gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhmdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi .Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.Lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan, lagi-lagi dah dekat nak raya ini. Pastinya kita mahu sekacak semaksimum yang mungkin. Namun dalam
proses untuk menjadi bergaya, mungkin para kaumku lupa akan hal-hal penting
yang mesti dijadikan penekanan oleh mereka. Tips ini acik ingin kongsikan untuk kaumku untuk sentiasa menjaga penampilan.
1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal
Cadar
dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah.
Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung
bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup
liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh
itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.
2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya kamu perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan
pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut kamu. Selepas bersyampu,
pastikan kamu gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.
3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan
Untuk
senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan
proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan
masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang
terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, kamu juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali.
Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan
yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya..
4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali
Sentiasa
tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan
bergaya. Kamu tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya kamu boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga
perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya kamu mempunyai salun yang
sering kamu kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong
rambut kamu sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa
rapikan rambut kamu sebelum keluar rumah.
5. Pemakaian minyak rambut yang sesuai
Rambut adalah aset yang penting bagi lelaki, pilihlah yang bersesuai dengan rambut kamu. Jangan suka bertukar-tukar minyak rambut kerana ianya akan menyebabkan rambut cepat rosak . Tak mustahil rambut akan rosak seperti tumbuh rambut seperti uban.Jangan juga memakai jenis minyak rambut yang berminyak ianya juga boleh menyebab jerawat di bahagian dahi.
6. Pemakaian minyak wangi
Kalau keluar rumah jangan lupa pakai minyak wangi yng bersesuai ,jangan terlalu kuat dan terlalu menyengat. Semburkan di beberapa tempat sahaja.
Semoga sedikit infomasi ini dapat membantu kamu semua agar kelihatan bergaya dan kacak di luar dan dalam. Inilah hanyalah hasil telitian yang rawak untuk membantu kaum adam di luar sana.
19 Ulasan
Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih