.. :)
Walaupun ramai suke cakap "sy terima awak seadanye." Tapi hati tak cakap camtu, tu yang sampai selamba je kata isteri da gemuk lah. Tu la manusia, sukar mengotakan janji.
Asha Lya berkata…
tak ada manusia yg sempurna kan..insyallah Lya terima pasangan seadanya dgn ikhlas.
SalbiahM berkata…
manusia memang senang berubah..semoga berjumpa jodoh yang terbaik dan dapat terima seadanya ye acik
Unknown berkata…
niatkan segala yg kita lakukan kerana Allah ... insha Allah akan hadir ketenangan dan bahagia wpun pasangan kita tidak seperti dulu penampilan dan fizikalnya .
paridah berkata…
kebhgiaan bersuami/isteri pasti dirasai sekiranya kita bersyukur menerima jodoh ketentuan Allah seadanya...tapi boleh membentuk pasangan kita tu perlahan-laan menurut apa yg kita inginkan ..insya Allah..
Khir Khalid berkata…
Cinta kpd Allah, cinta yg tiada tandingannya... in shaa Allah, dunia akan sejahtera... aamiin.
aswaleyla berkata…
nice sharing . ye lah . tak semua boleh terima kekurangan tu . ade je yang tak puas hati . sabar je la .
nora razalli berkata…
insyaAllah dapat dah org yg dpt trima MG seadanya :)
Cik Itah berkata…
salam. insyAllah..harap dia juga menerima sy seadanya..thanks share acik :))
Cik Itah berkata…
acik..sy share entri ni ya hehhe :)))
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

thanks achik entry nie bagus... seronok baca. Good writing...

mselim3
Blog Santai berkata…
Salam 9 amadhan Acik..Nway..sedihnya...Hmmm..susah jugak nak komen ni coz manusia ni hatinya tak tetap...kena banyakkan bedoa semoga kita dikurniakan pasangan yang dapat menerima kita seadanya.....Apa ada pada wajah dan fizikal seseorangkan..yang penting hati meti baik dan ikhlas..
Anizz Annisa berkata…
selalu org akan ckp terima seadanya tapi tu hanya di bibir je kan.. moga2 kita semua dikurniakan jodoh yang terima kita seadanya..amin.. :)
Unknown berkata…
bila kita kahwin... kita kena terima kelebihan dan kekurangannya... kalau kita inginkan sesuatu yang tidak dipunyai olehnya... hati kita akan hampa... bila hampa mulalah bibit2 benci itu timbul... dan akhirnya perpisahan terjadi... nauzubillah... perhubungan perlu ikhlas kerana allah taala...
Mar Mansor berkata…
dah tua kecut, kedut, tak mampu nak ubah dah..saling lengkap melengkapi, terima seadanya..memang susah nak puaskan hati orang..tiada y sempurna
PeRdU cINta berkata…
Betul..nice perkongsian acik..setiap pasangan itu bukan sekadar berkasih sayang..namun saling melengkapi juga satu sama lain..menjadi pakaian satu sama lain..pandang dan nilai hatinya..itu lebih utama..kesempurnaan itu milik Allah..
sobri yaacob berkata…
cantik itu subjektif..tapi
pandangan org bebeda2,,jadi terimahlah klebihan dan kekurangan
psangan anda
Montana berkata…
terima kasih share moga menjadi panduan untuk semua
Jari Manis berkata…
Cintailah aku seadanya?..sampai sekarang membujang kerana belum jumpa lelaki 'mencintai aku seadanya dan cintai kerana Allah s.w.t"...in Sha Allah ..semoga allah temukan JM dgn org sesuai amin. Untung lah siapa dapat Acik heeee
Unknown berkata…
kalau sebelumnya mereka menerima seikhlas hati, inshaAllah rupa mcm mana skalipon lepas tu msti boleh terima jgak..:)
Maria Firdz berkata…
Cintailah kerana Allah... Itu yg akn kekal...
Along Misuari berkata…
Tips dari AM kepada bakal2 suami atau bakal isteri... Jika kalian boleh terima pasangan anda di kala tidak cantik atau tidak hensem seperti AM nie.. Insyallah hubungan akan kekal..Ambil contoh sebagai bakal isteri megalami penyakit kulit yang teruk dan kalian telah lama merancang untuk berkahwin MAKA cepat2 la berkahwin kerana waktu itu anda telah melihat ketidaksempurnaan pasangan anda DAN selepas semuanya selesai dan penyakit telah pulih PASTI kalian akan lebih menhargai pasangan anda..TAk percaya boleh try..AM bercerita berdasarkan pengalaman AM sendiri..hihihihi
Rendi Febriandi berkata…
Islam memang membolehkan pernikahan. Laki-laki diperbolehkan poligami atau mempunyai istri lebih dari 1. Namun pertanyaanya siapakah jodoh kita ? Kita mungkin menganggap seseorang adalah jodoh kita, namun belum tentu benar perkiraan tersebut. Yang menentukan jodoh adalah Allah SWT, jadi bukan manusia yang mengatur perjodohan. Semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfudz. Lowongan Kerja