Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur ke atas nikmatnya yang di berikan. Marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Sudah lama juga tidak memberi tips pemakaian kepada para jejaka di luar sana. Sering kali kawan-kawan lelaki kata bahawa penampilan tidak begitu penting kerana perempuan memandang dari sifat dan karekter kamu bukan dari fizikal.
Pada acik pendapat itu tak perlu di perdebat penampilan yang menarik ianya satu bonus untuk lelaki tersebut. Hari ini acik ingin kongsikan penampilan yang di sukai oleh perempuan.
"Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
Pada acik pendapat itu tak perlu di perdebat penampilan yang menarik ianya satu bonus untuk lelaki tersebut. Hari ini acik ingin kongsikan penampilan yang di sukai oleh perempuan.
"Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
Pertama :Pilih gaya fesyen dan pemakaian yang kemas.
Pastikan ianya pakaian yang kamu pakai itu kemas kerana perempuan sukakan lelaki yang kemas dan terurus.Pastikan pemilihan warna sesuai dengan warna kulit kamu. Jika ingin kelainan itu jangan berlebihan menyebabkan kamu kelihatan pelik. Pastikan baju/ seluar tidak terlalu besar jika kamu berbadan kurus dan jangan pakai seluar/ baju yang ketat bagi kami yang berbadan gempal. Ikut keselesaan kamu.
Kadang kala lelaki ini mereka ambil sambil lewa soal muka. Biarkan misai yang panjang dan janggut yang serabut. Lebih elok jika di cukur dan di rapikan akan kelihatan kemas. Jika muka tidak sesuai mempunyai misai lebih elok di cukur agar tidak kelihatan tua dari umur sebenar.Jangan lupa juga mencuci muka agar wajah lebih segar dan tidak kusam dan berminyak.Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit.
Siapa pun sukakan pada bauan yang wangi, perempuan sukakan lelaki yang wangi bersamanya. Jangan biarkan badan berbau katanya asalkan perempuan itu terima seadanya. Pakai wangian yang tidak berlebihan dan tidak terlalu kuat wanginya.
Keempat : Bau mulut
Pastikan sebelum keluar itu, gosok gigi mahupun berkumur dengan penyegar mulut. Jangan biarkan perbualan kamu terhenti kerana dia tidak menahan bau mulut kamu.Kalau rasa mulut tidak selesa boleh makan gula-gula getah .
Kelima : Gaya rambut
Ahh gaya rambut pun penting ? mestilah, rambut haruslah kemas dan di rapikan. Jangan biarkan selekeh dan tak terurus. Jangan memakaian minyak rambut yang berlebihan kerana ketika berpeluh ianya akan kelihatan berair dan berminyak didahi.
Keenam : Kekemasan kuku & seluar
Lelaki satu pekara yang selalu di abaikan adalah membiarkan kuku. Kadang kuku panjang dan kuku di biarkan hitam. Elok di potong sahaja. Seluar kenapa pula ? Kebiasaannya lelaki nie kalau seluar tu, 1 seluar di pakai seminggu. Lebih elok selalu tukar seluar untuk keselesaan diri.
Ini sedikit ilmu yang acik perhatikan dari kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki di luar sana. Semoga sesama kita menjaga kekemasan diri, kebersihan diri.
30 Ulasan
thanks .. perkongsian yang menarik untuk menjaga penampilan diri agar bersih dan kemas...
mselim3
back to the post kat sini nad setuju dengan gaya penampilan yang acik utarakan. lelaki kena la jaga penampilan bukan perempuan sahaja :)
kita orang perempuan ni tak pandang sangat...hehe
eh acik, jangan lupa bagi alamat =)
betul tu, kekemasan dan kebersihan penting bukan semata-2 utk nmpak kemas @ bersih didpan org lain shj, tapi utk keselesaan diri sendiri jgak kan..:)
=D
artikelnya sangat membantu untuk menyelesaikan tugas sy..., klo untuk kaos kaki anak yang bagus itu seperti apa untuk menjaga kesehatan kaki..
mohon infonya..