gambar hiasan |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas,macam mana hari nie ? alhamdulilah kalau bahagia dan sehat,jom kita berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Hari nie ada dapat pelbagai persoalan tentang cinta, cinta memang tak dapat di pisahkan dalam hidup kita walaupon masih dalam bulan syawal.Ahh ada juga yang bertanya dengan acik salah ke jatuh cinta ? habis macam mana kalau dah suka kat seorang lelaki/perempuan tu ?
Pada acik memang tak salah nak jatuh cinta, itukan soal hati dan perasaan kamu tak siapa dapat halang. Itu perasan yang hadir dari hati kamu , kan kan kan . Janji cinta itu biarkan di letakkan pada yang betul dan mengikut landasan islam.
Kadang memang tak dapat nak halang seseorang itu untuk jatuh cinta dan tak dapat nak halang anak muda untuk bercinta.
Yelah zaman sekarang nie kisah cinta bermacam-macam, dan cinta bertahun tahun, katanya nak kenal cinta.
Ada yang kata, dah couple bertahun tahun tapi tak kawin juga bagaimana tu?
Dah kawin perangai berubah ?
baru kenal dah kawin ?
macam mane pula tu ? jawabnya tentulah jodoh semua Allah dah aturkan siapa jodoh kita, dan sebagainya.
Cinta yang terbaik adalah apabila kita mencintai seseorang itu yang membuatkan iman kita meningkat dan kita semakin rapat dengan Allah, senang kata membawa kebaikan
Dalam kata katanya ada nasihat yang bergunaTegurnya penuh berhemah. Mengingati kamu soal solat, puasa dan sebagainya. Carilah seseorang itu yang mampu membawa cinta kamu kebahgian di dunia dan akhirat.
Jangan cari yang suka pada pekara yang lagha seperti suka karaoke, lepak sampai pagi dan sebagainya.
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat
besar pahalanya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana
orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku
akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada
naungan kecuali naunganKu.
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,
“Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Jadi berubahlah cara cinta kerana Allah , sebab apa ?
Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah.
16 Ulasan
My recent post : Buat Ic Baru!
http://themodestustaz.blogspot.com/
Jika kita cinta kerana Allah cinta itu tak akan pernah berkurangan dan sentiasa bertambah , jika hilangnya cinta itu juga buatkan kita rasa redha untuk menerima kehilangan.Maka oleh itu jom kita muhasabah diri , dan letakkan cinta itu kerana Allah...
sy setuju sangat
insyaallah...good sharing
cinta pada Allah kekal abadi, cintakan manusia kerana Allah akan diberkati.. insyallah