Ticker

6/recent/ticker-posts

Penampilan Lelaki Yang Paling Di Sukai Perempuan



gambar hiasan
Assalamualaikum

 Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur ke atas nikmatnya yang di berikan. Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Sudah lama juga tidak memberi tips pemakaian kepada para jejaka di luar sana. Sering kali kawan-kawan lelaki kata bahawa penampilan tidak begitu penting kerana perempuan memandang dari sifat dan karekter kamu bukan dari fizikal.

Pada acik pendapat itu tak perlu di perdebat penampilan yang menarik ianya satu bonus untuk lelaki tersebut. Hari ini acik ingin kongsikan penampilan yang di sukai oleh perempuan.

"Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
 
Pertama :Pilih gaya fesyen dan pemakaian yang kemas.
Pastikan ianya pakaian yang kamu pakai itu kemas kerana perempuan sukakan lelaki yang kemas dan terurus.Pastikan pemilihan warna sesuai dengan warna kulit kamu. Jika ingin kelainan itu jangan berlebihan menyebabkan kamu kelihatan pelik. Pastikan baju/ seluar tidak terlalu besar jika kamu berbadan kurus dan jangan pakai seluar/ baju yang ketat bagi kami yang berbadan gempal. Ikut keselesaan kamu.

Kedua : Jaga kekemasan di wajah.


 Kadang kala lelaki ini mereka ambil sambil lewa soal muka. Biarkan misai yang panjang dan janggut yang serabut. Lebih elok jika di cukur dan di rapikan akan kelihatan kemas. Jika muka tidak sesuai mempunyai misai lebih elok di cukur agar tidak kelihatan tua dari umur sebenar.Jangan lupa juga mencuci muka agar wajah lebih segar dan tidak kusam dan berminyak.Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit.

Ketiga : Bau badan


Siapa pun sukakan pada bauan yang wangi, perempuan sukakan lelaki yang wangi bersamanya. Jangan biarkan badan berbau  katanya asalkan perempuan itu terima seadanya. Pakai wangian yang tidak berlebihan dan tidak terlalu kuat wanginya. 

Keempat : Bau mulut


Pastikan sebelum keluar itu, gosok gigi mahupun berkumur dengan penyegar mulut. Jangan biarkan perbualan kamu terhenti kerana dia tidak menahan bau mulut kamu.Kalau rasa mulut tidak selesa boleh makan gula-gula getah . 
 Kelima : Gaya rambut

Ahh gaya rambut pun penting ? mestilah, rambut haruslah kemas dan di rapikan. Jangan biarkan selekeh dan tak terurus. Jangan memakaian minyak rambut yang berlebihan kerana ketika berpeluh ianya akan kelihatan berair dan berminyak didahi.

 Keenam : Kekemasan kuku & seluar


Lelaki satu pekara yang selalu di abaikan adalah membiarkan kuku. Kadang kuku panjang dan kuku di biarkan hitam. Elok di potong sahaja. Seluar kenapa pula ? Kebiasaannya lelaki nie kalau seluar tu, 1 seluar di pakai seminggu. Lebih elok selalu tukar seluar untuk keselesaan diri.

 Ini sedikit ilmu yang acik perhatikan dari kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki di luar sana. Semoga sesama kita menjaga kekemasan diri, kebersihan diri.


Catat Ulasan

30 Ulasan

mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

thanks .. perkongsian yang menarik untuk menjaga penampilan diri agar bersih dan kemas...

mselim3
akak suka yang bersih dan metrosexual...he he he....
Shahrul Yusof berkata…
Point-point di atas tak valid bagi orang yang semulajadi kacak seperti saya. Hahahahahaaha :-p
dear anies berkata…
pd sy kalu pandai jg kebersihan, insya allah serba serbi akan nmpk kemas je
Story Nadya berkata…
Acik! okey nad baru je singgah. da lama tak singgah hee

back to the post kat sini nad setuju dengan gaya penampilan yang acik utarakan. lelaki kena la jaga penampilan bukan perempuan sahaja :)
licha berkata…
kalau licha memang tengok kaki dulu..sebab licha tak suka yang kuku kaki kotor dan comot
SalbiahM berkata…
Betul tu acik...ramai lelaki tak amik berat soal bau badan ni.jaga penampilan tak semestinya untuk memikat tapi biar nampak ada imej yg baik
Unknown berkata…
Point yg sngt menarik...pluss kebanyakan lelaki Semarang dh mula menjaga kebersihan diri walaupun x lengkap.. :)
cikpinz berkata…
Lelaki seharusnya menjaga penampilan diri. Rasullulah suka orang yang bersih
Unknown berkata…
tak hensem tp cukup dgn kemas dan bersih mmg thorbaek!! :D
AwekTrader berkata…
dah buat ceklist...Alhamdulillah, husband saya ambil berat semua tu
Ismi Ana berkata…
Kebanyakan lelaki suka tak ambik kisah mengenai kekemasan diri. Wpun si wanita menerima seadanya. Percayalah, sebenarnye si wanita sgt geram dgn diri lelaki yg tak kemas. Rasa macam nak tlg cukurkan misai je. Pastu rasa cam nak je tolong potong2kan rambut bg nampak lebih kemas. Hihi. Geram kekadang tu.
BinMuhammad berkata…
Sesiapa sahaja pasti mahu melihat penampilan seseorang itu kemas dan bersih terutama pasangan sendiri. Selalu terjadi...sebelum kahwin bukan main kemas dan bersih, tapi bila dah lama kahwin... Hmmm...
paridah berkata…
bersih n kemas bila2 saja disukai semua...
Cik Itah berkata…
salam. betul tu..semua tu lelaki kena ambik berat..
tang bau badan tu mmg wajib dijaga
Khir Khalid berkata…
Penerampilan diri ni mmg penting utk keselesaan bersama juga kan... :)
Yana Yani berkata…
Yeke BM, bukan dah kahwin lagi smart =)
Yana Yani berkata…
sebenarnya pemakaian sebegitu adalah salah satu faktor aje
kita orang perempuan ni tak pandang sangat...hehe

eh acik, jangan lupa bagi alamat =)
INNANIE ARIFFIN berkata…
As for me, kekemasan untuk lelaki dan bau wangi sudah memadai :)
Zaza Iman berkata…
suka tgk lelaki yg kemas.. :)
Unknown berkata…
salam acik lama tak jenguk blog ni,

betul tu, kekemasan dan kebersihan penting bukan semata-2 utk nmpak kemas @ bersih didpan org lain shj, tapi utk keselesaan diri sendiri jgak kan..:)
Unknown berkata…
bagus entry nie sebagai panduan jejaka2 diluar sana... :D
Tanpa Nama berkata…
Yg penting bersih dan badan tak berbau..
memmetlenggeng berkata…
bersih dan kemas itu memang dituntut dalam Islam..tidak semestinya pemakaian barangan yang mahal sahaja
Maria Firdz berkata…
Bersih dan kemas itu penting...
Unknown berkata…
Kemas lebih baik dari xkemas.smart lebih baik dari xsmart. bersih lebih baik dari xbersih. xhensem takpe...

=D
Unknown berkata…
terima kasih ..
artikelnya sangat membantu untuk menyelesaikan tugas sy..., klo untuk kaos kaki anak yang bagus itu seperti apa untuk menjaga kesehatan kaki..
mohon infonya..
Unknown berkata…
Metrosexual macam mana tu