Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketika Bertiga Maka Janganlah Dua Daripada Kamu Bercakap-cakap Meninggalkan Yang Ketiga


gambar hiasan
Assalamualaikum  

 Alhamdulilah hari nie dapat bernafas dan melihat indahhnya alam ciptaan Allah ini. Bangun saje hari nie acik dah lupakan apa yang berlaku semalam untuk biarlah tak tension..hehehhee. Ahhh hari nie acik nak kongsi sesuatu pekara ini kepada kamu semua.Pernah tak kamu duduk bertiga, duduk bersembang sama ada di cafe, kantin, restoran dan di mana saje. Yang paling penting ada kamu ,kawan kamu dan seorang lagi kawan atau dalam kumpulan. Duduk berbual,tapi rasa macam di pinggirkan kerana 2 kawan kamu bersembangkan dan buat kamu macam tak ada di situ.    

Siapa pernah rasa situasi nie ? mesti sakit hatikan, yelah kadang mereka bersembang tentang yang kita tak tahu. Bila nak mencelah tak tahu nak kata apa dan di biarkan sahaja kita nie .Kadang kita rasa benda ini remeh temeh je tapi sebenarnya tidak elok kita membiarkan apabila 2 antara kamu bercakap cakap dan meninggalkan yang ketiga perbuatan itu tidak di sukai oleh Rasullulah.   

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)  

Kadang fikir balik begitu hebatnya rasullulah, peribadi yang unggul . Hargai setiap sahabat yang dia ada dan tak pernah melukakan hati sahabatnya walaupon sekecil mana pun. Tapi orang sekarang ??   

 Orang sekarang pentingkan diri,lebih bersifat selektif untuk berkawan,dan kawan tersebut mestilah yang hebat dan mempunyai persamaan dengan dia serta berkepentingan untuk dia .Kalau tak memang dia tak layan kita ini.Dan sebenar acik terkejut bila dapat dapat tahu dan lihat sendiri ramai kawan yang "fake" di depan mampu mengeluarkan kata kata indah dan support kita , tapi di belakang kita ?? mengutuk dan mencaci kita. Kita jadi bahan persendaan mereka. Dan sifat setia kawan seolah olah tak pernah wujud kerana orang sekarang lebih bersifat peribadi.  

 Kadang acik fikir juga kenapa perlu sedih dengan umpatan orang? Bukankah di Akhirat nanti, kita perlukan mereka yang mengumpat ini untuk tolong pikul dosa-dosa kita?   Dan kadang kala kita kena tengok jugak diri kita, mungkin ada silap yang kita tak sedar dan mungkin kita terlalu ego untuk memulakan permbicaraan. Orang lebih suka kepada orang yang ramah dan boleh bertukar tukar buah fikiran lagi lagi berkongsi minat yang sama.  

 Acik buat entry ini atas permintaan seorang sahabat yang rasa dirinya di pinggirkan. Semalam menagis telefon acik untuk memberitahu hal ini, semoga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari entry ini.    Bukan apa kadang kita perasan pekara ini, kita anggap benda ini remeh temeh tapi ada individu yang mengambil serius dan terasa hati.   

Ya Allah jadikan aku kawan dan sahabat yang baik untuk mereka dan biarlah kami berkawan dengan ikhlas dan terima seadanya seseorang itu tanpa menilai rupa paras , harta benda dan kedudukan . Ya Allah semoga persahabatan yang terjalin ini mendapat keredhaanmu. KepadaMu aku meminta dan kepadamu aku berserah.

Catat Ulasan

18 Ulasan

SalbiahM berkata…
pendapat saya, OK kalau diorang bercakap pasal orang yang orang ketiga tak kenal, tapi mungkin akan kecik hati kalau cerita pasal nak gi mana-mana tapi tak ajak pun orang ketiga tu..huhu
sitirohaida berkata…
pernah jugak berada di situasi macam nie,kekadang kecik hati jugak kalau kena macam tu kan...
Blog Santai berkata…
Hnm..memang susah kalau berada dalam situasi ni..kena banyak bersabar &jangan terlalu emotional..
Ismi Ana berkata…
Ana pun pernah gak alami situasi begini. Terase macam dipinggirkan pun ade. Tapi kalau tgk dah berlarutan centu je, ana mmg akan pegi senyap2 balik umah. Nanti ade la tu mesej tnye ana kat mana. Dan sepatutnye tak boleh buat centu. Baik keluar berdua, tu lagi bagus.
paridah berkata…
elakanlah keluar bertiga tapi lbh ramai kerana kalau bertiga susah juga mngatur bicara walau xberniat nk mengecilkan hati krna kurang beri tumpuan tapi tetap juga berlaku..
kena byk2 bersabar, kalau depa x nak ckp dgn kita...
eermm buat tak tahu je, cari kwn lain yg boleh memahami kita...

Cik Itah berkata…
salam. huhhuhuu pernah kena macam ni....sy rasa...terasa sangat dibiarkn huhuu sob sob
ANIM berkata…
ada satu lagi situasi, mereka tengah rancak bercerita tapi bila kita menghampiri, perbualan mereka terhenti atau terdiam seketika...aduii...rasa lain macam pulak
Tanpa Nama berkata…
betul acik, akak setuju, nanti terguris pulak yang sorang lagi. kan tak baik kalau kita tidak menyenangkan hati orang lain kan. tq for sharing acik
memmetlenggeng berkata…
betul acik, seringkali tanpa sengaja, orang melukakan hati orang lain
Yana Yani berkata…
kesian ye kawan acik tu
akak dulu pernah kena, malahan dah biasa juga
tapi lepas tu akak fikir, tak guna bersedih sebab orang,
pujuk juga hati yang mungkin mereka tak berniat

anyway acik, akak nak bagi hadiah kat acik ni
boleh bagi alamat dak?
dah PM dekat FB, acik tak reply lagi
Lieya Von Jay berkata…
memang pon ada kawan yang macam ni ... hmmmm.. sabar je lah kan walaupon tak pernah terkena lagii
Khir Khalid berkata…
Perbuatan mcm tu mmg tak baik, terutamanya jika sama2 sudah saling mengenali... boleh membuatkan org lain berkecil hati kan...
Unknown berkata…
betul..itu akan menyebabkan yg ketiga akan terasa hati dan mungkin boleh berlakunya pergaduhan
mila berkata…
kalo antara bertiga tu kwn2 je..i is ok, tp kalo kite x kenal dgn yg sorg lagi tu memang la rasa terpinggir...
Shahrul Yusof berkata…
Pernah juga rasa macam tu, terutama dengan kawan yang datang dari satu negeri ni. Bila dia jumpa geng dia, kita dah macam tak wujud lagi dah kat situ rasanya. Haha
Tanpa Nama berkata…
Ye..sll jg jadi mcm tu. Sabo je la.
Maria Firdz berkata…
Mmg antara pesanna Rasulullah s.a.w yg selalu terlepas pndang..